Sejak dari kecil kita sering ditakutkan dengan hantu meskipun kita tak pernah melihat bagaimana rupa sebenar hantu.Ibu bapa atau golongan dewasa sering menakutkan kanak-kanak dengan hantu bagi mengelakkan mereka keluar malam atau untuk mencegah mereka dari melakukan sesuatu.
Kita tidak dapat menyangkal akan kewujudan makhluk halus meskipun ia tidak dapat dilihat dari pandangan mata kasar.Bukan hanya masyarakat Melayu percaya pada kewujudannya malah bangsa lain turut percaya bahawa makhluk ini sememangnya wujud hanya bentuk dan panggilannya saja yang berbeza.
Bagi mereka yang pernah bersua atau berdepan dengannya pastinya ia adalah pengalaman yang menakjubkan kerana bukan semua manusia berpeluang untuk bersemuka dengannya.Bagi yang belum pernah bersua dengannya yang dapat digambarkan hanyalah illustrasi atau imaginasi berdasarkan gambar dalam buku atau melalui filem yang ditonton.
Pengalaman sewaktu bertemu dengan hantu buat kali pertama amat mengujakan aku.Berbagai perasaan menyelinap dan bermain di fikiran saat menantikan detik pertemuan ini buat kali pertama. Tawaran dan ajakan dari seorang teman untuk bertemu dan melihat hantu pastinya tidak akan aku lepaskan kerana peluang tersebut bukan selalu muncul.
Saat yang dinantikan tiba, dalam remang cahaya yang agak suram rakanku membiarkan aku melangkah keseorangan perlahan-lahan kearah lokasi tersebut.Hembusan angin yang dingin bersama salakan anjing yang sayup-sayup kedengaran tidak lagi aku hiraukan demi memenuhi hasrat ini.Aku menoleh ke belakang untuk melihat rakanku tetapi kelibatnya tidak lagi kelihatan dan terus lenyap ditelan kegelapan malam.Aku menyusun langkah dengan berhati-hati dengan harapan hantu tersebut tidak menyedari kehadiran aku dan kini aku semakin hampir ke tempat yang dinyatakan dengan penuh debar.
Di sebalik kepulan asap kelihatan 'seekor' hantu yang berpakaian serba putih berdiri sambil rambutnya yang panjang dibiarkan mengerbang.Dia memandang tepat ke arahku seakan menyedari kehadiran aku sebagai tetamu yang tidak diundang.Ketika aku sedang leka memerhatikannya belum sempat aku melangkah tiba-tiba aku terkejut apabila disergah oleh seekor lagi hantu yang entah dari mana datangnya,mukanya kelihatan jelas berada hampir dengan tempat aku berdiri.Jeritannya menampakkan giginya yang bertaring dan tajam membuatkan aku sedikit berundur.Kukunya yang panjang cuba mencakar aku namun nasib baik sempat aku elak.Kelihatan hantu ini lebih aggresif dari yang satu lagi.Mukanya juga kelihatan bengis seakan telah lama dahagakan darah manusia.
Perlahan-lahan aku berlalu dari tempat tersebut.Apabila aku kembali bertemu dengan rakanku dia telah siap sedia menunggu sambil tersenyum.Meskipun pada awalnya aku terasa agak bimbang namun selepas bersua sendiri dengan hantu-hantu ini ternyata mereka juga seperti manusia.Bukan semua yang suka mengganggu orang lain.Ada yang duduk berehat sambil membuat kerja sendiri dan ada juga yang hanya duduk termenung.Pertemuan kali pertama ini membuatkan aku tidak lagi takut untuk bersemuka dengan mereka pada tahun berikutnya malah telah beberapa kali aku berkunjung selepas itu.Kunjungan untuk kali yang berikutnya bukan hanya hantu yang menjerkahku tapi aku turut sama menjerkah hantu tersebut.Ternyata mereka juga takut sekiranya kita tunjukkan keberanian pada mereka.
Kini telah berpuluh tahun aku tidak lagi berkesempatan untuk mengunjungi mereka.Sudah lama aku tak jumpa hantu-hantu ini dan mungkin ada antara mereka yang telah mati.Pada mereka yang berminat untuk melihat hantu secara lebih dekat dan meneroka ke alam mereka anda boleh sertai "seekers" atau anda boleh kunjungi lokasinya yang terletak di sini :

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
ozzy - tak pernah jumpa yang real..cuma pernah kena tindih je..
salam Ozzy..
BalasPadamlama dah tak masuk rumah hantu..
last rasanya kat pesta penang rombongan
sekolah dulu rasanya..
w'salam zul..
BalasPadamKat situlah rumah hantu yang pertama aku masuk hehe..samalah masa sekolah dulu juga tu.
Salam, kawan ingat aok bertemua betul tadi :) kalau jumpa boleh tangkap gambor deme bubuh dalam blog nie hehehe :)
BalasPadamhahaha...ada lagi ke rumah hantu skrang ni..saya pun pernah masuk zaman sekolah dulu..
BalasPadamMalam esok kita nangkap hantu..
BalasPadamAs salam...
BalasPadamX pernah gak jumpe hantu real..
Tapi pernah masuk umah hantu kat Tmn Buaya,melaka
tu..siap gaduh lagi ngn 'hantu2' kat situ..dia punye marah smpai tutup lampu...terjerit la kami..
huhuhu
amy x suka masuk rumah hantu..sebab hantu2 yang ada kat dalam tue suka mengejutkan orang, bile sekali terkejut amy melatah..dah amek masa kat situ , last penat orang belakang ikut..asyik banyak berhenti je hehehe...
BalasPadamCeh!Mati2 ingat betul, nisa baca dah penuh penghayatan..hihihi..pernah masuk umah hantu dekat genting highland, tapi sakit hati betul hantu kat situ..sebab ada hantu follow dari belakang, pastu dia sergah,rasa nak sepak je hantu orang tu..
BalasPadamp/s pernah nampak sekali je masa study kat pahang, bilik tingkat empat, tiba2 ada orang tegur tengah study ke, nisa jawab haah..lepas tu fikir balik meja saya tepi tingkap, kat mana pulak muncul orang tu..apakah orang tu boleh terbang?jeng!jeng!jeng!