21 Mac 2011

MENANGGUK DI AIR KERUH


Pada awal pagi ini bumi Libya dikejutan dengan serangan lebih 110 roket Tomahawk Amerika SYarikat dan Britain.Tentera perikatan yang diketuai oleh Perancis,Amerika Syarikat,Britain,Kanada dan Itali melancarkan serangan ke atas Libya untuk menumbangkan permerintah Libya, Muammar Gaddafi yang telah memerintah selama hampir 42 tahun.Seramai 64 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera dari serangan tersebut.

Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan siri pembunuhan sesama sendiri kali ini 'hidangan' lebih besar dianugerahkan buat mereka.Mungkin selama ini nasi dan lauk tak cukup, mereka datang untuk menghidangkan nasi tambah siap untuk 'bungkus' lagi.Dalam berseronok berperang sesama sendiri pihak barat yang selama ini tersenyum girang hanya menunggu masa untuk menangguk di air keruh. Mereka berkata " Apa barang main tembak-tembak..apa kata cuba try test Tomahawk ni pulak".

Apabila ikan-ikan dilihat tercungap-cungap di air yang semakin keruh maka inilah masanya untuk 'mereka' menangguk dan mengaut keuntungan.Di hujung sana tersergam telaga dan tangki minyak menantikan masa untuk dikaut.Inilah juga masa terbaik untuk menguji keberkesanan senjata yang ada.Dengan alasan yang begitu kukuh iaitu bagi melindungi 'pemberontak' dari dibunuh oleh pihak kerajaan.Lantas siapa pula yang akan melindungi pihak kerajaan?Pemberontak tu siapa dan kerajaan tu pula siapa? keturunan dan agama apakah mereka itu semua?.

Belum puas bergurau senda di Iraq kali ini tiba giliran untuk mereka bertemasya pula di bumi Libya.Bumi Palestine 'kita serahkan' pada Israel.Pandai-pandailah lu handle umat Islam kat sana wahai Israel kata Amerika.Bumi mesir tak sempat nak terjah sebab diaorang main cubit-cubit je...

Bagaimana pula dengan negara kita? pada umat Islam dan bangsa Melayu khususnya.Adegan 'cubit mencubit' dan 'bergurau senda' sesama sendiri nampaknya kian ketara.Mungkin pihak barat kurang 'berselera' namun ada pihak yang sedang menjilat bibir sambil menambah perisa.Tomahawk belum lagi diperlukan di sini memadai dengan " TOMATOhawk atau TOMYAMhawk "  sajalah agaknya...

ozzy - dah hilang rasa simpati....

7 ulasan:

  1. Ngeri saya dgn situasi yg berlaku skrg ni...:(

    BalasPadam
  2. ampeh tul la diorang ni..
    n3 hari ni best lah ozzy..jadi pembangkit semangat..
    kat malaysia ni susah lah nak cakap..kaum ibu berdoa lah siang malam demi kesejahteraan suami,anak2 dan negara terutamanya..semoga di jauhkan segala bencana dan malapetaka dari bumi malaysia ini..

    BalasPadam
  3. kita doakan yg baik utk negara

    BalasPadam
  4. Mmg AS menangguk di air keruh juga serapang berpuluh mata ada agenda tersendiri yang pasti nak menguasi minyak dan mencuba peralatan canggih ketenteraan mereka.

    BalasPadam
  5. AS kan budget dorg polis dunia, kalau yang islam tu sume pengganas penjenayah..kalo dimalaysia pun mcm tu, kalo yang bawa islam tu kata ajaran sesat pulak, nak wujudkan yang nak diperjuangkan bangsa.. Islamnya mana?

    BalasPadam
  6. Dunia semakin tua semakin menuju akhir zaman dan manusia semakin lupa kepada Allah swt.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...