"Pak Pandir oooo.. Pak Pandir..mana pergi orang tua ni senyap aje". bisik Mak Andeh.Sebentar kemudian Pak pandir muncul sambil mengenyeh-genyehkan matanya "ada apa awak panggil saya Mak Andeh oiii".kata Pak Pandir.
"Awak ni asyik membuta je..cubalah cari kerja Raya dah dekat dah ni, persiapan belum buat lagi" kata Mak Andeh." Kerja apa saya boleh buatnya Mak Andeh..saya ni kan dah tua mana larat lagi nak buat kerja".
"Saya dengar orang kata kalau buat blog dapat juga duit..ada yang kata lumayan sampai ribu-ribu sebulan".kata Mak Andeh memberi cadangan. Pak Pandir menjawab " Blog tu apa?".Mak Andeh mengerutkan dahinya dan berkata "entah saya pun tak tahu...cuba Paknya pergi tanya dengan orang kampung".
Pak Pandir pun bersiap memakai baju bersama kain pelikat yang diselempangkan."macamanalah rupa blog tu ye" kata pak pandir dalam hati.Pak Pandir pun berjalan mengelilingi kampung sambil bertanya pada sesiapa juga yang dia jumpa malangnya semua pun terpinga-pinga sebab mereka juga tidak tahu apa itu blog.Tekak Pak Pandir mula terasa dahaga dan bajunya pula mula basah dengan peluh.Kemudiannya Pak Pandir memilih untuk berehat di bawah sepohon pokok yang rendang.
Sedang Pak Pandir berehat tiba-tiba dia terlihat tahi kucing yang bentuknya agak lain berpintal-pintal dan bewarna kuning keemasan.Pak Pandir meneliti bentuk tahi kucing tesebut dengan penuh minat sambil berkata " agaknya inilah dia blog ".Pak Pandir kemudiannya menguis sedikit tahi kucing tersebut "lembik je..takkan blog lembik" kata Pak Pandir.Pak Pandir kemudiannya mencolet tahi kucing tersebut menggunakan jarinya dan merasa sedikit menggunakan hujung lidahnya, kemudian Pak Pandir merenung tahi kucing tersebut dengan dahi berkerut sambil berkata "masam-masam kelat rasanya..boleh jual ke ni..ada ke orang nak beli" kata Pak pandir.
Pak Pandir masih belum berpuas hati lalu dia membongkok untuk mencium baunya pula " cehhh!!!.. tahi kucing rupanya..aku ingatkan blog..patutla bentuknya pun macam tahi kucing..nasib baik aku tak pijak!..marang kerapu kepunden parang sekeper.." kata Pak Pandir sambil bangun dan meneruskan perjalanan untuk mencari blog.Setelah puas merayau akhirnya Pak Pandir pulang dengan kecewa.Sampai di rumah Mak Andeh bertanya " Jumpa ke blog tu " Pak Pandir menjawab " huh!! blog apanya ...tahi kucing adalah ". dan di sambut dengan ketawa Mak Andeh " ha..ha..ha..ha.." . Selepas itu Pak Pandir tidak mahu lagi mencari blog lagipun dia takut nanti orang kata blog dia blog sampah.
Begitulah cerita merapu dari aku hehe..sesekali merapu jangan sampai meroyan sudah..cerita lama yang aku olah sesuai dengan keadaan topik semasa.

Agaknya kalau dia dapat buat blog apalah nama blog dia yeek :)tentu best juga layan cerita di blog dia hehehe...
BalasPadamhaha tergelak keh pepagi isnen neh.. mesti ramai orang singgoh ket blog pak pander tu nanti..
BalasPadamahahaha cerita lama yang diadaptasi sesuai dengan keadaan kontemporari, menarik he he...
BalasPadamhahahaha...ingatkan citer apa la tadi...mesti ada juga yang terpedaya nanti mcm lynn...hehehehe...
BalasPadamAda yang kat blog ni macam Biskut..
BalasPadamSalam Semua..
BalasPadamBang Yassin & Hisham..mungkin jadi blogger terhebat kot hehe..
Gen Fujita .. Cerita yg sengaja diolah utk hiburan je..
Lynn Hamzah.. moga terhibur.
Relevan .. Macam-macam ada..hehe
salam.. sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih
BalasPadamsalam,
BalasPadamceh, bersungguh-sungguh saya baca entry ni tau.tipah tertipu rupanya.
salam merdeka..
BalasPadamtertunggu citanya..
last2 men2 ja..
ada jugak blog pak pandir ye...
BalasPadamhuhuhuhuhuhuhu
kirim salam ke pak pandir
BalasPadamHehehe... Pak Pandir mencari blog...hehe..blog tahi kucing yang dia jumpa ya...hmm Pak Pandir, Pak Pandir.
BalasPadamlawak2
BalasPadam