Harga getah ada kalanya melonjak bergantung pada permintaan dan pasaran semasa sekaligus meningkatkan pendapatan kepada pengusaha tanaman ini.Suatu ketika penoreh getah bagaikan sudah berputus asa dan mula hilang sabar apabila melihat kejatuhan harga komoditi ini pada paras yang sangat rendah menyebabkan berlakunya demonstrasi pada tahun 1974.
Keadaan mula berubah apabila harga getah kembali menunjukkan peningkatan sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia khususnya permintaan dari negara China yang semakin pesat membangun selain Amerika Syarikat,Jerman,Jepun dan Brazil.Situasi semasa turut menyaksikan permintaan pada produk yang berasaskan getah terus melonjak dan memberi pulangan lumayan pada mereka yang terlibat khususnya pengusaha tanaman ini.
Negara kita Malaysia sehingga kini kekal sebagai pengeluar getah ketiga terbesar di dunia selepas Thailand dan Indonesia dengan pengeluaran sebanyak 900,000 tan setahun.Fenomena ini turut menyaksikan pendapatan kepada pengusaha tanaman ini semakin meningkat dan memberi pulangan lumayan kepada mereka.Bau getah yang satu ketika dulu menjadi bahan ejekan kini bagaikan sama dengan bau sekeping duit malah pendapatan mereka boleh mencecah rm 2 ribu dalam masa seminggu bergantung pada keluasan tanaman yang mereka miliki.Mungkin harga pasaran untuk anak dara penoreh getah turut melonjak selepas ini sebagaimana harga pasaran anak pesawah padi yang pernah melonjak suatu ketika dulu.
Saingan utama bagi industri ini sudah semestinya dari pengeluar atau pembuat getah Sintetik.Getah ini yang juga dikenali sebagai getah tiruan diperbuat dari campuran bahan kimia sehingga menyerupai getah asli yang kenyal dan lebih murah.Meskipun ia masih tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai bahan asas khususnya sebagai tayar kenderaan namun ia dilihat sebagai ancaman utama akan berlakunya penyelewengan ini apabila faktor sikap tamak dan mahukan keuntungan tinggi mula tertanam pada akal peniaga.Ancaman lain adalah pencuri getah yang mencuri hasil dari penat lelah orang lain.
Satu perkara yang perlu diingatkan adalah pokok ini agak sensitif dan perlukan skill atau cara yang betul semasa menoreh.Jika tersilap kulit pokok akan rosak dan ia tidak akan mengeluarkan hasil yang diharapkan.Kerana itu jika ingin mengupah pekerja pastikan mereka mahir dan tahu teknik menoreh yang betul.
Begitu juga dengan hati manusia yang turut mudah sensitif apabila ditoreh.Tersilap toreh boleh mengundang berbagai tindakbalas dan kesan yang berpanjangan.Sebaiknya hati-hati bila menoreh dan sesekali berfikirlah sebelum kita menoreh hati orang lain kerana kita juga tidak suka apabila hati kita ditoreh.
ozzy - tak pandai menoreh getah...

Time harga minyak dunia naik,harga
BalasPadamgetah kompem naik...penoreh mmg suka harga minyak naik...kebun koi dah ade org noreh..belum dpt hasil pertama...heheh..x sabo dah nih...nak tuko sportrim..lalala (kebun x pnah jenguk pun :p )
Salam Pozi.. kawan baca ayat penglast tu macam hibe aje hehehe..toreh.. terguris.. jgn sampai remuk hati sudoh yak :)
BalasPadamNew Entry "Tak rasa bersalah ke ?"
harga getah dah semakin stabil skrg bukan macam dulu so selain kelapa sawit getah satu pelaburan yang baik...
BalasPadammasa kecik2 dibesarkan nenek selalu ikut nenek pegi toreh getah, saya kutip susu getah jer..nk menoreh tak reti..hehe..pastu bila harga getah tinggi..nenek memang kayo..pastu ngendeng nenek nak mainan..hehehe
BalasPadamSalam...
BalasPadamOoo, ingatkan main toreh je pokok tu ikut aliran tu...tak pernah toreh getah lg sbb tinggal di kawasan sawah padi..
salam bro..
BalasPadamangah pernah tengok pokok getah & getah sekerap jer.. namun gi menoreh tak pernah pun sebab tak ada sapa pun sudi ajak nenek dah tak adoooooo
saya tumpang gembira bila balik ke kampung, orang2 kampung ceria belaka..agaknya sampai bila harga yg tinggi ni mampu bertahan ye..atau akan terus melonjak tinggi..
BalasPadamLuka 'ditoreh' tu plak mmg susah nak hilang...hu3..
BalasPadamSalam Ozzy..
BalasPadamkoi tak tahu bab getah
yang nyata kelapa sawit
makin mahei tapi buah sawit
pula melawas..
menorehlah pada tempat yang betul
BalasPadamjangan tersalah toreh kerana kesan toreh meninggalkan parut yang x mungkin hilang
Getah buku dulu dirimu di cemuh
BalasPadamTapi sekarang dirimu di sayangi ramai..
Apa itu Skim Cepat Kaya ?
Para penoreah kena berterima kasih kpd H.N Ridley krn memperkenalkan getah di Malaysia. Susah payah dia bawa biji getah dari brazil. Lebih dri tu kena syukur kpd Tuhan krn menjadikan getah sesuai dgn iklim di malaysia.
BalasPadam"Begitu juga dengan hati manusia yang turut mudah sensitif apabila ditoreh.Tersilap toreh boleh mengundang berbagai tindakbalas dan kesan yang berpanjangan.Sebaiknya hati-hati bila menoreh dan sesekali berfikirlah sebelum kita menoreh hati orang lain kerana kita juga tidak suka apabila hati kita ditoreh." wah ada makna berselirat seribu disebalik frasa2 ni.