Sekiranya seseorang itu sememangnya belajar elektrikal ianya tidak menjadi masalah buat dirinya tetapi apa yang ingin aku perkatakan adalah perkara asas yang perlu kita tahu dengan sistem elektrik di rumah kita dan juga beberapa perkara lain yang sering kita temui dalam kehidupan seharian kita.
PERALATAN ELEKTRIK
Melihat peralatan elektrik ini perkara asas yang ada padanya adalah 'plug 3 pin' yang akan disambungkan pada 'socket' yang biasanya telah tersedia pada dinding di setiap kediaman.Boleh dikatakan setiap kelengkapan yang kita ada pastinya mempunyai 'plug 3 pin' dan plug inilah menyimpan 'perkara asas' bagi menjana kuasa elektrik pada peralatan yang kita ada.Ramai yang tidak tahu termasuk kaum lelaki bahawa plug yang digunakan dinegara kita dibekalkan dengan sistem atau standard yang sama.Plug ini hanya mempunyai 3 point penting iaitu 'life' (L) 'neutral' (N) dan 'earth' (E).Tidak perlu mengkaji terlalu detail apa fungsinya ke tiga-tiga sambungan tersebut kerana kita hanya ingin tahu asasnya sahaja.
Wire 'Life' (atau dipanggil wayar hidup) warna yang digunakan adalah merah atau coklat, wire 'Neutral' bewarna biru atau hitam manakala wire 'Earth' (wire bumi) bewarna hijau atau hijau berbelang kuning mengikut BS (British Standard - yang negara kita gunakan).'Fuse' didalam 'plug' pula hanya disambungkan pada wire 'Life' (wire hidup) sebagai wire utama. Sekiranya berlaku apa jua kerosakan pada alatan elektrik maka perkara pertama yang perlu diperiksa adalah pada 'fuse' tersebut.Jika ianya masih elok maka barulah kita memeriksa bahagian lain atau hantarnya ke kedai. Ini juga penting bagi mengelakkan kita ditipu oleh pekedai yang membaiki kerosakan tersebut kononnya barang lain yang rosak padahal hanya 'fuse' yang berharga 80 sen sahaja yang rosak dan kita akan dicharge dengan harga beratus ringgit.
PENUTUP MANGKUK TANDAS
Tandas antara salah satu yang diberi perhatian oleh tetamu yang berkunjung ke rumah kita.Kadang kala kita sendiri geli untuk duduk di tandas di kedai mamak apabila melihatkan keadaan penutupnya. Bagaimana pula dengan penutup tandas di rumah kita sendiri? mungkin kerana kita sendiri yang gunakan maka sudah tentulah kita tidak akan merasa geli tetapi bagaimana pula perasaan tetamu kita apabila melihat penutup tandas kita kelihatan berbintik dan bertompok. Kebiasaannya warna yang sering kita guna di rumah adalah warna putih.
Penutup tandas tersebut boleh didapati di kedai dan harganya sekitar rm12.00 (dua belas) sahaja dengan pilihan bermacam warna.Perkara asas yang perlu kita tahu adalah penutup tandas yang kita gunakan jenis 2 screw atau 3 screw dan screw ini di tutup oleh cap plastik .Meskipun nampak mudah tapi ramai yang tidak tahu bahawa penutup tersebut boleh ditukar dan ada juga yang terus tukar mangkuk baru hanya disebabkan tidak dapat menghilangkan kesan kotor pada penutupnya.
PERIUK
Peralatan dapur kini semakin popular dengan penggunaan material stainless steel yang nampak berkilat dan cantik.Oleh kerana ia semakin digemari maka ramai diantara kita terpedaya dengan helah peniaga yang menggunakan mild steel kemudian di 'chrome' dan akan kelihatan seperti stainless steel.Terdapat 2 gred stainless steel yang sering digunakan iaitu 'gred 304' atau 'gred 316'.Gred 304 lebih murah dan biasa terdapat dipasaran manakala gred 316 biasanya digunakan di Hospital atau di Makmal dan harganya 2 atau 3 kali lebih tinggi dari gred 304. Perkara asas yang perlu kita tahu bahawa stainless steel tidak akan melekat jika dilekatkan dengan magnet. Sekiranya perkakas yang kita beli melekat dengan magnet bermakna ia bukan stainless steel sebaliknya besi biasa (mild steel) yang telah dichrome menyerupai stainless steel.
TAYAR KERETA
Ramai yang tidak tahu bahawa pada tayar kereta tertera tahun tayar tersebut dihasilkan.Ini kerana code yang digunakan membuatkan ramai yang tidak menyedarinya.Tarikh tayar tersebut dikeluarkan dicatatkan pada satu kotak kecil yang di cop pada tayar tersebut sebagai contoh " 20 08 ".Huruf 20 bererti minggu ia dikeluarkan manakala huruf 08 bererti tahun ia dikeluarkan.Bermakna tayar tersebut dikeluarkan pada minggu ke 20 tahun 2008.Perkara asas ini juga penting terutamanya ketika kita membeli tayar baru bagi mengelakkan peniaga memasang tayar yang telah lama dan akibatnya tayar yang kita gunakan tidak tahan lama seperti yang sepatutnya.
BUAH TEMBIKAI
Ramai yang tertanya-tanya bila melihat seseorang menepuk-nepuk buah tembikai sebelum membelinya.Inilah perkara asas yang perlu kita tahu sebelum membeli buah tembikai terutamanya di pasaraya.Kerana itulah harga tembikai yang telah siap dipotong lebih mahal dari yang belum dipotong/belah.Teori sebenarnya mudah ibarat kita menepuk tin susu yang kosong dengan tin susu yang penuh susu pasti menghasilkan bunyi yang berbeza.Sama juga dengan buah timbikai jika masak bunyinya lebih padat tetapi jika belum masak bunyinya lebih kosong atau genting.Kalau bunyinya seperti "bub bub" bila ditepuk itu bermakna buah tersebut terlalu masak dan isinya telah lebam dan sedikit masam.
salam ozzy..
BalasPadambagus info aok nie
amat berguna..kebanyakkannya
koi main belasoh jer..he he
salam sifu...
BalasPadamtips yg sgt berguna...tq
tahniah la germany aok menang 4-1..
Kadang bender macam ini ada yg tak tahu langsung terima kasih diatas perkongsian ini. Dapat ilmu baru kawan TQ.
BalasPadamsalam en ozzy.
BalasPadamterima kasih atas info ini.ramai yg x tahu ni