24 Februari 2011

BILA MENANTU SEORANG BLOGGER

Pasti ramai antara kita masih ingat antara dialog popular dalam filem Kassim Selamat arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramle yang berbunyi "Siapa Kassim Selamat Lawyer? Magistrate ? lalu di jawab oleh anaknya Sabariah "Ahli Muzik".dan dibalas oleh ibunya "Ahli Muzik?.. memang pantang datuk nenek aku dengan ahli muzik..anak tidak mengenang jasa".

Kita semua sedia maklum zaman ini hidup kita banyak dipengaruhi oleh dunia IT.Justeru itu banyak masa kita dihabiskan dengan mengadap komputer dan melayari internet.Namun generasi terdahulu yakni golongan yang lebih tua contohnya mak ayah atau mertua kita ramai yang masih buta dengan dunia IT.Apabila segala maklumat tersebar melalui  IT yang membawa maksud dunia tanpa sempadan golongan terdahulu merasakan segalanya tidak lagi penting buat mereka apabila memikirkan 'rumah kata pergi kubur kata mari' maka segala perkembangan dalam dunia IT tidak lagi menarik minat mereka untuk explore lebih jauh.

Hari ini apabila anak menantu sibuk mengadap komputer mertua hanya mamandang sambil berkata dalam hati " busy betul anak menantu aku siang malam mengadap komputer..bisness banyak masyuk kot ".Ibu Mertua sibuk di dapur menyediakan masakan menantu pula terperap dalam bilik melayan komputer.Berkunjung ke rumah menantu, ibu mertua juga yang sibuk di dapur.Demi menjaga hubungan baik maka perasaan buruk sangka dibuang jauh-jauh meskipun dalam hati terdetik persoalan "sibuk sangat ke menantu aku ni..sampai langsung tak ada masa nak sembang dengan aku ni".

Apabila tiba masanya seiring dengan peningkatan usia maka akan berlaku peralihan zaman, setiap yang bernyawa akan kembali kepada penciptanya apabila tiba ajalnya.Yang muda akan berganjak menjadi tua dan akan tiba masanya dari seorang menantu kita pula akan terima menantu.Jika dahulu mertua tidak tahu apa yang menantunya lakukan ketika leka mengadap komputer, mertua akan datang pula lebih masak dengan apa yang menantu mereka lakukan di depan komputer.

Mertua akan datang lebih arif dan masak dengan dunia IT.Mereka lebih dahulu menempuh asam garam dalam dunia IT yang kadangkala dirasakan boleh melekakan.Mereka lebih dulu merasai apa itu facebook dan mereka juga mungkin pernah menempuh saat suka dan duka apabila bergelar seorang blogger.Pastinya perasaan mereka turut berbeza apabila melihat menantu terperap di dalam bilik sedang leka mengadap komputer.Apabila diselidik "oh...menantu aku seorang blogger rupanya".Pastinya apa yang bermain dalam fikiran menantunya sibuk untuk update blog apatah lagi jika dia sendiri seorang blogger dan berjaya mengesan menantunya aktif mengupdate blog sehingga lima entry sehari!! belum dikira masa untuk blogwalking dan belum lagi dikira masa untuk melayan facebook..."Bila masa menantu aku ni buat kerja rumah, membasuh,memasak,kemas rumah? hmmm...hampeh"

Apakah persoalan ini akan menjadi salah satu kriteria dalam memilih menantu meskipun ramai yang tahu ada yang memperolehi pendapatan sampingan yang lumayan melalui blog tetapi adakah ramai yang setuju melihat banyak masa menantunya dihabiskan di depan komputer atau apakah dialog ibu mertuaku akan berubah menjadi "Blogger ?..memang pantang datuk nenek aku dengan seorang blogger"...

ozzy - lambat lagi terima menantu...

