26 Mac 2011

KETAT KE KELAT

Bila kita cuba masukkan sesuatu tetapi agak payah atau susah maka ia dikatakan ketat.Contohnya jika kita nak sarungkan kaki pada kasut yang bersaiz sedikit kecil dari kaki kita atau baju yang sedikit kecil dari saiz badan kita.

Kelat pula dikaitkan dengan rasa sesuatu bahan makanan yang kita makan. Antara yang mempunyai rasa kelat adalah pisang kelat (nama pun kelat dah tentu rasanya kelat) , buah salak , buah jambu batu yang belum masak serta daunnya , buah gajus dan bermacam bahan makanan lain yang rasanya kelat.

Kalau difikirkan ketat dan kelat mempunyai makna yang berbeza tapi perkataan tersebut mungkin digunakan untuk maksud yang sama.

Bagi golongan muda atau remaja bila tengok muka kawan mereka yang masam mereka biasanya akan kata " Kau ni apahal ? tengok muka KETAT semacam je..ada masalah ke? ".Ayat ini agak popular bagi remaja yang tinggal di Kuala Lumpur.
Bagi orang Pahang pula mereka akan kata " Aok (awak) ni ngape .. koi (aku) nengok muke aok KELAT semacam jek..ada masaloh ke? ".

Ketat dan kelat yang disebutkan itu membawa maksud yang sama merujuk pada ekspresi wajah seseorang yang sedang masam atau sedang dilanda masalah.Jika disebut kelat mungkin ada sedikit kaitan iaitu gambaran wajah seseorang yang berkerut apabila termakan atau memakan sesuatu yang rasanya kelat atau masam. Tetapi jika disebut ketat apa pula kaitannya dengan wajah yang masam?...agaknya bila masam jadi ketat kut... nampaknya kredit perlu diberi pada orang Pahang kerana memberi kiasan yang lebih relevan.

Ceria-ceria dan senyum selalu jangan KELAT sangat dan jangan KETAT sangat....



ozzy - kalau kelat cicah dengan gula sikit..kalau ketat longgarkanlah sikit...

6 ulasan:

  1. salam..
    koi ingat aok makan jambu kelat
    pakai seluar ketat tadi je..he he..
    dah start keje ke wehhh?

    BalasPadam
  2. Salam...

    Lama x makan buah salak..
    Ketat & Kelat..macam sama tapi berbeza yak..

    BalasPadam
  3. Salam pozi..nyinggah kejap walaupun kelat dan ketat juga nei.. semoga ceria sokmo :)

    BalasPadam
  4. W'salam pada yang memberi salam..

    zul - zaman seluar ketat dah berlalu

    Yun - Buah salak mmg kelat nak kopek pun ketat

    Echam - maksudnya mungkin sama cuma sebutan berbeza

    AAP - Kalau kelat boleh cicah gila biar manis sikit.

    BalasPadam
  5. hahahahah geli awok nengok pic tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...