22 Februari 2011

WANG DERMA

Biasanya apabila kita berkunjung ke masjid atau surau terutamanya golongan lelaki pasti kita nampak tabung untuk derma duit samada untuk tujuan penyelengaraan masjid atau dibuat simpanan untuk digunakan apabila diperlukan.Samada tabung ini ditempatkan di pintu masuk atau pihak AJK masjid akan membawanya mengikut deretan saf bertujuan untuk mengutip derma dari para jemaah terutama ketika sembahyang jumaat.

Bagi penganut agama lain mereka diminta untuk membayar mengikut jumlah yang telah ditetapkan berbeza dengan kita yang memberi sumbangan dengan seikhlas hati.Apabila dikatakan seikhlas hati maka berapapun nilai sumbangan yang kita berikan tiada siapa yang akan pertikai kerana kita katakan sumbangan tersebut adalah ikhlas dari kita.

Jika dahulu sering kedengaran bunyi duit syiling memasuki tabung apabila tabung tersebut mula 'bergerak' tapi hari ini sudah jarang sangat kedengaran bunyi syiling itu.Mungkin ketika itu kerana ada duit syiling satu ringgit bermakna jika kedengaran bunyi duit syiling kita beranggapan mungkin syiling tersebut adalah duit satu ringgit. Hari ini kalau tabung tersebut berbunyi syiling pasti ada yang akan memandang siapa pemberinya.

Jika wang kertas nilai yang paling rendah juga adalah duit satu ringgit.Tiada beza jika masukkan wang kertas satu ringgit dengan duit syiling satu ringgit kerana nilainya adalah sama hanya bunyi sahaja yang tidak akan kedengaran.Kerana itu duit paling banyak yang kita dapat lihat di dalam tabung adalah duit satu ringgit.

Teringat pada cerita P.Ramlee Nujum Pak Belalang yang menjawab soalan ke 3 dan jawapannya adalah kahwin.Jawapan lain selain dari kahwin adalah Wang Derma ini ..sebabnya

1 - Banyak-banyak - Duit yang bewarna biru dan bernilai satu ringgit itulah paling banyak.Jika dulu banyak yang kita lihat duit syiling tapi sekarang kita dah segan sebab kalau masukkan duit syiling orang akan dengar.
2 - Sikit-sikit - Duit berwarna hijau bersamaan dengan nilai lima ringgit kita cuma dapat lihat sikit-sikit sahaja.
3- Kadang-kadang - Kadang-kadang sahaja kita akan dapat lihat duit yang berwarna merah bersamaan dengan nilai sepuluh ringgit.
4- Jarang-Jarang - Jarang-jarang sangat kita dapat lihat duit lima puluh sekeping di dalam tabung tersebut dan amat susah-susah kalau nak tengok duit kertas seratus ringgit.

Mungkin ia hanya dialog di dalam sebuah lakonan tetapi memberi makna.Walau apapun jawapannya kita tetap beranggapan keikhlasan itu penting dan niat juga kerana Allah...itulah yang sering kita ucapkan.Kita kata kalau derma beribu pun tetapi kalau niat hanya nak menunjuk apa gunanya.Kita kata lagi "bagi sikit orang mengata ...bagi banyak pun orang mengata".

Ada orang kata " Rokok sekotak harga 8 ringgit hari-hari kau beli tapi derma kat masjid seminggu sekali seringgit je kau beri "...erkk apa nak jawab..hhmmmm.

ozzy - Ada lebih beri lebih..ada sikit beri sikit..tak ada hari ni lain kali boleh beri.

6 ulasan:

  1. Salam...

    Arwah ayah saya salu letak duit syiling..
    Tiapkali berbelanja,dia mmg simpan semua syiling baki tu n bwk p solat Jumaat...X kira la bape jumlahnye pun..Kdg2 smpai gak 7-8 ringgit seminggu..

    BalasPadam
  2. ozzy: dermalah sebanyak yg termampu..dn jgn terlalu berkira dgn amalan ni...:)

    BalasPadam
  3. derma seikhlas hati walaupun amaun tu x seberapa...

    BalasPadam
  4. dulu memang rajin tolong kira duit sedekah lepas siap solat jumaat kat masjid kolej ni, memang betullah yang seringgit tu banyak dan yang rm50 tu jarang2. tapi tak kiralah seringgit ke rm50 ke, kami bersyukur dan mendoakan semoga penyumbang sentiasa dimurahkan rezeki.

    motavasi untuk menderma tabung masjid : kalau masa susah kita tidak kedekut, kita tak akan kedekut jika sudah kaya nanti.


    Jemput baca : Memanfaatkan Masa Berkualiti

    BalasPadam
  5. Dermalah biar pun sikit tidak menjadi sebutan.
    berbanding banyak jadi kenang-kenangan sudah hilang juga segala kebaikan :)

    BalasPadam
  6. Derma dgn penuh ikhlas..tu yang jarang jumpa...kata pujangga "keikhlasan itu seperti mencari seekor semut hitam dimalam yg gelap gelita...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...