22 Februari 2011

JANGAN PILIH JALAN HITAM

Dalam kehidupan ini ada kalanya kita melalui saat-saat atau detik yang mengecewakan.Mungkin kerana kita gagal mencapai apa yang kita impikan atau yang kita hajati.

Apabila berhadapan dengan masalah mungkin ramai antara kita memilih jalan mudah untuk melupakan masalah tersebut meskipun kita sedar tindakan tersebut hanya dapat melupakan masalah hanya dengan seketika.Setiap manusia juga pastinya mempunyai cara tersendiri apabila berhadapan dengan masalah.

Ada yang mencuba dengan berbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban yang menimpa.Ada yang gemar berkongsi dengan orang lain seperti rakan umpamanya dengan meluahkan masalah yang terpendam.Cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit beban yang di tanggung meskipun ia bukan jalan penyelesaian yang mutakhir.Namun jika kita memilih cara ini pastikan rakan atau individu tersebut adalah orang yang boleh kita percayai.

Walau apa jua caranya pastikan jangan pilih jalan hitam (tetapi tidak salah kalau pilih kambing hitam asalkan jangan jadi kambing hitam) kerana ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah malah mungkin menambahkan lagi masalah yang sedia ada.Sikap orang muda yang kurang sabar dan kurang pertimbangan menyebabkan ramai antara mereka cuba lari atau melupakan masalah dengan memilih untuk berkunjung ke pub untuk minum arak, mengambil dadah atau lari dari rumah.Dengan mengambil dadah atau minum arak masalah hanya hilang untuk seketika kerana ketika itu kewarasan kita turut lenyap.Untuk seketika kita berjaya menghilangkan masalah tapi apabila diri kita kembali stabil masalah tetap wujud di tempatnya dan kembali menghantui hidup kita..maka kita kembali mengulangi perbuatan yang sama dan akhirnya jadilah kita sebagai seorang penagih.

Berhadapan dengan beban masalah yang bertimpa-timpa membuatkan ramai antara kita mengeluh dan implikasinya boleh menyebabkan hilang selera makan.Kesannya kita menjadi murung, gangguan emosi dan akhirnya ditimpa pula penyakit..timbul satu lagi masalah kerana kita perlu mencari jalan untuk mengubati pula penyakit tersebut.

Justeru itu ingatlah bahawa setiap manusia tidak dapat lari dari berhadapan dengan masalah.Jika kita merasakan beban masalah kita amat berat mungkin beban yang ditanggung oleh orang lain lebih berat dan lebih hebat dari apa yang kita sedang kita alami.Terdapat banyak lagi cara yang lebih baik untuk kita berhadapan dengannya.Apa jua tindakan yang bakal kita lakukan pastikan ianya tidak memudaratkan diri kita dan tidak menyusahkan orang lain.Mungkin ada antara kita juga gemar mengheret orang lain untuk turut serta berkongsi masalah yang berpunca dari diri kita sendiri. Tindakan sebegini hanya mengundang persepsi buruk orang lain terhadap kita menyebabkan orang lain mula menjauhkan diri maka tanpa kita sedari kita sebenarnya menghimpunkan lagi masalah demi masalah.

Berusahalah untuk menghadapinya dan jangan kita lupa untuk berdoa dan memohon bantuan dengan Allah yang maha esa kerana sesungguhnya Allah maha penyayang lagi maha mengasihi.Setelah berusaha untuk mengatasinya selebihnya kita berdoa dan bertawakkal kepadanya... insyaallah... ceria-ceriakan dirimu.

ozzy - Tidak lepas dari dilanda masalah...gambar dengan kambing bakar tu hanya sekadar hiasan masa sambut harijadi boss last week.

12 ulasan:

  1. Semakin kita berusia...kita akan lebih tenang dalam menangani masalah.Meluahkan masalah kepada orang lebih berpengalaman sedikit sebanyak dapat meringankan beban dari terus memendam rasa.

    BalasPadam
  2. Amy setuju sangat en.ozzy .Gambar kambing tue macam sedap je!

    BalasPadam
  3. memang masalah besar kat sini..akak nak kambing panggang tu...:)

    BalasPadam
  4. mula2 tengok picture terfikir, apa motif kambing tu dengan entry ni?hehehe..suka entry ni, bagus!

    BalasPadam
  5. Jalan hitam ni bukannya penyelesai masalah, tapi lari dari masalah sampai membawa lagi banyak masalah tu ada le. :D Err, terliur pulak tengok kambing tu. Hmm.. Masalah gak ni.

    BalasPadam
  6. En Ozzy kalo berbicara mesti benda yg serius. apa-apa pun saya setuju!! nak pulak tang pilih kambing hitam yg dipanggang tu. Hmmmm..marvellous. Hihi ..

    BalasPadam
  7. apa da kambing.......?
    tp apa pun jua..jgn pilih kambing....hihi

    BalasPadam
  8. As salam...

    Bertuohnye sape yg x selera makan tiapkali ade prob..huhu..kala koi lagi byk makan ade la...

    BalasPadam
  9. Masalah ttp masalah cuma jangan kita buat masalah kat org sudah ya tak :) Kawan takut nok makan kambing bimbang pening makin beria :)

    BalasPadam
  10. saya pun sama, lg banyak makan dr takde selera makan kalau ada masalah.

    kalau ada masalah, jangan layakankan sangat, selalu think +

    BalasPadam
  11. jangan pilih jalan hitam..hehe artikel ozzy memang best..thank bro...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...