1 September 2010

DIBAKAR DAN TERBAKAR

Setiap kali jika ada apa saja perkara yang melibatkan negara kita dan negara jiran kita Indonesia, setiap kali itulah kita dapat lihat akan berlakunya kes bendera negara kita dibakar oleh rakyatnya.Itulah cara mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap negara kita walaupun isunya tidak melibatkan kita seluruhnya.

Sewaktu Israel melakukan kekejaman dengan membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam kita melakukan protes dengan membakar dan memijak bendera Israel.Kita lakukannya atas dasar benci dan marah dengan kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan oleh Israel ke atas penduduk Palestin yang seagama dengan kita.Puak Yahudi hanya tersenyum meskipun bendera mereka dibakar kerana mereka puas setelah banyak tanah Palestin berjaya mereka takluki.

Apakah wajar hanya kerana isu kecil bendera negara kita pula dibakar?.Apakah berbaloi perbuatan mereka ini jika hendak dibandingkan dengan perkara yang hendak diperjuangkan?.Sejak dari tahun ke tahun dendam mereka ini terus membara..kejam sangatkah kita?.Apakah kita juga di anggap zalim dan pembunuh seperti Israel hinggakan kita dilayan begitu rupa oleh jiran yang selama ini kita anggap seagama dan serumpun dengan kita?.Kita melaungkan slogan anti Israel malangnya kita pula dilaungkan anti Malaysia oleh jiran yang seagama dengan kita.

Belum reda asap bendera kita dibakar di luar negara, di dalam negara pula hati kita terbakar dengan perlakuan segelintir rakyat Malaysia yang menyemarakkan api perkauman.Maka kita hanya terdiam melihat ianya dibakar dan memendam apa yang terbakar.Kita sirami dengan kesabaran kerana hanya itulah saja yang mampu kita lakukan untuk meredakan dan memadam api tersebut.Kita diam kerana kita tidak mahu dilabel sebagai pengganas, kita diam kerana kita mahu hidup aman damai, kita diam kerana kita mahu bertolak ansur dan kita  juga diam kerana kita tidak mahu memulakan sengketa tetapi perlu diingat bahawa kita juga manusia jangan sampai api kita juga turut marak dalam diam.

ozzy - jangan ada yang jadi api dalam sekam..

11 ulasan:

  1. Salam jie..
    aku ingat ada orang
    yang sponsor propaganda ni
    bukan menyatakan isi hati
    keseluruhan rak yat Indonesia

    BalasPadam
  2. salam,
    tindakan segelinitr rakyat indonesia ni memang kadang2 buat kita marah,
    mungkin ada sebab diorang buat mcm ni..
    memang kerajaan malaysia memandang serius isu ni, harap2 pihak diorang sedar dan bertindak atas ape yang dah berlaku, takut kat malaysia pon buat benda yang sama

    BalasPadam
  3. Mereka tu diapi-apikan oleh dua pihak iaitu parti pembangkang dan juga media - untuk mencari publisiti dan juga cemburu dengan kemajuan negara kita. Jangan kita bertindak seperti mereka kerana menunjukkan kita juga sama dengan mereka. Mereka umpama kacang lupakan kulit. kalau ditakdirkan bala bencana menimpa negara mereka baik - biarkan !!!

    BalasPadam
  4. memang benar bukan mengambarkan keseluruhan rakyat indonesia. Tapi aktiviti media mereka telah `memprogram' generasi muda indonesia - malaysia jahat !!!

    BalasPadam
  5. diam bukan bererti kita kalah.
    anjing yang menyalak bukit, lama-lama akan diam juga, lepas tu menyalak lagi....

    BalasPadam
  6. Bila jadi semacam ini bak kata pepatah melayu..macam ada udang disebalik batu ..apapun ini hanya perbuatan yang sia-sia kerana negara kita yang berdaulat.

    * Line berukband kawan ada masakah :(

    BalasPadam
  7. Salam Ozzy. Org di sana agak terlalu ethnocentric walaupun sama agama. Sesama mereka juga ada sengketa. Yg penting kita di sini jgn terikut2 cara segelintir dr mereka itu.

    BalasPadam
  8. saya yakin hanya segelintir (baca : sangat segelintir) org Indon yang demo tu. tapi gambar yg diambil media menampakkan mereka satu kumpulan yang kuat dan berpengaruh. dilaporkan pula oleh wartawan secara sensasi. apa2pun, faktor cemburu iri hati lah penyebab utamanya. cemburu kepada kemakmuran ekonomi dan keselesaan hidup di sini.

    BalasPadam
  9. salam abg ozzy

    macam2 berlaku kan kalau kita senyap dia kata kita pengecut & x bererti kita kalah..
    tapi kalau kita melenting dia kata kita macam2 ermm sabar jer la.. tapi kalau dah buat macam tue macam mana nak sabar??

    BalasPadam
  10. Marah juga bila bendera negara kita dibakar, apalah salah negara kita sampai dihina begitu. Sedikut isu saja kemarahan mereka terus meledak. Mereka tak tahu ker kesabaran kita juga ada tahapnya. jgn tahu membakar bendera dan membaling najis tapi tak tahu mereka juga membakar hati kita.

    BalasPadam
  11. Kalau rakyatnye aje x kisah sangat,,
    Yg geramnye dgn sikap lepas tangan pemimpin dorang tu...Mgkin dia x terjaga rakyat yg terlalu ramai tu gamoknye..atau mgkin sikap rakyat yg membenci negara kita bg kelebihan sokongan pd pemimpin..

    *** Saya dapat dgr cerita detail pasal kes pelajar kita kena tetak aritu,masa kejadian bila dorg minta tlg,jiran2 setaman cuma jenguk dan masuk umah balik..polis dan ambulans hanya sampai 3jam selepas kejadian,tiga hari kemudiannya baru polis (forensik) dtg kumpul bukti sdgkan sebelum tu dh ujan dan mgkin ade bukti2 yg dah ilang...Rase geram sesangat,tp rakyat kita x melatah pun...ikutkan marah,mgkin lunyai semua org2 Indon yg ade kat Malaysia ni kot...ternyata kita lebih bertamadun..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...