Dalam sesebuah organisasi perlu ada seorang ketua yang dilantik untuk menerajui atau memimpin organisasi tersebut.Sebagai seorang ketua atau pemimpin individu tersebut biasanya dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti kelayakan akademi,pengalaman,kredibiliti atau atas suara dan sokongan majoriti.
Seorang ketua perlu memainkan peranannya bagi memastikan perjalanan organisasi yang dipimpin bergerak lancar dan teratur serta mampu merencana strategi agar organisasi yang dipimpin tidak mengalami banyak masalah.Namun, bukan mudah bagi seseorang itu untuk menjadi seorang ketua kerana kebiasaannya mereka perlu bersedia dari segi ketahanan mental yang kuat apatah lagi jika organisasi tersebut adalah sebuah organisasi yang besar dan mempunyai staff yang ramai.Bila staff dah ramai sudah tentu ada bermacam ragam.
Sesuatu yang sering aku perhatikan disebalik kisah ketua atau pemimpin ini adalah kenapa orang melayu jarang dilantik menjadi ketua walaupun dalam organisasi tersebut majoritinya adalah orang Melayu? dan yang biasa aku perhatikan orang cina lebih diberi kepercayaan sebagai ketua.Lebih pelik lagi bila ketuanya cina orang melayu lebih patuh dan menurut perintah berbanding jika ketuanya seorang yang berbangsa melayu.Jika diukur dari segi akademi,kredibiliti mahupun pengalaman ianya setaraf dan mungkin orang melayu itu lebih baik tetapi sebaik dipilih banyak kekecohan timbul samada dari rasa tak puas hati,dengki khianat mahupun kedegilan untuk menurut arahan sebaliknya jika ketua cina dipilih orang bawahan yang rata-ratanya orang melayu menjadi layu dan akur dengan segala arahan.Kenapa?itulah persoalannya.
Dalam pada pihak kerajaan menggalakkan kaum cina untuk menyertai pasukan polis apa yang banyak kita perhatikan mereka ini biasanya berpangkat sebagai seorang ketua atau paling rendahpun sebagai inspektor.Amat jarang atau mungkin langsung tak ada yang berpangkat rendah seperti konstabel atau koperal.Biasa yang kita dengar adalah chief inspector,deputy superintendent,assistant commissioner atau yang lebih berpangkat tapi amat jarang dapat kita temui yang berpangkat rendah kan?kenapa?hanya mereka yang tahu alasan dan sebabnya.
Kita perhatikan pula di padang bola sepak, yang selalu kita perhatikan majoriti pemain adalah orang melayu tetapi jurulatihnya pula adalah bangsa lain samada india ataupun cina.Dato' K.Rajagopal menjadi jurulatih skuad senior manakala Ong Kim Swee pula menjadi jurulatih skuad Olimpik atau bawah 22 tahun.Tidak layakkah jurulatih yang terdiri dari orang melayu menjadi jurulatih sedangkan ramai pemain bolasepak terdiri dari orang melayu yang juga mempunyai potensi dan pengalaman dalam bidang bolasepak.Kenapa? itulah juga persoalannya.
Begitu juga dengan filem atau drama yang kita tonton kebanyakan pengarah atau penerbitnya adalah pengarah cina manakala pelakonnya pula terdiri dari pelakon melayu.Sebaliknya jika kita tonton filem cina tak akan wujud pengarah melayu kan?.Apakah kita tidak layak untuk menjadi pengarah atau penerbit? atau mungkin juga kita tidak berminat?itu juga menjadi satu persoalan.
Anda semua renungkan dan fikirlah sendiri untuk mencari jawapannya kerana aku juga ada jawapan aku sendiri walaupun hati aku sendiri sering tertanya-tanya apa benarkah kita ini tidak layak menjadi ketua atau disebabkan faktor lain yang ada dalam diri orang melayu itu sendiri.
ozzy - pernah jadi ketua..

aah kan...tapi,saya salu tak confident jadi ketua wpun diberi pluang kadang2
BalasPadamitu juga antara masalah yg sering membelengu org melayu iaitu self confident yg kurang
Padam