17 ulasan:

  1. Tak salah habiskan banyak masa mengadap komputer atau lebih tepat mengupdate blog tapi harus di ingat sebagai seorang wanita kita perlu pandai menguruskan kerja2 rumah.. selesai dulu mana yang patut dan kemudian baru la nak mengupdate blog ke , facebook ke atau blogwalking pun orang tak marah..

    BalasPadam
  2. Err..datang sini nak cari bakal menantu lah. Ada tak kosong lagi?? hehehe

    BalasPadam
  3. entri ni sgt menarik..mungkin menantu kalo balik umah mertua kenalah kurangkan sikit aktiviti d dpn komputrer tu..dan amik masa yg ada utk amik hati mak mertua..

    Jom Lawat: Blog Bardboo
    Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

    BalasPadam
  4. hehehe... mgkn 10-15tahun akan dtg, saya akan ada menantu blogger atau giler berfesbuk... semoga menantu ni taklah memerap dlm bilik mengadap komputer sajer...

    BalasPadam
  5. Salam pozi, kaco juga kalau nyer bantai main
    komputer aje haram tak jadi kebender lain lalu...
    moralnya ke imbanglah juga yak :)
    New Entry "Lagak alim taik kucing."

    BalasPadam
  6. salam bro ozzy

    ermm kalau bab tue mak mertua angah memang dah tahu sebab setiap pergerakan angah pasti ngan laling(phone) angah tuk pic gambar... namun dia tak kisah..hehehe

    BalasPadam
  7. hahah apsal rain rasa menantu tu macam refer ozzy eh?

    amboii, mak mai pilih menantu utk anak dia plak..saya single ni mak

    BalasPadam
  8. salam..
    alhamdulillah aku seorang blogger..jangan hobi memancing
    tapi ke lain..balik, beli keli depan disco
    ..keli packet(hidup lagi) Rm 10 tunjuk ke
    bini di rumah..he he

    BalasPadam
  9. bila di rumah.. kekadang tu masa untuk bersama keluarga. bila semua dah siap dan xde keje nak buat. mengadap lappy kejap..

    BalasPadam
  10. buat 'bakal menantu-blogger' kc nnti*chewah .. cam cnfirm je esok2 menntu kc blogger*hihi .. jgn la ko mengadap komputer sampai lupa diri. Hihi ..

    BalasPadam
  11. encik suami sangat pemalu, bila balik kg asik online je..so terpaksa cover kt family kata encik suami buat keje..ihik!

    BalasPadam
  12. bagi aku fenomena ni ada pasang surut.Hanya masa akan menentukan kerana dunia IT berubah setiap masa.Membahagikan masa...tu yang payah nak buat...aku pun kadangkala rasa masa didepan PC lebih banyak dari membuat kerja lain..konpius gak..jangan putus pius sudah..

    BalasPadam
  13. uikkk hehehhe... memang sekarang ni dah macam ni... ramai dah jadi blogger... sekurang-kurangnya ada juga dok kat umah...

    BalasPadam
  14. haha..kalau akak lah agaknya kan,mesti menantu akak ckp..'huuihh mak mertuo aku ni asek ngadap laptop yo,bilo agak2 ee dio nak masak nih?'
    hahaha...terima kaseh singgah ozzy..

    BalasPadam
  15. ohohooo betol gak apa yg oazzy coretkan nih.huhu hany pun pernah buat kt umah mertua baru nih ahahaa...tapi setelah hany tolong masak semua laa...hehehe dan masa tu semua org duk kt ats, sembang2, hany hapdet belog jap, then lari naik atas sembang2 ;)

    BalasPadam
  16. As salam...

    Berblog x salah,jgn taksub sgt smpai abaikan keje2 yg lebih penting sudoh la...

    Koi nak menantu Ustazah...lalala :P

    BalasPadam
  17. revolusi IT meragut hubungan face-to-face manusiawi. tinggal lah notebook tu sekejap, pergilah bersembang2 dengan mertua dan ipar duai..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...