9 Februari 2011

APA YANG KITA FIKIRKAN

Ketika kita memandu kita akan berhenti apabila tiba di lampu isyarat yang menyala warna merah.Sementara menantikan ia bertukar hijau kita menoleh ke kiri atau kanan untuk melihat keadaan sekeliling.
Apabila terlihat di sebelah kita sebuah kereta sport yang kelihatan canggih dan mahal apakah ada sesuatu yang bermain dalam fikiran kita? atau sekadar melihatnya dengan pandangan kosong.

Sambil melihat mungkin kita bertanya dalam hati " Apa kerja dia ni? mana dia dapat duit beli kereta ni? bilalah agaknya aku dapat pakai kereta macam ni..hmm ". Sekiranya timbul persoalan sedemikian ia adalah normal dan bermakna masih ada ciri-ciri positif dalam diri kita untuk turut sama menyimpan impian agar dapat memilikinya suatu hari nanti.

Menyusuri jalan seterusnya sambil melihat kiri dan kanan jalan mata kita terpaku melihat rumah mewah yang tersergam indah.
Hati kita berkata lagi "wahh..cantiknya rumah dia..mana dia dapat duit beli rumah macam ni ye..mau juta-juta harganya.Bilalah aku nak merasa dapat rumah besar macam ni.Ini baru tengok kat luar kalau masuk dalam entah apa lagi agaknya".

Kadangkala pemandangan sebegini juga bagus bagi meransang minda kita agar berusaha lebih gigih bagi mencapai dan memiliki apa yang orang lain miliki atau sekurang-kurangnya menghampiri taraf tersebut.Namun sekiranya terlalu ingin menawan dan memilikinya ramai antara kita juga seringkali tersasar dari jalan yang sepatutnya semata-mata ingin mencapai impian tersebut.Tidak kurang juga yang hidup mewah hasil dengan menindas dan menipu orang lain dan ramai juga yang kecundang akibat terpedaya dengan skim cepat kaya.

Leka melihat pemandangan tersebut sambil memandu tanpa disedari kita memasuki satu lorong yang agak sunyi dengan keadaan jalan yang berlopak.
Jika pemandangan sebelum ini bagaikan satu motivasi untuk kita menggapai sesuatu yang setiap manusia ingin miliki pemandangan kali ini bagaikan meneutralkan semula apa yang ada bermain dalam fikiran kita sebelum ini.

Sambil melihat keadaan rumah mereka yang serba serbi tidak sempurna kita kembali merenung apa yang kita miliki.Kita bersandar dikerusi sambil tangan memegang stereng kereta bersama udara sejuk dari hembusan air cond. yang terpasang.Waktu ini kita kembali bermuhasabah pada diri dan berkata dalam hati "Sekurang-kurangnya hidup aku lebih selesa dan tidak susah macam dia.. syukur... agaknya apa kerja dia?Apa yang dia dan anak-anaknya makan setiap hari?."

Akhirnya kita kembali memandu sambil berkata "hmm..tak apalah bersyukurlah dengan apa yang ada" Hakikatnya apakah itu yang kita semua fikirkan....

ozzy - manusia di anugerahkan akal untuk berfikir..fikir-fikirkanlah.

9 ulasan:

  1. salam,

    iye bersyukur dgn apa yg ada.... :D

    BalasPadam
  2. salam Ozzy...
    itulah gunanya kita kadang-kala kena
    berbaik sangka..sapa sangka mamat bawak
    ferrari tu keta boss dia..orang asli yang
    kita sangka miskin rupanya jutawan yang barutanah
    je masuk duit dari kerajaan kerana ganti rugi
    pengambilan tanah orang asli..duit banyak tu..
    tapi deme dah biasa duduk dalam hutan..

    BalasPadam
  3. Salam...

    Koi x berkenan lalu ferraari ter..
    sempit..muat2 dua org jek..kala
    xcdent puas pulok nk kuor (padahal
    sbb xdok duit nak beli :P)

    BalasPadam
  4. Salam Pozi, benar bersyukurlah apa yang telah kita miliki.. Moralnya jgn ajor ngat minda dgn bender mewah sudoh meraban berbagai aje :)

    BalasPadam
  5. Salam..

    Ek eh..macam sama je cara kita fikir ttg material semua tu...
    Tapi bab org asli tu, tgk je macam tu, diorang tu lebih kaya dari kita walaupun pakaian selekeh. Terutamanya org asli yg tinggal sepanjang jln nak ke Cameron, Astro pun ada tu. Kereta Hilux lg...walaupun rumah nampak usang...
    Tp kalau org Melayu macam tu, tak dinapikan, mmg diorang hidup susah..

    BalasPadam
  6. Opppss..terkena betul2 atas batang hidung mak sendiri ayat2 OZ kat atas tu. Selalu tertanya2 apa keja dia smpikan leh pakai keta mewah mcm tu. Bilaaaa kita nk hidup senang mcm org tu. Tp last2, mmg bersyukur dgn apa yg telah menjadi milik kita je

    BalasPadam
  7. My little Diary..W'salam.

    Zulkbo - W'salam ..seeloknya kita berbaik sangka utk elakkan salah sangka.

    Cik Shinju - w'salam...kereta mahal & sempit tapi ramai yg idamkannya sebagai lambang status.

    AkuAnakPahang - W'salam Yassin ..Sentiasa kita beringat untuk bersyukur dan berusaha.

    Iza - W'salam ... hakikatnya mmg ramai yang berfikiran macam tu.
    Mungkin org asli gaya hidup mereka x nak menunjuk sgt tetapi lebih pentingkan kegunaannya.

    BalasPadam
  8. Kadang kadang kita rasa kitlah orang yang paling susah di dunia, hakikatnya ramai yang lagi susah dari kita...

    Apa itu Skim Cepat Kaya ?

    BalasPadam
  9. aduh senyum sendiri kome baca entry awok ni...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...