9 Mac 2011

PADI ANGIN

Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha sawah padi adalah serangan dari tumbuhan yang digelar padi angin.Padi angin ini tidak diketahui dari mana puncanya akan tumbuh dan merosakkan pokok padi yang sebenar.

Bagi pengusaha sawah padi mereka beranggapan padi angin adalah ancaman terbesar yang mengakibatkan mereka mengalami kerugian yang sangat besar berbanding dengan serangan dari haiwan perosak seperti tikus dan siput gondang.Masalah ini menyebabkan ramai antara mereka yang mengeluh dan tidak kurang juga yang mula sudah putus asa untuk meneruskan penanaman selagi masalah ini tidak dapat diatasi.

Apakah yang dikatakan padi angin?.Sebelum ini aku juga tidak tahu menahu tentang masalah ini tetapi ketika berbual dengan saudaraku di kampung barulah aku tahu tentang perkara ini yang telah berlarutan sejak beberapa tahun dulu.Padi angin adalah padi yang tiba-tiba tumbuh disamping padi sebenar yang kita tanam.Padi angin juga mengeluarkan hasil/biji padi tetapi hasil tersebut hanya berbentuk seperti hampas padi dan mudah terlerai apabila disentuh atau ditiup angin.Apabila padi yang ditanam hampir masak dan tiba waktu untuk menuai, padi angin ini hampir kesemuanya atau sekitar 90 peratus akan gugur dengan sendirinya.

Kehadiran padi angin yang tidak diundang ini mengakibatkan berlakunya persaingan untuk merebut cahaya matahari antaranya dengan padi yang ditanam.Selain itu padi angin ini juga amat cekap menyerap baja yang ditabur menyebabkan sekali lagi berlaku perebutan baja antara keduanya.Padi angin yang berjaya menyerap lebih banyak baja akan tumbuh dan membesar lebih pantas dari padi yang ditanam.Apabila ia tumbuh lebih tinggi dari padi yang ditanam sekali lagi padi angin mendominasi penerimaan cahaya matahari yang amat diperlukan oleh tumbuhan ini.Struktur pohon atau batangnya yang lebih keras dari padi yang ditanam menyebabkan ia menjadi pilihan terakhir untuk diserang oleh serangga.Kesannya padi yang ditanam menjadi kurang subur, tumbesarannya terbantut atau mati apabila diliputi oleh padi angin ini serta menjadi pilihan utama serangan serangga.

Masalah ini telah dikemukakan pada jabatan pertanian seperti MARDI atau MADA namun setakat ini belum ada cara-cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ini dengan sepenuhnya.Racun yang diperkenalkan juga belum berupaya menangani ketangkasan benih padi angin ini yang dikatakan berupaya kekal jauh kedalam tanah dan bersedia untuk bangkit meskipun terbiar selama lebih dari enam bulan atau satu tahun.Ia seolah-olah menanti masa untuk diaktifkan iaitu apabila tibanya masa baja ditabur.Fenomena ini terus menjadi misteri pada petani dari mana datangnya padi angin ini dan apakah cara terbaik untuk menanganinya.Hasil penyelidikan dari pihak jabatan pertanian pula mereka mendakwa padi angin ini terbentuk dari campuran/kacukan padi liar dengan padi sebenar.Padi liar ini dikatakan telah tersebar sejak sekian lama sekitar tahun 80an namun jumlahnya agak terkawal tidak seperti apa yang dialami oleh petani sekarang ini.

Oleh kerana kini aku terlibat terus dan tersenarai antara pemilik sawah padi setelah menggantikan tempat arwah ayahku, aku berpendapat sekiranya masalah ini tidak berjaya diatasi adalah lebih baik tanah sawah tersebut ditukar pada tanaman lain yang memberi hasil dan pulangan yang lebih lumayan.Antara tanaman yang aku cadangkan adalah tebu atau jagung yang menawarkan permintaan yang lebih tinggi.Meskipun pihak jabatan pertanian pastinya kurang setuju dengan cadangan ini mungkin kerana tanah untuk penanaman padi semakin berkurangan namun aku beranggapan ianya lebih baik dari mengerjakan sesuatu yang tidak lagi memberikan hasil yang diharapkan.Penantian mereka selama enam bulan akhirnya ternyata menjadi sia-sia apabila hasil yang diperolehi amat mengecewakan.

Sebagai alternatif lain aku mencadangkan penanaman pokok serai wangi di sekeliling sawah seperti di atas batas untuk menghalau serangga.Serai wangi telah diketahui keberkesanannya untuk mencegah kehadiran serangga yang tidak sukakan baunya yang tajam.Secara tidak langsung petani juga dapat menambah pendapatan hasil dari jualan serai wangi kepada peniaga.  

Antara contoh kawasan yang telah bertukar dari sawah padi kepada bidang lain adalah di Parit Buntar. Tanah sawah yang terletak di tepi lebuhraya Utara Selatan dan boleh dilihat oleh mereka yang melalui highway tersebut kini telah bertukar menjadi pusat ternakan ikan arowana.Antara pemilik ternakan tersebut adalah penyanyi terkenal negara kita iaitu Jamal Abdillah yang telah mengusahakannya beberapa tahun dulu.Tanah yang dahulunya dipenuhi kehijauan sawah padi kini bertukar kepada beberapa buah kolam yang tersusun.

