8 Mac 2011

KALI INI AKU GENTAR

Atas urusan tanah peninggalan arwah ayah aku berangkat pulang ke kampung pada pagi hari sabtu yang lepas.Seperti biasa jika balik ke Taiping aku gemar menaiki bas ekspress kerana selain dari cepat dan menjimatkan, inilah peluang untuk aku berehat dan melapangkan fikiran di dalam bas.

Jika sebelum ini aku memilih bas ekspress Star Mart tapi kali ini aku memilih bas ekspress milik bumiputera iaitu bas ekspress Shamisa.Terasa bangga juga apabila melihat semakin banyak syarikat bas ekspress dimiliki oleh bumiputera namun apabila tiba di kaunter untuk membeli tiket bas aku sedikit kecewa apabila melihat layanan yang diberikan.Wajah penjaga kaunter langsung tidak mesra dan masam mencuka cuma kehadiran ulat tiket yang lebih mesra menjawab soalan yang aku ajukan sedikit memudahkan urusan.Setiap pertanyaan dijawab dengan baik oleh 'ulat tiket' seolah-olah mewakili syarikat bas tersebut.Ketika ingin memulangkan wang baki duit baki tersebut hanya diletakkan di atas meja sambil aku menantikan ia dipulangkan kepadaku dan 'ulat tiket' ini jugalah yang mengambilnya dan serahkan kepadaku.

Jika begini layanannya nampaknya ulat tiket lebih mendapat tempat di hati pengguna berbanding dengan hati yang sakit bila berurusan dengan penjaga kaunter.Keadaan ini seolah-olah menggalakkan lagi pengguna untuk berurusan dengan ulat tiket.Aku cuba pula berbual sambil bertanya di kaunter bas yang lebih 'senior' iaitu Syarikat Transnasional dan ternyata layanan mereka jauh lebih mesra. Kepada pihak pengurusan syarikat bas Shamisa ekspress diharap dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka sekiranya ingin menarik hati pengguna selepas ini terutamanya kakak yang menjaga kaunter tersebut.

Tiba di kampung aku tidak punya banyak masa untuk bersembang dengan saudaraku di sana.Ketika tiba waktu sudah lewat petang dan setelah bertanya khabar aku segera ke tapak tanah tersebut untuk meninjau apa yang boleh aku lakukan untuk membersihkan tanah tersebut.Oleh kerana tanah tersebut bakal menjadi hak milik aku maka aku sudahpun merangka projek yang bakal aku lakukan pada tanah tersebut yang terbiar sekian lama.Di hadapannya agak semak namun yang paling sukar adalah untuk menebang pokok kelapa sawit dan pokok getah yang besar manakala di bahagian belakangnya merupakan tanaman padi sejak dulu lagi. Rumput dan lalang agak mudah untuk dihapuskan kerana aku boleh gunakan racun pokok cuma pokok sawit dengan getah agak liat untuk ditumbangkan.

Pagi ahad hatiku berdetik untuk cuba melihat kalau-kalau balai polis buka pada hari tersebut.Nasibku agak baik kerana meskipun hanya satu kaunter untuk membayar saman dibuka tetapi cuma tiga orang sahaja yang berbaris ketika itu.Setelah kesemua bayaran saman dijelaskan aku terus membeli tiket untuk berangkat ke KL pada keesokan harinya dan selepas itu aku bergegas pula ke rumah rakanku yang terletak di Bagan Serai untuk menghadiri kenduri kahwin adik lelakinya.Kami berbual seketika sebelum aku meminta untuk mengundur diri kerana selepas ini aku perlu berkejar pula ke Larut Matang untuk mengambil geran asal tanah tersebut.Cadang nak makan mee banjir udang yang popular di Larut Matang ni pun tak sempat kerana ada urusan lain pula selepas ini.Lain kali lah nampaknya...

Pagi Isnin aku segera ke Pejabat Tanah Parit Buntar dengan membawa bersama geran asal tanah tersebut.Terdapat 7 nama pada tanah tersebut termasuk nama arwah ayahku dan tujuan aku ke sana adalah menukar nama arwah ayahku kepada namaku.Tiba di sana aku segera ke kaunter dan urusan berjalan lancar kerana semua dokumen telah disediakan dimana paling penting adalah 'surat perintah' yang mengandungi persetujuan kesemua adik beradik untuk menukar nama yang ada di dalam geran kepada namaku.Aku diminta menuggu panggilan dalam masa 2 minggu lagi untuk mereka menyiapkan proses tersebut.Setelah geran baru ini diperolehi dan nama aku di gantikan barulah aku akan teruskan dengan proses 'memecahkan' geran iaitu dengan memproses geran menjadi hak milik individu atas namaku sahaja.Untuk bersikap adil tanah di Pahang aku serahkan kepada adik beradik yang lain untuk diagihkan sesama mereka.

