Ingin aku coretkan kenangan bersama ayahku yang sedari kecil aku panggil abah.Seorang yang aku anggap tenang dan lebih gemar menyendiri tetapi bukan bermakna dia tidak gemar bergaul tetapi lebih suka duduk sendirian di rumah jika tiada perkara penting bersama rakan-rakannya.Sesekali bila rakan mengajaknya berjalan atau minum di kedai dia pasti tidak menolak.
Sejak kecil aku tidak pernah dimanja olehnya tetapi dia tidak pula bersikap garang mahupun menengking aku.Kerana itu juga aku lebih senang berdikari tanpa dipaksa atau disuruh olehnya. Ketika di sekolah rendah abah sering membawa aku untuk menggunting rambut disebuah pekan dan pastinya selepas itu kami berdua akan menikmati roti canai atau mee goreng mamak kegemarannya.
Melihat sikapnya juga membuatkan aku tidak sampai hati untuk meminta apa-apa darinya seperti kanak-kanak lain hinggalah ketika memasuki sekolah menengah sewaktu rakan lain bermain bola dengan memakai kasut but aku masih bermain tanpa kasut (kaki ayam) hanya bertahan dengan memakai sarung 'guard' menyebabkan kakiku sakit-sakit kena pijak.Terasa sayu apabila nama aku terpilih mewakili sekolah tiba-tiba abah menghadiahkan sepasang kasut bola buatku meskipun hanya kasut but second hand yang dibeli dari rakannya itu sudah sudah cukup bermakna buatku.. terima kasih abah hanya itu yang mampu aku ucapkan.Kasut itu jugalah yang aku gunakan sewaktu aku terpilih bermain mewakili daerah ketika aku baru berusia 15 tahun pada tahun yang sama.
Tahun tersebut juga abah jatuh sakit ketika aku bakal menduduki peperiksaan SRP tidak lama lagi.Bertemankan beberapa buah buku aku mengulangkaji pelajaran disamping menjaga abah di Hospital Mentakab.Oleh kerana sakitnya tidak terlalu serius aku sekadar menemaninya ketandas bimbang dia terjatuh selebihnya aku hanya perlu ambilkan barang yang dia minta.Selepas dibenarkan keluar dari hospital abah lebih berhati-hati ketika membuat kerja-kerja berat maka aku mula mengambil alih tugasnya melakukan kerja ladang.Ketika aku diperantauan setelah tamat persekolahan abah terpaksa upah orang lain untuk uruskan ladang atas faktor kesihatannya dan abah mula diserang sakit darah tinggi sejak tahun 2002. Saat itu abah mula berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan serta mengambil ubat.
Awal tahun 2008 aku terkejut bila emak menelefonku mengatakan abah jatuh dan terus tidak sedarkan diri.Selepas balik kerja malam itu juga aku segera memandu pulang ke kampung dan esoknya pergi melihat abah di hospital. Menurut emak pada hari tersebut abah makan kerang dengan banyaknya setelah merebusnya sendiri tanpa diketahui sesiapa.Ketika emak melihat kedalam periuk hanya tinggal kulit kerang sahaja.Aku bertanya pada abah kenapa dia berbuat begitu sedangkan dia sendiri tahu akibatnya abah hanya tersenyum katanya dia teringin sangat sebab dah lama tak makan kerang. Empat hari selepas itu abah dah boleh keluar dari hospital tapi kakinya masih terasa kebas disebelah kanan hinggakan dia tak terasa kakinya melecur apabila terkena ekzos motor yang panas.
Dua bulan selepas itu aku dikejutkan pula bila emak telefon mengatakan abah accident motor. Puncanya ketika abah pergi membuang kucing yang mengganggu rumah jiranku yang ketika itu sedang mengadakan kenduri kahwin.Ketika membelok untuk berpatah balik ketika itulah abah dilanggar. Aku meminta untuk bercakap dengan abah bertanyakan keadaannya dan dia mengatakan hanya luka sedikit serta bengkak dikaki.Seminggu selepas itu aku balik untuk melihat keadaan abah dan alangkah terkejutnya aku bila melihat luka dikakinya.Aku katakan kalau begini keadaannya bukan sedikit lukanya.Luka dibetisnya terbelah hampir sejengkal bernanah dan berlendir serta menampakkan sedikit tulang betisnya.Aku tanya kenapa tak pergi klinik atau hospital dan katanya pula masa accident tu lukanya kecil saja cuma bengkak agak besar. Aku meneliti luka tersebut dan dari keaadaan lukanya aku rasakan abah memang ada kencing manis tapi dia menafikan katanya cuma ada darah tinggi saja.