Justeru itu sawah yang kelihatan indah dengan padi yang menghijau selama ini rupanya lebih banyak dikuasai oleh padi angin ini yang tidak memberi apa-apa hasil dan apa yang berjaya dituai oleh petani tidak setimpal dengan tenaga dan masa yang terbuang.
Semenjak pengurusan benih padi diambil alih oleh pihak swasta petani mendakwa pemantauan dari segi kualiti benih padi agak kurang diberi perhatian berbanding dengan jabatan pertanian yang mempunyai prosedur dan kawalan yang lebih ketat.Namun subsidi baja oleh kerajaan diharap dapat terus dikekalkan bagi mengurangkan beban petani.Apa yang pihak petani inginkan adalah hasil yang maksimum atas apa yang mereka usahakan dan bukannya berakhir dengan hampas.

Perlu diingat sekiranya padi angin turut dipungut dan dipasarkan maka hasil padi yang bakal berada dipasaran mengandungi lebih banyak hampas dari beras belum termasuk kanji yang dicampurkan. Jangan sampai pengguna mengeluh "huhhh..beras banyak hampas..hampehhhh"

Antara langkah pencegahan yang boleh dicuba adalah dengan penggunaan baja 'bio agoplus decomposer' seperti yang disarankan oleh salah seorang pembaca.Untuk info sila klik  DI SINI 

ozzy - suka guna beras jati super special tempatan...

12 ulasan:

  1. As salam...

    Baru tau sal padi angin nih..
    Mcm2 plak yer..Byk tol musuh tanaman padi nih...
    Cer tanam kenaf plak...Lumayan!

    BalasPadam
  2. salam Ozzy..
    bagus info nih..
    boleh lah aku jadi
    penanam padi pula lepas nih
    ada tanah kosong mak aku di
    Kedah 3 relong bagi adik dia
    buat..setahun dapat puluh ribu
    juga dengarnya..

    BalasPadam
  3. Salam Pozi, kawan nie duk jauh ngan sawah :) tak tau lalu kisah padi angin ini, terima kasih berkongsi info yang menarik.

    BalasPadam
  4. alahai..promote padi lak nampak..boring dah agaknya tengok sawit..

    BalasPadam
  5. W'salam Cik Shinju..

    Ramai yg x tahu pasal padi angin ni..kenaf tu apa?

    Zul..w'salam - Kalau ada tanah elok diusahakan

    Akuanakpahang - w'salam Yassin - sama-sama...berkongsi utk kebaikan & pengetahuan

    Abadi romeo - sawit tu tanah lain..sawah padi kat lokasi lain..tanah sawit dah serah kat adik2 lain.

    BalasPadam
  6. SAlam en.ozzy..

    Amy baru tahu pasal padi angin nie..Nice sharing en.ozzy

    BalasPadam
  7. sya ada solutionnya

    BalasPadam
  8. solution utk padi angin baja bio agoplus decomposer.dah terbukti.trial dah d buat d sg besar parit timur sebesar 14ekar,tiada langsug padi angin mcm xpercaya,seblumnya banyk sangat padi angin.012 3980550.

    BalasPadam
  9. Tanpa nama..terima kasih dgn info tersebut ..nanti saya akan cuba hubungi saudara

    BalasPadam
  10. entry yang sangat menarik. saya pelajar Bacelor Sains Pertanian UPM. kalau ada apa2, blh saya contact en.ozzy.

    BalasPadam
  11. Menarik, tapi kalau tanaman padi di tukar ke tanaman atau industri lain, apa kesan terhadap negara?semua org nak makan nasi kan? sekarang kita bergantung pada negara luar 30% sumber beras, jika negara luar berhentikan export beras, peristiwa krisis makanan pada jun 2008 akan berulang. bekalan beras kurang, harga beras naik mendadak. kesan nya amat terasa walaupun ia berlanjutan selama 3 bulan sahaja. bayangkan ia berlarutan.sudah pasti kembali ke zaman jepun, ubi sebagai makanan ruji.ramai tidak mampu membeli beras lagi. subsidi kerajaan salurkan bagi meningkatkan hasil padi supaya kita xbergantung pada sumber luar. Orang cina selalu mengisukan, pesawah melayu terlalu manja, semua baja subsidi dapat, hasil padi kurang, tapi mereka tetap dapat kekalkan 10 tan/ ha sekurang-nya.kenapa melayu xdapat?mereka juga ada rumpai,ada padi angin, ada perosak.ini lah sebabnya ada khabar dimana subsidi akan ditarik secara berperingkat.Waallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Salmah Tajuddin dengan komen tersebut dan saya turut setuju.Harap perkara ini mendapat perhatian lebih serius dari jabaan pertanian dan mencari formula untuk mengatasinya.Subsidi baja yang disalurkan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban petani tetapi bantuan untuk menghapuskan masalah padi ini lebih penting sebelum pemberian subsidi dihapuskan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...