13 Mac 2011

WAJARKAH DILAYAN BAGAI VIP

Sebut saja VIP pasti kita terbayangkan seseorang yang berpangkat atau mempunyai gelaran dan diberi layanan istimewa oleh masyarakat.Antara status yang sering diberi layanan istimewa adalah yang berpangkat dato atau datin, menteri , tan sri dan sebagainya.

Hari ini jika kita ke masjid terutamanya di bandar besar kita dapat melihat papan tanda diletakkan pada ruangan parking tertulis VIP.Sesetengahnya mencatatkan nama ustaz pada papan tanda tersebut.Ini bermakna parking tersebut hanya dikhaskan untuk ustaz itu sahaja.

Teringat ketika tinggal di kampung tidak pernah aku melihat adanya ruang parking dikhaskan untuk ustaz atau untuk mana-mana VIP.Mungkin kerana orang kampung beranggapan sesiapa saja yang memasuki ruang masjid mereka adalah sama di sisi Allah tidak kira apa jua status mereka.Meskipun adanya ustaz yang mempunyai ilmu agama yang tinggi mereka bersikap seperti biasa dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ustaz walau tidak dilayan sebagai seorang VIP.

Ada yang berpendapat ruangan parking ini wajar diberikan dan dikhaskan pada ustaz kerana mereka juga tergolong sebagai VIP ( Very Important Person ).Ini kerana peranan mereka dalam menyampaikan ilmu agama seperti kuliah agama,tazkirah,ceramah agama dan sebagainya bertujuan memberi panduan dan menyampaikan ilmu agama kepada umat islam yang lain.Ustaz juga tergolong sebagai individu penting jika dilihat pada ilmu agama yang dimiliki serta peranan mereka dalam menyampaikan ilmu agama seterusnya membimbing umat islam kearah yang lebih baik.Hari ini ustaz juga merupakan satu kerjaya dan mendapat imbuhan serta dibayar elaun.

Sebaliknya ada pula yang berpendapat ruangan parking kenderaan untuk VIP ini tidak perlu disediakan di dalam ruangan masjid.Mereka beranggapan masjid adalah rumah Allah dan tiada siapa yang istimewa kerana semuanya sama disisi Allah S.W.T.Ini juga bagi mengelakkan ustaz tersebut bersikap riak dan sombong apabila diberi layanan sedemikian.Ada yang datang menaiki kereta mewah dan tidak pedulikan jemaah yang ada disitu.Setelah parking terus berjalan ke barisan depan dengan tidak menunduk atau bersalam apabila melintas jemaah yang lain.Apabila ini berlaku pastinya menimbulkan rasa kurang senang pada jemaah yang ada terutamanya yang berusia atau yang telah lama tinggal di tempat tersebut.

Ramai yang berpendapat adalah wajar ustaz diberi layanan sebagai seorang VIP sekiranya peranan dan perwatakannya menunjukkan bahawa dia wajar dihormati dan dia juga turut menghormati serta menegur orang lain.Walaupun diberi layanan sebagai VIP mereka sendiri biasanya tidak menganggap mereka adalah VIP sebaliknya mereka bersikap sama seperti orang lain. Sesetengahnya juga menolak untuk parking kenderaan mereka di ruangan yang disediakan dan lebih selesa parking sebaris dengan orang lain.Ini kerana mereka menganggap mereka adalah sama dengan orang lain dan bagi mengelakkan diri mereka dari menjadi riak serta lupa diri.

ozzy - sejak kecil anggap mimbar sebagai tempat untuk VIP....

10 ulasan:

  1. salam..
    begitu pulak..?
    tak perasan pula koi..
    agaknya kemudahan sebagai
    pekerja nak parking situ
    la tu..tapi memang betul
    tak de manusia yang VVIP
    di sisi Allah melainkan
    mereka amalan mereka..
    wallahualam

    BalasPadam
  2. VIP- kalau yang baik dan sopan reti nak hormat org lain.. saya tabiklah tapi kalau perangai entah macam apa sorry byk kem salam aje VIP dia tak maknenya buat kita :( Entri Terbaru "Jom Blajar Bahasa Jepun!"

    BalasPadam
  3. VIP di masjid x semestinya pada saf hadapan..hanya Dia yg Maha mengetahui...namun x salah di kalangan kita manusia yg lemah memberi penghargaan pada org2 alim sebagai tanda kita menyayangi golongan ulama..wallahhualam.

    BalasPadam
  4. saya pun pelik gak, kalu ada vip nk dtg,mesti saf pertama dkosongkan khas utk vip..kenape yer cmtu,bg saya ckup utk mjlis rasmi dlayan istimewa dahla..

    BalasPadam
  5. Saya teringat suatu situasi di mana seorang bilal, dia berleter marahkan seorang jemaah yang telah duduk di 'tempat khas' beliau yang telah diletakkan sejadah kerana dia mengatakan itu adalah tempatnya.

    Persoalan di sini, bilal tersebut datang lewat (dan kebiasaannya begitu). Adakaha salah bagi jemaah tersebut untuk duduk di sana? Betapa VIP nya bilal itu.

    Semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH dari segala keburukan.

    BalasPadam
  6. amy setuju dengan nisa..cukup la di majlis2 rasami je di beri layanan istimewa..

    BalasPadam
  7. Btl ckp nisa dan amy, cukup la di majlis2 rasmi shj. di mata Allah, kita semua sama.

    BalasPadam
  8. dunia dh akhir zaman..pangkat jd keutamaan..

    BalasPadam
  9. Seeloknya berbaik sangka. Mungkin parking tu bukan diminta tapi memang diberi oleh pengurusan masjid. Mungkin supaya memudahkan imam atau ustaz supaya tak lewat nak mengimamkan solat atau mengajar majlis ilmu sebab tercari-cari tempat parking yang penuh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...