Esoknya aku membawa abah ke Temerloh untuk membeli ubat jelly gamat untuk diminum. Dikedai 'house of healin' aku memilih ubat 'jelly gamat' yang boleh menyembuhkan luka dalaman.Selepas itu aku membawanya ke farmasi untuk membuat pemeriksaan kencing manis dan setelah diperiksa bacaan kencing manisnya sudah mencecah ke angka 20..telah berada pada paras cukup bahaya. Setelah membeli ubat abah masih mengajakku minum tea tarik bersama roti canai..aku hanya turuti sambil memesan tea kurang manis. Setelah itu aku balik ke KL sambil memesan pada abah jangan lupa makan ubat dan pergi ke klinik.
Seminggu selepas itu aku telefon abah bertanyakan keadaannya dan Abah mengadu dengan nada sayu ubat yang dibeli tempoh telah pun habis tetapi kakinya masih juga belum sembuh. Abah mengatakan dia baru membeli sejenis susu yang diperkenalkan rakannya iaitu susu 'AlphaLiphid' .. Aku sekadar mampu tenangkan hatinya dengan berkata tak kisah ubat apapun yang penting kita terus berusaha.Seminggu selepas itu aku pulang ke kampung untuk melihat keadaannya. Melihat aku abah berkata dengan sayu "Zie..doktor kata kalau seminggu lagi tak sembuh doktor nak potong kaki abah ni..tak adalah lagi kaki abah sebelah ni".Aku menatap wajahnya dengan penuh sayu namun dalam masa yang sama masih memberi semangat padanya dengan berkata "kan kaki abah masih ada lagi ni..masih ada masa untuk kita berusaha".
Selepas itu aku mencuba pula dengan menaburkan susu tersebut pada luka dikakinya yang masih kelihatan bernanah dan berair ... berkerut muka abah menahan pedih ... disamping meminta abah teruskan minum susu tersebut. Setelah itu abah kembali membalut lukanya yang dibersihkan setiap hari di klinik yang berhampiran.Minggu berikutnya aku balik semula untuk melihat keadaannya. Terkejut aku apabila melihat luka dikaki abah sudah kembali bercantum hanya tinggal sikit kesan luka dan nanah. Alhamdulillah .. dan abah berkata sambil tersenyum "ada lagi kaki abah ni..ingatkan dah nak kena potong" disambut dengan senyuman gembira dari aku...
Bersambung....
Selepas itu aku mencuba pula dengan menaburkan susu tersebut pada luka dikakinya yang masih kelihatan bernanah dan berair ... berkerut muka abah menahan pedih ... disamping meminta abah teruskan minum susu tersebut. Setelah itu abah kembali membalut lukanya yang dibersihkan setiap hari di klinik yang berhampiran.Minggu berikutnya aku balik semula untuk melihat keadaannya. Terkejut aku apabila melihat luka dikaki abah sudah kembali bercantum hanya tinggal sikit kesan luka dan nanah. Alhamdulillah .. dan abah berkata sambil tersenyum "ada lagi kaki abah ni..ingatkan dah nak kena potong" disambut dengan senyuman gembira dari aku...
Bersambung....
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
BalasPadammoga Allah tempatkan arwah
disisi orang-orang yang soleh..
Al-Fatihah.
Salam...
BalasPadambgus susu alphalipid tu yek...
berbaloi ngn harganya..
ayah Sifu cemane skrg?
salam semua..
BalasPadamZul..cepatnya aok terus arwah
Shinju..kena tunggu episod ke 2
salam,
BalasPadamdah cukup 50 lum ?
hehehe
eh cepatla smbng..nk baca nie..xcited lak..hoho..moga ayh en.ozzy sht2 sllu..=)
BalasPadam