24 September 2011

LUAHAN HATI PENGARAH MAMAT KHALID DENGAN NASI LEMAK

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Bin Mohd Khalid merupakan seorang penulis dan pengarah filem yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam negara kita ini.
Antara filem arahannya yang diminati adalah Zombie kampung pisang dan Hantu Kak Limah balik rumah serta beberapa lagi filem yang telah lama ditayangkan.Penggemar muzik rock ini turut menerbitkan sebuah filem berjudul 'rock' pada tahun 2005 dan melayakkan beliau merangkul anugerah lakon layar terbaik pada festival filem Malaysia.

Beliau pernah melahirkan sebuah filem berjudul Estet pada tahun 2010 iaitu sebuah filem yang menceritakan tentang hubungan antara kaum Melayu dan dan India di sebuah perkampungan getah.Ia boleh dianggap satu langkah untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan sesama kaum di negara kita ini malangnya ia kurang mendapat sambutan apabila kutipan tiket hanya sekitar 350 ribu sahaja.

Namun apabila munculnya filem nasi lemak sambutan yang diberikan oleh kaum Melayu sendiri amat memberangsangkan atas alasan ia sebuah filem tempatan dan menonjolkan semangat 1 Malaysia atau perpaduan kaum.Jika itu alasannya kenapa filem Estet tidak mendapat sokongan sedangkan ia membawa tema yang sama cuma bezanya adalah siapa pengarahnya atau mungkin Mamat Khalid perlu kerap muncul di dalam U-Tube bersama isu-isu yang panas dan mencipta lebih banyak kontroversi barulah filemnya akan mendapat sambutan.Persoalannya jika beliau mencipta kontroversi apakah filemnya akan laris atau kaum Melayu sendiri akan memboikotnya serta bersorak apabila filemnya tidak laku.

Aku paparkan sedikit luahan hati dari Mamat Khalid yang aku sunting dari blognya..

 " Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.

Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahap menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri. "



Untuk ulasan penuh sila klik DI SINI

OZZY - turut senada dengannya....
  

5 ulasan:

  1. Memang sipolan itu sangat lemak jadinya.....

    BalasPadam
  2. perkauman tidak membawa kita kemana-mana,jangan takut kepada bayang2 sendiri,jika karya kita bermutu orang akan masok panggung walaupun pelakonnya hanya 5 orang.

    BalasPadam
  3. aku pun pelik kenapa artis melayu dalam cerita tu sanggup bekerjasama dengan si polan,,, bodoh punya melayu!!bf aku cina pun gelak sakan pasl orang melayu nampak nya tak kisah kena kutuk kaw2 sebab dia siap boleh jual filem lg kat sini! pulak tu de pulak artis melayu berlakon sama! pakai populariti korg nak tarik orang melayu masuk panggung tengok!! yg kaya cina bukit tu!! eeee memang bangsat la si polan tu. pasal dia nyaris2 aku nak tumbuk muka bf aku sebab die pun cina!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...