Sekali lagi kita semua dikejutkan pula dengan kisah politik yang semakin membuatkan tekak aku semakin mual dan loya.Ketika dunia dikejutkan dengan bencana tsunami dan serangan peluru berpandu Amerika ke atas Libya kita di sini pula bergelumang dengan kisah di dalam kain.
Jika sebelum ini kisah liwat meliwat didedahkan dan terpapar di dada akhbar, majalah serta di kaca TV nampaknya kita orang Melayu masih belum puas untuk terus meneroka kisah-kisah yang ada di sebalik kain.Apakah hanya itu kepakaran kaum Melayu?.
Ketika kita sibuk menyelak dan menilik apa yang ada di sebalik kain kaum lain terus mengaut keuntungan dan kekayaan yang ada sambil bersorak mereka berkata "Biarlah orang Melayu terjun dengan labu-labunya..lu mau korek ke, lu mau belah ke, lu mau makan ke kami semua tarak kacau.Kalau itu labu sudah hancur kami kasi labu lain kasi lu orang main".
Sebagai ahli politk yang diberi mandat dan mendapat sokongan dari rakyat apa yang ingin kita lihat adalah peranan pemimpin tersebut untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat bukannya menyajikan siri yang meloyakan tekak.Apabila isu seperti ini dibawa dan dibahaskan di dewan parlimen ia hanya membuang masa kerana rakyat memilih mereka bukan untuk mendengar kisah meloyakan ini.Mereka semua dibayar gaji yang tinggi dengan segala kemudahan serta elaun setiap bulan tetapi apakah hanya ini tugasan mereka?
Tidak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang edisi sebegini langsung tidak memberi faedah kepada rakyat khususnya kita orang melayu.Bagi mereka yang berfikiran secara rasional kisah sebegini hanya memalukan dan tidak memberi apa-apa kebaikan kepada semua pihak malah ia semakin memburukkan lagi hubungan sesama kita orang melayu..maka sewajarnya kita bertanya apa untungnya?.Jika kita membaca sejarah lalu pahlawan melayu menentang penjajah tetapi sejarah hari ini ramai yang mengaku sebagai pahlawan atau keturunan serta berdarah pahlawan tetapi siapa lawannya..juga sesama melayu.
Namun bagi mereka yang maksum api kebencian akan terus meledak dan terpancarlah segala maki hamun , caci maki dan fitnah.Mereka abaikan fikiran yang waras demi menegakkan sentimen politik yang sempit meskipun semangat perpaduan sesama melayu turut terkorban.Malangnya segala caci maki dan fitnah itu berlegar pada kelompok kita sesama melayu yang beragama Islam sahaja.Lebih malang lagi api kebencian berterusan dinyalakan dan sasarannya tetap pada kita orang melayu. Percikannya dihalakan pada kita sesama melayu dan tempiasnya turut dirasakan diantara kita sesama melayu.Apa untungnya dan siapa sebenarnya yang dapat untung?.
Ketika kecoh dengan adegan selak menyelak tampil lagi kisah yang tidak kurang hebat dan panasnya.Bezanya ia sengaja didedah dan tidak perlu diselak oleh orang lain.Puak di sana sibuk selak menyelak, yang di sini pula sengaja dedah.Begitulah obsesnya orang Melayu dengan adegan selak menyelak ini.
Tidak ada apa yang pelik pun sebenarnya dengan gaya dan fesyen sebegini di zaman ini.Hanya kerana dia adalah seorang selebriti maka cerita sebegini dijaja untuk meraih publisiti sekaligus meningkatkan populariti.
Apabila tersiar di akhbar 5 artis paling seksi yang berada dalam carta antaranya Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Zila Bakarin, Rabecca Nur Al Islam dan Jue Aziz dan kesemuanya adalah orang kita..orang melayu.Apakah hanya ini yang dapat kita banggakan?.
Terdapat berbagai cara untuk meraih publisiti dan mencetuskan kontraversi.Sebaiknya jangan mengaibkan orang lain apatah lagi mengaibkan diri sendiri.
ozzy - Melayu semakin layu...

Adik tue dah pun memohon maaf , di harap selepas ini dia tidak akan ulangi kasilapan itu lagi..
BalasPadamJika ditanya apa untungnya..mungkin seorang dua mendapat habuan dan kepuasan atau membalas dendam diatas niat sendirilah agaknya. Namun bagi rumpun melayu itu sendiri terus menanggung malu diatas sekor dua lembu yang membawak lumpur.
BalasPadamnak jugak komen,tapi hany ni takla pandai sgt, risau takot apa yg dikomen nanti org salah fhm dan ckp bukan2...
BalasPadamsebagai MUSLIM, kita septtnye berpegang pada ajaran AGAMA, balik balik pada sunnah Rasullullah. mmg lah tak semua org alim dan warak, tapi sekurang2 nya sedar dan tahu mana yg boleh mana yang tidak kan...
yang pasti, sama2 doa semoga generasi kita skrg dan generasi seterusnya, diJAUHkan dari segala kemungkaran ini...ameen...
tak tahu sekarang nie macam2 isu timbul pasal org politik????mmm entah la...
BalasPadamkomen amy lari tajuk sebenarnya , yang amy maksudkan tue yang ada dalam gambar tue..liyana..
BalasPadambukak tv je cerita seks!! benci. yang artis2 tu pulak .. lagi la saya tak paham cmna diaorg berfikir? sebagai seorg islam, bangga ke diberi gelaran itu??
BalasPadamHaih .. dunia.
setuju dengan pendapat ozzy, bangsa lain bergembira kerana ada melayu yang sanggup menjahanamkan melayu semata-mata kerana kuasa..sungguh hairan kenapa kita tidak dapat hidup bersama dalam keadaan yang hormoni dan aman serta saling menghormati.
BalasPadamassalamualaikum....
BalasPadamrasanya dari saling membuka aib adalah lebih baik memperbaiki kelemahan diri sendiri...dan beruseha untuk majukan diri,bangsa dan negara...
politik kebencian merupakan cara lama untuk meraih sokongan.Manusia seharusnya menggunakan akal fikiran dalam menentukan kesahihan dan teringat satu hadis menyatakan"sekiranya datang kepada kamu orang fasik membawa berita,maka hendaklah kamu menentukan dulu kesahihannya"..elok lah kita selidik siapa pembawa berita maka kita akan tahu kebenarannya.
BalasPadamSalam Jie..
BalasPadampolitik memang dah luar dalam nya busuk
maka bersiaplah siapa yang nak main politik
mereka ni(ahli politik) boleh bersembang je
lepas tu..
ouk
BalasPadam