5 Mac 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU: ANTARA AIRMATA , DENDAM , KEBENCIAN DAN PERSAUDARAAN

Seluruh rakyat Malaysia kini menumpukan perhatian dan mengikuti perkembangan atas apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah.

Aku juga antara jutaan rakyat Malaysia yang terus mengikuti perkembangan semasa samada melalui kaca TV, akhbar mahupun blog.Enggan menjadi bagaikan pemberita tidak rasmi seperti blogger lain yang seringkali mengupdate berita terkini.Walaupun aku tahu inilah peluang untuk blogger meraih traffic yang tinggi tapi aku lebih gemar membaca dan mengikuti perkembangan semasa dari semua sumber yang ada.Apa yang penting adalah isu keselamatan anggota keselamatan kita yang ditugaskan di sana.

Pada anggota keselamatan yang terkorban aku ucapkan takziah pada seluruh keluarga mereka dan semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada.Semoga keluarga mereka tabah dan menerimanya dengan hati yang tenang.Deraian air mata dari seluruh ahli keluarga serta anak yang mungkin masih belum mengerti apa-apa mengiringi pemergian pahlawan negara ini yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.Airmata, itulah antara yang tumpah kesan dari peristiwa ini.

Akibat dari ketabsuban kita yang begitu dahagakan mainan politik, peristiwa ini bagaikan pentas untuk kita meneropong dan memperincikan setiap apa jua tindakan dan apa jua yang berlaku dari segi keuntungan politik.Setiap pandangan lahir dan terbit dari perspektif yang berbeza.Biar dari mana perspektif itu dilihat, biar dari sudut mana ia digambarkan, biar dari lubang mana ia di gali hakikatnya nyawa yang terkorban bukan seperti sebuah lakonan opera yang selepas opera itu tamat pelakonnya akan muncul semula bertepuk tangan bersama para penonton.

Ketabsuban politik kita kini melangkaui jauh dari sifat kita sebagai seorang manusia dan juga sebagai umat Islam yang sepatutnya mempunyai ciri-ciri kemanusian yang ada perasaan belas kasihan dan simpati.Sifat kebencian dan dendam kita menguasai segalanya dalam kehidupan kita kini sehingga tidak lagi mampu membuat pertimbangan antara pengorbanan dan kepentingan diri sendiri.Rasa simpati kita kini dikambus dengan perasaan benci dan dendam meskipun kepada anak kecil yang belum tahu membaca apalagi unuk mengerti apa-apa tentang dunia politik.

Apa yang berlaku telah menzahirkan antara airmata dan tangisan, dendam dan kebencian serta nilai persaudaraan antara kita umat Islam seluruhnya.Nyawa kita kini diukur dari sudut politk sebagai penanda aras bukan lagi dari segi amalan dan keimanannya...

ozzy - bangsa lain bertepuk tangan lagi dan lagi..

4 ulasan:

  1. Kes ini sudah menjadi aset mainan politik bagi golongan tertentu bagi meraih kelebihan dan kepentingan. Pasti rakyat tertanya kenapa dan mengapa? Pasti disetiap sudut ada persoalannya untuk apa dan kenapa?? Bagi kita sebagai rakyat biasa sukar untuk memahaminya situasi sedemikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. akuanakpahang...
      bagi kita orang biasa yang tidak terlibat secara langsung dalam kancah memang sukar untuk menilai sejauh mana ia melibatkan percaturan politik dan kita hanya mampu membuat andaian yang samar krn tiada fakta yang lengkap.

      Padam
  2. Apa pun alasan..Politikal isu mmg tidak dapat lari dari dikaitkan dgn situasi pencerobohan ini...seperti kata saudara..saya juga lebih gemar membaca setiap sumber dari memberikan pendapat yg saya sendiri rasakan tidak pasti puncanya...secara peribadi...menulislah mengikut pendapat dan logik akal yg waras...jangan sampai pendapat, bentuk tulisan menambahkan parah kepada situasi dan ahli keluarga pasukan keselamatan kerana apa pun juga alasan pencerobohan...Kedaulatan negara harus dipertahankan...Ini Kewajiban..bukan hanya pada anggota keselamatan ianya adalah Jihad seluruh rakyat Malaysia....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...