Pasti ramai antara kita pernah melihat pekerja yang memakai safety helmet ini.Apa yang bermain di fikiran kita adalah sudah tentu mereka ini terdiri dari pekerja kontrak atau pekerja binaan atau mungkin juga seorang kontraktor.
Lebih menarik perhatian adalah apabila kita sering perhatikan topi ini diletakkan di cermin belakang kenderaan.Mungkin bagi yang tidak tahu mereka akan beranggapan topi tersebut diletakkan di situ bagi memudahkan mereka mengambilnya apabila mahu memulakan tugas.
Namun bagi mereka yang memahami maksud tersirat dan tersurat tujuan topi tersebut diletakkan di cermin belakang pastinya memberikan persepsi yang berbeza.Bayangan awal pastinya mereka berkata " wahhh..kerja bagus ni..kontraktor".Ramai pula yang mencebek sambil berkata " tak payah lah menunjuk..simpan je dalam bonet ".Topi tersebut sebenarnya tak perlu diletakkan di cermin belakang pun kerana kalau nak capai atau ambil boleh letakkan di atas kerusi belakang ataupun letak saja dalam bonet.Maka untuk mempamerkan apa yang tersirat sebagai lambang status dan bidang pekerjaannya inilah yang dapat kita perhatikan.
Apa yang sering kita perhatikan adalah topi yang dipamerkan adalah topi yang bewarna putih.Ini adalah kerana topi ini biasanya hanya dipakai oleh Main Contractor atau sering disebut Main Con. atau pihak pengurusan ataupun Jurutera.Kerana itu kalau di site mereka yang pakai helmet putih ni gaya jalannya pun lain macam sikit maklum saja mereka dianggap yang paling berkuasa.
Selain warna putih terdapat beberapa lagi warna yang disediakan dan diberikan penkelasan yang berbeza.Warna merah dipakai oleh safety officer yang bertanggungjawab untuk memeriksa sistem keselamatan dipasang dan berfungsi mengikut piawaian yang ditetapkan.
Topi yang bewarna biru biasanya dipakai oleh site supervisor atau penyelia manakala topi yang bewarna kuning pula dipakai oleh sub contractor,general worker ataupun pekerja am.
Atas faktor pengkelasan inilah menyebabkan kita sering perhatikan topi bewarna putih dipamerkan di cermin belakang kereta sebagai simbol pekerjaannya namun ada pula yang sekadar menjadi pak turut untuk turut sama mempamerkan topinya tanpa mengetahui sebab dan tujuan orang lain letakkan topi di situ.Orang lain letak topi bewarna putih dia pun ikut letakkan topinya walaupun yang bewarna kuning.
Walau apapun perbezaan warna ini juga sebenarnya bukanlah satu standard yang telah ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak CIDB (Construction Industry Development Board Malaysia) bahawa mereka juga tidak tahu siapa yang menentukan warna tersebut.Persoalan ini ada ditanya oleh salah seorang dari peserta ketika aku menghadiri kursus tersebut yang dijalankan selama satu hari beberapa tahun dulu.Menurutnya mungkin ia menjadi ikutan setelah ramai yang memberi tafsiran tersebut.
Di sesetengah tempat contohnya pekerja di pelantar minyak seperti Petronas mereka yang memakai topi yang bewarna kuning dikhaskan untuk Operation Department yang dianggap unit paling penting dan terdiri dari Engineer yang berkelayakan.Maka dikalangan mereka di sini topi bewarna kuning merupakan status atau kelas yang paling tinggi manakala di tempat construction topi bewarna kuning adalah golongan paling rendah iaitu pekerja am termasuklah cleaner.
Begitu juga dengan topi yang bewarna biru yang sering dianggap digunakan oleh site supervisor atau penyelia tetapi disesetengah projek warna topi ini dikhususkan kepada electrical contractor.Kerana itu topi ini juga kurang popular berbanding dengan topi yang bewarna putih.
Aku berpendapat tak perlulah nak tayang helmet tu kerana semasa menghadiri kursus dulupun (untuk mendapatkan kad CIDB yang bewarna hijau) mereka berikan aku topi bewarna putih tapi aku simpan saja bawah katil.Kalau pergi site aku lebih selesa pakai yang bewarna biru atau kuning yang disimpan dalam bonet kereta.Apa yang penting safety helmet tidak kira apa jua warnanya perlu dipakai dengan kemas dan betul kerana fungsinya adalah untuk melindungi kepala dari ditimpa kecederaan.Begitu juga dengan safety boot perlu juga dipakai apabila kita berada di kawasan construction untuk melindungi kaki dan sebaiknya pilih safety boot yang tapaknya dipasang dengan besi untuk mengelakkan kasut tersebut tembus apabila terpijak bahan tajam.Bagi aku tak kira warna apapun kalau letak kat cermin belakang nampak macam semak je...
ozzy - tayang helmet bila naik motor...

salam,
BalasPadammendalamnya kajian ozzy, tak sangka plak safety helmet pun boleh melambangkan status seseorang...
