27 September 2011

NAK KENTUT DI MANA?

Bila cakap pasal kentut pasti ramai yang malu sebab ia memang sesuatu yang memalukan dan dianggap sebagai kurang sopan dalam masyarakat kita.
Kalau orang lelaki tak segan sangat bila kentut tapi kalau orang perempuan terutama perempuan muda mesti malu kalau kentut atau terkentut.Kalau tak berbunyi tahanlah sikit walaupun baunya boleh dihidu, pandai-pandailah cover dan buat muka tak bersalah tapi kalau bunyinya keluar terpaksalah tahan malu.Kalau perempuan yang dah berumur kentut, orang sekeliling tak kisah sangat sebab alasannya "biasalah badan dah banyak angin".

Budaya kita berbeza pada Mat Saleh atau orang putih sebab pada mereka kentut ni boleh diterima kerana ia bagus untuk kesihatan tetapi mereka tidak suka pada orang yang sendawa mungkin alasannya kalau sendawa ia menyebabkan tersebarnya virus yang kurang baik.Mungkin juga virus kentut lebih baik dari virus sendawa hehe..

Bila perut dah tak tahan rasa nak kentut, rasanya kat mana kita nak kentut?.Kalau tengah berendam tak kisah sangat sebab kalau kentut pun nampak buih je keluar.Teringat aku pada kenangan sewaktu menaiki 'cable car' di Genting Highland dulu.Bayangkan dalam 'cable car' tu yang tertutup dan penuh dengan penumpang tiba-tiba keluar bau kentut yang sungguh menyesakkan hidung.Aku tengok masing-masing berpandangan sesama sendiri sambil mengerutkan dahi dan mungkin dalam hati menyumpah sapalah yang melepas ni!!..


Ya Allah, nak tunggu 'cable car' tu sampai punyalah lama dan bila sampai je terus keluar dari 'cable car' tu masing-masing melepaskan nafas fuhhh..legaaa!!!...


Tempat paling sesuai kalau nak kentut adalah pada muka kawan atau yang jenis suka menipu, suka berdengki, suka buat fitnah, sebarkan cerita yang tak baik dan suka memburukkan orang lain eloklah kentut kat muka dia hehe..ok tak?
Pakat ramai-ramai simpan dulu angin pastu kentut hala ke muka dia sebab orang macam ni memang sesuai dijadikan tempat melepaskan kentut kerana hatinya sungguh busssuuukkk...

Ataupun tadah kentut kat tapak tangan dan sedekahkan kat muka dia masa dia tengah memburukkan atau memfitnah orang lain ...

ozzy - kadang-kadang terkentut...

10 ulasan:

  1. ozzy, ayah hany jenis kentut berbunyi kuat tau, ada skali ayah terkentut depan mat salleh (kg hany slalu ada kunjungan mat salleh nih), pastu mat salleh tu angkat tangan sambil naikkn ibu jari dan berkata...very good...very good...lepas tu mat salleh tu blah. ayah hany sneyum jer.

    seb baek dia ckp very good jer, sbb ayah hany taktahu english ni, tapi phm la very good tu. huhu

    BalasPadam
  2. Assalam..
    Tergelak jgk baca kisah di atas.kalau kt rumah biasa la tapi kalau kat luar memang malu kentut kuat..

    BalasPadam
  3. Pernah kat hostel skolah dulu
    ade bau kentut mase tgh terawih kat
    surau tp xde sorg pun yg kuar dr saf smpai abes
    witir.Si pengentut tu sggup nak jaga air muka
    depan kawan2 tp solat x sah.

    BalasPadam
  4. Cik Shinju..

    Dia lebih malu dgn kwn2 drpd Allah sebab Allah x gelakkan dia mcm kwn2 gelakkan dia hehe..Apapun moga amalannya diterima krn Allah lebih mengetahui.

    BalasPadam
  5. Hahahahaha...encik ozzy tersembur makanan dalam mulut i taw...Yang tak tahan bab last sekali tue la tapi ada benarnya juga...selalu orang perempuan kalau nak kentut dia akan berlari ke dalam toilet lepas tu buka air kasi orang x dengar bunyi..itu saya la orang lain tak tau pulak hahahaha..ops terkantoi sudah hehehe....

    BalasPadam
  6. ^____^ baru tahu kentut diterima oleh mat salleh...

    BalasPadam
  7. hahaha,lawak la entry ni,kalo nisa memang malu nak kentut main lepas je,sampai sakit perutla dibuatnya,husband saya kata,kalo ditahan2 kentut ni seperti penderaan emosi,haha

    BalasPadam
  8. Sinar Raudah..
    Haa Amy..pecah rahsia..macam tu rupanya ye bila nak kentut hehe..jgn kentut dlm toilet bowl tu nanti bergema bunyinya hehe...

    BalasPadam
  9. Nisa..

    Orang perempuan memang la malu nak kentut..betul la tu kata husband penderaan emosi tu hehe..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...