12 Mac 2013

BILA KITA JADI BLOGGER POPULAR

Pasti ramai dikalangan blogger menyimpan hasrat untuk muncul sebaris dengan blogger yang dah popular lebih-lebih lagi apabila membaca pengakuan salah seorang blogger popular Redmummy.com yang pernah meraih pendapatan sehingga RM12 ribu sebulan...

Kalau tak dapat banyak tu pun tak apalah asalkan blog aku popular, mungkin itulah ayat yang sentiasa bermain difikiran blogger ketika mula-mula membuat blog.Demi mengejar impian tersebut maka bermacam cara telah mereka buat, berbagai tips telah mereka ikut, berbagai teknik telahpun dipraktikkan dan bermacam petua telah mereka amalkan malangnya tak juga popular.

Segala idea telah mereka curahkan sepenuhnya dalam blog tapi hasilnya tetap sama.Setiap ayat disusun rapi agar nampak sopan walaupun tingkahlakunya diluar sana berlawanan dengan wajah yang ditampilkan di dalam blog.Jadi hipokrit pun tak apalah kerana matlamat menghalalkan cara kan!.Kat luar cerita lain kat blog cerita lain takkan nak tunjuk yang tak elok pulak kut dengan orang lain.Kalau ada yang tak elok simpan jelah kat luar kan...gitulah lebih kurang ceritanya.

Tulis punya tulis, karang punya karang tapi tak juga tersenarai sebagai blogger popular.Mereka pun berfikir dan mengkaji di mana silapnya.Kemudian mereka (blogger) mula terfikir untuk membandingkan blognya dengan blog blogger yang popular.Hati mereka mula berkata "apa yang bestnya dengan blog diaorang ni..lebih kurang je ceritanya"

Haaa!!!...itulah bezanya apabila kita jadi blogger popular.Setiap apa yang kita tulis atau setiap entry yang kita terbitkan pasti mendapat perhatian dari pengikut atau follower kita tetapi sebenarnya mereka yang dah popular ni pun bukan senang-senang gitu je jadi popular, buat blog terus popular..tidak.Mereka juga sama seperti blogger lain yang sentiasa mencari idea pada awalnya untuk naik berada di atas.Mereka juga perlu mengerah idea dan meluangkan banyak masa untuk memikat hati pembaca seterusnya menarik pembaca untuk menjadi pengikutnya.

Bila dah jadi blogger popular maka apa ceritapun yang kita tulis orang tetap akan datang baca.
Kadangkala saja buat tajuk gempak tapi entrynya saja nak melawak tengok berapa ramai yang datang serbu nak baca contohnya tajuk " HATIKU BERDEBAR " kemudian isinya cuma " hatiku berdebar kerana nak tengok berapa ramai yang akan datang singgah hehe.." cuma sebaris ayat tapi disebabkan dah jadi blogger popular maka berpusu-pusulah pengunjung akan datang untuk mengetahui apa ceritanya.Kalau bukan popular atau suam-suam kuku tak ada siapa pun yang akan kesah silap-silap kena kutuk lagi hehe..itulah bezanya.

Contoh lain adalah cuba kita tengok entry salah seorang blogger yang tersenarai sebagai blogger popular Ben Ashaari.Bagi blogger baru pastinya mereka tertanya-tanya "apa yang hebatnya dengan dia ni?cerita pun banyak tulis tentang anaknya je..tak menarik langsung..boring je blog dia, cerita macam tu pun boleh jadi popular..tak menarik langsung"...itu kata blogger baru sebab mereka tak kenal dia dari awal tapi bagi blogger yang dah masuk dalam kategori blogger otai pasti tahu dan masih ingat dimana kekuatan blognya satu ketika dulu betul tak?..cuba dari dulu dia buat entry macam tu jawabnya hanyut juga hehe...

Itulah perbezaannya apabila kita cuma seorang blogger biasa berbanding dengan blogger popular. Kadangkala terdapat banyak juga faktor lain yang turut menjadi penyumbang kepada seseorang blogger itu menjadi popular antaranya paras rupa atau keperibadiannya.Kalau rupa cantik atau wajah macho maka ia boleh menjadi satu advantage untuk memikat selera pembaca dan selebihnya bergantung juga pada nasib dan rezeki kitalah kan kecuali kalau kita terjun dan memilih untuk menjadi blogger politik senarionya tak sama kerana blog politik tidak bersandarkan pada wajah untuk berada di ranking yang paling atas.Nak jadi blogger politik hati mau kering dan tiada siapa yang ambil kisah walau badan kurus kering kerana yang penting adalah pengisian blog mesti padat dengan berita panas dan mencari point untuk menyerang pihak lawan.Mereka pun akan jadi popular tapi popular dari sudut yang berbeza.

Dah popular ke belum?..tentulah belum kan sebab kalau dah popular tak adalah nak masuk ke sini kan hehe..jangan marah arrrr..

ozzy - blogger timbul tenggelam...

5 ulasan:

  1. Blog kawan popular juga... keknya tak hebat aje hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. akuanakpahang...blog aok memang popular weh!! antara blogger terbaik Pahang tu hehe..

      Padam
  2. Aduhai merendah diri pulak kawan ni...Terus terang..saya membaca bloq yg saya suka..bukan sebab seseorg itu popular...Tapi memang tidak dinafikan bukan senang nak senang..biarpun cuma menulis....gaya penulisan..penceritaan...isi....Kebanyakkan orang mampu menulis namun jangan lupa bukan semua orang suka membaca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eye_nee..dan saya juga suka membaca setiap komen dari kamu..terima kasih

      Padam
  3. yup. teringin gak pakcu nak jadi blogger femous nie. kikki

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...