16 Februari 2011

SAFEE SALI KINI BERGELAR SASA

Selepas menjuarai piala AFF Suzuki Cup nama penyerang utama negara Safee Sali mula meniti di bibir peminat di Indonesia dan menjadi buruan kelab di sana untuk mendapatkan khidmatnya.
Pemain yang berusia 27 tahun dan menyarung jersi negara dengan memakai jersi nombor 10 pernah dilabel setanding dengan lagenda bolasepak negara Allahyarham Mokhtar Dahari.

Setelah perbincangan dibuat melalui wakil yang dilantik akhirnya majikannya Persatuan Bolasepak Selangor FAS mengumumkan Safee Sali kini disahkan akan bermain dengan kelab Pelita Jaya, sebuah kelab yang berpengkalan di Karawang, Jawa Barat.Kelab tersebut kini menghuni tangga terbawah dalam liga super Indonesia, kerana itu khidmat Safee Sali amat ditagih untuk mempertajamkan bahagian serangan sekaligus diharap dapat menjaringkan gol untuk menaikkan semula nama kelab tesebut.Melalui persetujuan tersebut bermakna Safee kini terikat dengan kelab tersebut sehingga penghujung tahun ini.

Dengan perpindahan ini bermakna beliau adalah pemain pertama dari negara malaysia yang mewakili kelab dan bermain di Indonesia.Meskipun ada yang tidak setuju dan mempersoalkan tindakan beliau berhijrah ke kelab tersebut namun pastinya pihak pengurusan mempunyai alasan tersendiri kenapa kelab tersebut dipilih antaranya kelab tersebut tidak mempunyai penyerang berkaliber sekaligus memberi peluang kepada penyerang ini untuk diturunkan dengan lebih kerap dan diharap dapat mengekalkan prestasinya.

Sebagai rakyat Malaysia pastinya kita merasa bangga apabila ada anak tempatan menjadi pilihan dari kelab negara luar untuk mewakili kelab mereka.Ini membuktikan pemain kita juga berkebolehan dan setanding dengan negara lain khususnya di rantau Asia Tenggara.Di sebalik kecaman dan cemuhan dari peminat tempatan, pemain kita membuktikan dengan kesungguhan dan latihan yang berterusan mereka juga boleh mempamerkan skill dan mutu permainan yang berkualiti.Malaysia boleh...

Petanda positif kehadiran beliau diterima oleh peminat bolasepak di sana adalah nama beliau kini bertukar dengan gelaran SASA ringkasan dari SAfee SAli.Pastinya gelaran ini membuka dimensi baru dalam kamus hidupnya sebagai pemain yang tidak lagi dibayangi sebagai pemain di dalam Liga Piala Malaysia.Apapun walau kemana jua hala tujunya apa yang penting adalah gaya dan kualiti permainannya diharap akan terus meningkat kerana khidmatnya dalam pasukan negara amat diperlukan.

Aku sebenarnya begitu mengharapkan untuk melihat aksinya bergandingan dengan seorang lagi penyerang berbisa negara Aidil Zafuan suatu hari nanti.Dari pemerhatian, aku beranggapan kedua-duanya mempunyai penyudah yang tajam dan bijak menghidu peluang apabila berada di depan pintu gol.Justeru itu aku berpendapat tidak syak lagi gandingan mereka berdua bakal memberi ancaman yang lebih besar pada pihak lawan.

Tahniah pada SASA semoga kehadirannya di sana menjadi perintis untuk membuka jalan pada rakan lain mengikuti jejak langkahnya sekaligus membuka mata semua pihak agar tidak lagi memperlekehkan pemain negara.Ini juga diharap menjadi inspirasi kepada pemain muda untuk meningkatkan lagi mutu permainan bolasepak negara kerana mereka adalah pelapis kepada skuad yang ada.Majulah sukan untuk negara.

ozzy - Nak tukar gelaran pada BISA ...

7 ulasan:

  1. waahh,nme baru SASA??
    Gud Luck utk Safee Sali...:)

    BalasPadam
  2. besh jugak SASA tuh, heheh unik kan. semoga SASA berjaya dalam kerjayanya di sana ameen....

    BalasPadam
  3. Memang sasa pun dia tu..huhuh..
    Semoga dapat kekalkan prestasi cemerlang..
    Jgn dok kelab tercorot,prestasi plak makin menurun...

    BalasPadam
  4. Semoga safie dapat kekalkan prestasinya dengan cemerlang..

    BalasPadam
  5. kalau safee sali jadi SASA
    encik Ozzy jadi apa pulak agaknya.

    apa2pun, kita harap penghijrahan Sasa ke Indonesia akan menjernihkan semula hubungan Malaysia dengan Indonesia yang parah disebabkan bolasepak.

    BalasPadam
  6. semoga dia dapat kekalkan prestasinya jgn sekejap jee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...