Salam pozi, terima kasih berkongsi cerita pasal topi tu kawan pun tak tahu kisahnya, tapi biasa nengok org letak dekat berlakang kereta org tertentu.. gamaknya dia nak bagi safety kat cermin berlakang dia kut.. TQ perkongsian cerita yang menarik.
BalasPadamNew Entry "Pucuk di cita ulam pun tiba"
Salam..
BalasPadammy hubby topi warna kuning kot tp tak nampak pun topinya warna kuning sbb lebih kepada warna oren. Topi oren dan baju keselamatan oren.Mmg selalu letak dalam kereta sbb time kecemasan nak kena guna tp tak pernah pula letak kat cermin belakang, dia main campak masuk je dlm kereta, akhirnyadok la topi tu kat bawah tmpat duduk belakang.
Mmg la x simpan d cermin sis sbb topi warna kuning @ oren2 mksudnya pekerja biasa.. Biasa yg smpan d cermin topi warna putih sbb bos2 pakai...
Padamhahahaha true. topi kuning sape je nak display
Padambab topi ni saya pun tak tahu ada lagi warna selain dari putih dan kuning..hehe,,apa pun satu artikel yg menarik..
BalasPadamTq..info menarik.. kerja macam kome ni banyak bahaya juga..tapi ramai pekerja degil..tidak mau pakai topi keselamatan gini...
BalasPadamaku pernah gak kerja kontrak dulu..takpakai ni memang bahaya...scru jatuh dari atas pun boleh bocor kepala..pernah gak kene saman...RM 50/- sebab tak pakai kat site,,-....ingatkan kat jalanraya je kene samann
BalasPadamBagi sesetengah syarikat GLC atau pun mungkin kerajaan,warna adalah status seseorang.contoh macam petronas macam demo katakan di atas.sama jugak TNB,putih melambangkan eksekutif dan oren bukan eksekutif.Tapi bagi kawe,topi penting untuk keselamatan di tempat kerja selain dari kasut,sarung tangan,baju dan ini semua bergantung pada tahap keperluan di tempat kerja.
BalasPadamBarule saya tau apamaksud kaler2 tu sume....tp betul kata awak, yg penting safety, bukan kaler2 tu...kannnn...
BalasPadamsatu perkongsian yang sangat menarik , amy sendiri baru tahu maksud di sebali warna2 tue semua..terima kasih en.ozzy
BalasPadamSalam...
BalasPadamhuh...wat mende nayang topi..
Tayang songkok lembik aka ketayap lg afdal..
Boleh mengingatkan mereka yg lupa nak solat...
ya bro ozzy...kebetulan entry kita nk sama kali ini...warna x penting kan...hehe..
BalasPadamapapun baru saya tahu warna di sebalik topi2 ni...terima kasih atas info ini. ")
Terima kasih. Anda punya penerangan sangat menarik yang boleh memahamkan saya. Harap boleh dibuat sebagai rujukan
BalasPadamBeza uniform kuning, merah, biru gelap pulak apa ya bagi yang bekerja dgn oil n gas?
BalasPadamkenapa perlu negatif utk kata org menunjuk ke apa. letak situ sebab bonet penuh brg, seat xleh letak nanti nak kena angkut pekerja lg..kalau terlupa dah tak boleh masuk site..nak bg info, boleh tapi tak perlu dok pikir org tu nk mnunjuk ke apa..xperlu nilai org..tah2 org tu buat kerja bizi xpernah nak pikir tayang ke apa..
BalasPadambersangka baik..
BalasPadamSaya nak.tahu,jika seorang sing memakai lilitan kain dikepalanye pergi ke site,adakah perlu juga memakai helmet keselamatan? Dan kenapa?
BalasPadamPerlu kerana mandatory ke atas setiap orang yang berada di site dan kewajipan majikan/pekerja seperti yang terdapat di dalam akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan
PadamContoh kalau kita bukan pkeja kntraktor, tp sja2 buat hiasan di cermin belakang kereta.. Boleh di kena saman ke?..
Padamshah91.. tak kena saman kecuali kalau menutup keseluruhan pandangan cermin berlakang kereta
PadamKite pkai topi biru...Tp xkisah yg pting kslmatan
BalasPadamYang kelakar nya lagi, cuba perhatikan jenis kereta org yg suka letak hard hat warna putih ni di cermin belakang kereta. selalunya kereta myvi, kelisa, atau yg lain-lain.
BalasPadamPernah nampak tak engineer atau manager yg kereta besar macam audi atau bmw ni letak hard hat putih kat belakang. takde kan. kih kih..
Mereka ini seolah cuba compensate status mereka dgn letak topi itulah.
walau bagaimanapun, tak kisah lah, janji dapat rezeki halal tak kisah kereta besar atau kecil, kerja engineer atau buruh kasar.
ada
selalunya naik bezza, myvi, hehe takpernah nampak range rover letak topi putih. bmw pun takpernah sebab kereta je dah cukup tayang dorang kaya.
Padam