19 Julai 2012

KEMPEN BERHENTI MEROKOK - CUBAAN AKU KALI KE-4

Sebut saja pasal rokok semua orang tahu akan bahaya dan kesannya samada pada diri perokok itu sendiri mahupun pada setiap orang yang berada di sekelilingnya.

Walaupun berbagai kempen berhenti merokok telah dibuat termasuk menampal gambar yang mengerikan sebagai amaran pada setiap kotak rokok kesan dari tabiat merokok, namun bagi perokok tegar itu semua tidak memberi apa-apa kesan pada mereka.Malah bagi perokok amatur atau baru nak berjinak-jinak dengan nikmat sedutan dan hembusan asap rokok, gambar tersebut bagaikan tidak memberi apa-apa erti pada mereka cuma satu saja penghalang pada mereka iaitu duit atau kos untuk membeli rokok.Kerana itu aku amat bersetuju dengan kenaikan harga rokok setiap tahun kerana sekurang-kurangnya ia berjaya menghalang peningkatan dan statistik perokok baru dari kalangan generasi muda.

Bagi perokok tegar biar berapa sekalipun kenaikannya mereka tetap mencari "candu" tersebut dengan apa cara sekalipun biarpun alernatif terakhir adalah dengan menghisap rokok daun, itu sudah cukup memberi kepuasan dan kelegaan kerana pada mereka tiada kompromi dalam hal rokok tengah malam pun sanggup kayuh basikal pergi kedai kalau rokok habis ye tak?.

Aku juga adalah antara yang tergolong dalam ketegori perokok tegar ini.Sudah mula merokok sejak di bangku sekolah menengah lagi sehinggalah ke hari ini.Ini bermakna telah lebih 20 tahun aku merokok dan purata aku merokok adalah pada awalnya sekitar 10 batang sehari tetapi sejak beralih kepada status perokok tegar purata aku merokok sehari adalah 20 batang atau bersamaan satu kotak besar sehari.Kalau tak percaya ambillah kapak belahlah dada hehe....

Bila dah jadi perokok tegar cakaplah apa saja semua nasihat atau amaran tak akan memberi apa-apa lagi makna dan walau sakit sekalipun rokok tetap beraja di hati.Bagi yang langsung tidak merasa atau teringin berhenti merokok mereka akan terus berpegang pada prinsip mereka iaitu "alahh..kalau tak merokok pun kena penyakit juga..sakit juga dan mati juga kan" tetapi bagi mereka yang memikirkan tentangnya pasti cuba untuk berhenti apatah lagi apabila memikirkan kesannya pada keluarga terutamanya pada anak-anak.Kadangkala keinginan dan keinsafan itu ada cuma tidak tahu bagaimana untuk memulakannya dan paling payah adalah ketagihan pada rokok yang mengandungi nikotin itu sendiri amat kuat godaannya.

Sebelum ini beberapa tahun lepas aku telah berjaya berhenti dari merokok tapi cuma bertahan paling lama hanya 2 bulan sahaja dan 2 kali sebelum itu hanya mampu bertahan hanya sebulan.Minggu lepas sewaktu aku ke klinik kerajaan berhampiran dengan rumahku aku terlihat papan tanda kempen berhenti merokok pada klinik tersebut (seperti banner di atas yang aku snap) dan sekali lagi hati aku terbuka untuk mencubanya dan hari ini aku kembali semula ke klinik itu bagi tujuan tersebut.Jika sebelum ini aku mencuba hanya dengan menahan diri tapi kali ini aku nak cuba melalui ubat menahan ketagihan ini pula yang diberi percuma.


Prosesnya mudah cuma berjumpa dengan doktor untuk mengisi borang dan diberi beberapa penerangan tentang kempen ini termasuklah kesan dan bahaya rokok yang memang telah aku dan anda semua tahu.Sebelum itu berat dan ketinggian akan diambil termasuklah menjawab beberapa soalan sejarah kita merokok seperti sejak berapa lama,kekerapan dan bermacam lagi.Kemudiannya aku diberi pilihan samada ingin mengambil ubat berbentuk pil seperti gambar di atas atau dengan mengunyah chewing gum yang mengandungi nakotin.Aku memilih pil tersebut kerana aku akan memulakannya sebaik saja memasuki hari pertama bersahur esok atau lusa.Cara memakannya turut diterangkan iaitu satu biji untuk 3 hari pertama dan hari seterusnya perlu dimakan sebiji sewaktu bersahur dan setengah biji selepas berbuka.Semoga cubaan aku kali ini akan berjaya...cubaan bukan cobaaaannn hehe...

Ketika entry ini ditulis aku masih lagi merokok sebab belum makan ubat lagi kerana cabaran hanya bermula sebaik saja habis sahur pada hari pertama nanti hehe...
So, kepada rakan-rakan seperjuangan jom ikut serta itupun kalau teringin nak cuba.Memang aku akui ia bukan mudah untuk melepaskan 'teman paling akrab' ini tapi belum cuba belum tahu kan..lagipun free bukan kena bayar pun.Okey, selamat mencuba...








ozzy - katakan tak nak pada rokok...ececehhhh ye ke tu hehe..

6 ulasan:

  1. Salam, kawan dah 2 kali mencuba keknya tak berjaya juge :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam...jgn putus asa & teruskan mencuba

      Padam
  2. suami sya pulak kata buat mase ni dia tiada cita2 nak berhenti...jadi teruskan la...emmmmmm keluhan yg panjang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama..
      Biasanya kalau pergi klinik pun doctor akan tanya adakah kita betul-betul nak berhenti merokok kalau hati belum kata nak memang tak jadi

      Padam
  3. Tahniah OZ sbb berusaha berhenti merokok. Pemilihan bulan puasa sbg permulaan berhenti merokok adalah 1 pilihan yg bujak jgk tu. Then kena kuatkan iman sket lepas berbuka ajelah. Cuba cam,kalo 2-3 ari berpuasa tu OZ merokok,OZ akan rasa melayang2 or pening2 lalat sket. Itu bermakna bdn OZ dah biasa dgn ketiadaan asap rokok. Sepatutnya OZ kena terus tinggalkan rokok.

    Berusahalah sungguh2 ya. Chaiyok..shaiyok..

    P/s: Sumai mak pun dulunya perokok tegar jugak. Dah beberapa kali cuba berhenti dan plg lama dlm 5-6bln la jgk.Pastu kembali merokok. Adalah 'sesuatu' yg kami lakukan dan alhamdulillah akhirnya pokcik dah betul2 berhenti merokok. Amannnnnn hidup!!

    BalasPadam
  4. Salam bro...

    Harap engkau berjaya kali ni...aku dulu pernah juga berhenti selama 2 tahun. mungkin sebab tekanan aku terjebak semula dan terus menjadi perokok tegar. Kalau sebelumnya hisap dalam 10 batang sehari, pernah juga mencecah 40 batang (2 kotak besar) sehari. betul kata engkau, biar mahal sekalipun rokok tu, perokok tegar macam aku ni tetap akan membeli...cuma, skunk ni aku mula slow down. kalau dulu hisap dunhill, aku ubah ke jenama lain termasuk gudang garam suria..dapat juga kurangkan jumlahnya ke 5 batang sehari...di bulan pose ni makin kurang dan kadang2 langsung tak merokok. puncanya, bila anak aku yg kecik sound "abah, jgn la isap rokok, nanti abah sakit, adik tak dapat la nak main-main dgn abah lagi..."... mungkin mak dia yg ajar ckp camtu tapi berbekas gak di sanubari...

    Selamat Hari Raya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...