17 Februari 2011

SAMA TAPI TAK SERUPA

Sebelum ada yang keliru aku ingin maklumkan bahawa antara aku dengan empunya produk ini adalah BUKAN orang yang sama.
Kami menggunakan nama yang sama tetapi membekalkan product yang berbeza.Mungkin beliau mempunyai sebab atau alasannya yang tersendiri kenapa beliau memilih untuk menggunakan nama ozzy.

Pada yang sudah mengenalinya atau sesiapa yang ingin mengetahui produknya boleh singgah di blognya di http://ozzyorange9768.blogspot.com/. Terdapat berbagai resepi yang menarik boleh anda temui di blognya.Lokasinya terletak di Seri Kembangan sementara aku pula di Petaling Jaya.

Beliau membekalkan berbagai jenis kuih dan kek sementara aku membekalkan produk serai wangi jenama OZZY.
Di harap dengan penjelasan ini tidak ada yang keliru diantara dua jenama ini dan kami juga tidak mengenali antara satu sama lain.Walau apapun aku tetap menyokong usahanya untuk mengembangkan bisnessnya meskipun melalui blog dan semoga produknya laris dan maju.

Entry ringkas untuk kali ini (pinjam pc rakan) dan aku kembali berehat kerana masalah laptop aku masih tidak selesai sejak minggu lepas.Laptop langsung tak boleh start dan appear mesej " HDD problem".HDD atau Hard Disc Drive ni ibarat jantung manusia kalau tak boleh berfungsi bermakna anggota lain juga tak dapat berfungsi.

Sehingga hari ini masih menunggu boss decide samada nak ganti Hard Disk baru atau nak order lappy baru...lamanya mikir.Tadi boss kata " you choose which model you want and pass to me but only brand Dell ".Ada sesiapa boleh rekemen apa model yang paling power?...any suggestion base on your's experience?.

Terima kasih pada rakan-rakan yang sudi berkunjung.Insyaallah aku akan kembali aktif sedikit masa lagi sekiranya masa mengizinkan dan membalas kunjungan rakan-rakan.

ozzy - boss baru beli laptop untuk dia tapi guna brand Apple..fuhh mmg slim tapi harganya hmmm...

14 ulasan:

  1. salam bro...

    ye la..sama tapi tak serupa kan?? hehehee

    BalasPadam
  2. Salam Pozi kaco juga kalau laptop rosak nie boleh sesak nafas juga :) susah juga kalau sama nama nie yak... paling penting hak satu boleh dimakan satu tu lagi jangan ditebing makan :)

    BalasPadam
  3. Angah..w'salam - ye..sama tapi x serupa..jgn ada yg keliru

    AkuAnakPahang..W'salam - Memang sesak nafas bila lappy buat hal..betul tu ozzy serai wangi x boleh di makan...jgn cuba2.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Terliur nengok tart tu..
    Sama pulok nama yek...
    Koi guna acer dah nk masuk 4thn..
    Byk kali dah terhempas tp still boleh guna..
    X pnah ade prob ngn hardware..software pnah la..

    BalasPadam
  5. cik Shinju..w'salam Yun..
    Boleh singgah ke blognya ..mcm2 kuih ada..
    Apakan daya boss pesan 'only choose Dell'..

    BalasPadam
  6. ooo..ingatkan en.ozzy buat tart tu..hehe..kes sama tapi tak serupa rupanya..hehe

    BalasPadam
  7. Salam..
    eh, sama la tp tak serupa..
    masalah jgk klu laptop rosak ni..

    BalasPadam
  8. owhh ye ke, heheh hany kenal ozzy2u jer ;)

    BalasPadam
  9. salam Ozzy..
    lappy tu elok sangat dah berganti
    Dell memang mantopp...ko sambar yang
    mahal sekali lah..he he

    BalasPadam
  10. Assalam en Ozzy,
    pagi nih buka blog nampak ada traffic dari sini, sekali masuk, oooyeahh..hehhe
    masa mula jumpa blog ozzy seraiwangi ni dulu pun agak sedikit terkejut, 'eh, sama lah..'..:D

    anyway thanks ya

    BalasPadam
  11. salam pagi bro..

    ye ke apa yg bro cakap..sudikah bro membantu adikmu ini..kerana angah tak tahu macam mana nak ringan kan blog..wa...wa...wa...helpp..helpp

    BalasPadam
  12. As'salammualaikum en.ozzy..

    sama tapi tak serupa tapi yang no 1 tue memang fav amy tau...

    BalasPadam
  13. patut la dh lama tak nmpak en. ozzy. laptop rosak rupanya.

    BalasPadam
  14. Kecur air liur tgk tart tu....perghhhhhhhhhhhhh...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...