Aku bertanya kos untuk 'memecahkan' geran dan mereka memberi anggaran sekitar 5 ribu, satu jumlah yang agak tinggi juga namun aku tiada pilihan kerana selagi geran tersebut tidak 'dipecahkan' maka sukar untuk aku membuat loan seterusnya menyukarkan untuk aku meneruskan projek aku nanti.Buat masa aku telah survey beberapa projek antaranya ternakan puyuh dan cendawan yang aku rasakan agak berpotensi untuk dimajukan bersesuaian dengan cuaca di sini yang terkenal sebagai kawasan tadahan hujan.

Projek yang paling banyak aku lihat di sini adalah projek ternakan ikan keli termasuk yang diternak dalam kanvas.Kerana itu aku lebih berminat untuk mengusahakan projek lain yang aku rasakan lebih berpotensi dan aku berhasrat untuk menjadi perintis dan membuka laluan pada penduduk di sini untuk mempelbagaikan lagi sumber pendapatan mereka.Jika boleh aku tidak mahu mereka menjual tanah yang mereka ada kerana aku berpendapat tanah tersebut amat berharga apatah lagi ia berada hampir dengan jalan utama manakala sumber air adalah dari sumber semulajadi iaitu dari Gunung Semanggol yang terletak di hujung sawah padi.Dari sumber inilah air dibekalkan ke sawah padi sejak dulu lagi.Sekiranya kemudahan ini digunakan untuk membuat kolam ikan atau udang aku pasti hasil ternakan juga mempunyai nilai yang tinggi.

Masa agak terbatas untuk aku membuat banyak perkara lain kerana pada jam 5 petang aku perlu berada di stesen bas untuk pulang semula ke KL.Sekitar 5.30 petang bas pun tiba dan setelah memeriksa penumpang yang cuma 8 orang sahaja bas tersebut bertolak pada jam 5.50 petang.Akibat keletihan aku hanya bersandar lemah sambil membaringkan kerusi.Memasuki lebuh raya terasa kelainan yang agak ketara pada cara pemanduan bas untuk kali ini.Dari tempat duduk aku dapat merasakan bas ini dipandu dengan laju tidak seperti sebelum ini.Hatiku mula resah apabila melihat keadaan bas yang meluncur dengan laju apabila menuruni bukit.Jalan lurus pula bas berada dilorong tengah dan lorong kanan.

Melihat keadaan tersebut aku segera bangun dan berpindah ke belakang dan duduk dikerusi di mana terletaknya pintu kecemasan.Jika sebelum ini beberapa kali menaiki bas ekspress aku merasakan ketenangan dan kedamaian tapi kali ini aku gentar.Seketika aku terlelap sebelum aku terjaga dan melihat jam di tangan yang menunjukkan tepat jam 8 malam.Sungguh mengejutkan kerana kami sudahpun tiba di Tol Jalan Duta.Ini bermakna perjalanan kami dari Taiping ke Kuala Lumpur yang sejauh hampir 300 km hanya mengambil masa kira-kira 2 jam 10 minit sahaja !! pemandunya seorang pemuda bangsa India berusia lewat 20an.Deyyy Macha lu memang hebat....Biasanya jika aku memandu kereta 2 jam memandu aku baru sampai ke Ipoh.Paling cepat jika aku speeding pun mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke Taiping.

ozzy - Masih nak naik bas ekspress lagi kerana bukan semua pemandu sebegitu...

9 ulasan:

  1. oic.. lajunya .. 2 jam dah sampai tol duta. macam mana pemandu tu bawak bus ye..

    BalasPadam
  2. Kerka kat front line ni kene cari yang tak lokek senyuman tak kira lah gomen atau private.Kalau muka masam lebih baik kerja jaga harimau kat Zoo..boleh lawan siapa lebih garang.
    2 Jam...? boleh interview Lotus Racing Malaysai..tu..!

    BalasPadam
  3. Salam Pozi, pergh best kalau ada tanah nie sekarang payah nak dapat dah :( rege pun bapoklah mahelnya :(

    BalasPadam
  4. en.ozzy orang perak juga ke.amy baru tau nie.. amy sebelum ni pun lebih selesa naik bas je kalau ingin pulang ke kampung kalau tidak di temani suami tapi sekarang amy dah fobia naik bas.takut lepas jadi amcam2 kes hari tue..

    BalasPadam
  5. makkk aiii lajunya...x berani lynn naik bas yang laju2 mcm tu...

    BalasPadam
  6. As salam...

    Nyampah kala petugas kaunter muke cemberut gitu..
    Projek cendawan kena bg perhatian lebih kan..
    Koi nak buat sarang burung walit jek kala ade modal,x payah jaga sgt..

    BalasPadam
  7. w'salam.cik Shinju..

    Memang sakit hati nengoknya..
    Projek cendawan paling penting kawalan suhu dan serangga yang menyerangnya terutama semut..
    Project burung walit selain modal yg besar ianya juga tidak terlalu mudah krn ramai juga yg dah gagal.

    BalasPadam
  8. en.ozzy...

    Amy nak tanya sikit , serai wangi tue boleh di gunakan tak untuk mencuci mozek. sebab mozek kat rumah mungkin dah nak expired kot sebab color dah bertukar.dah cuba try guna pencucinya still x boleh juga.

    BalasPadam
  9. ok terima kasih en.ozzy nanti amy kasi tahu dekat hubby.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...