Kita semua tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu adalah Rasulullah yakni utusan ataupun pesuruh Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W juga sentiasa berdoa dan memohon pelindung serta petunjuk dari Allah S.W.T.Namun, walaupun dipilih sebagai utusan Allah ada juga diantara doanya yang tidak mendapat perkenan daripada Allah S.W.T seperti yang diceritakan dari sumber yang aku petik DI SINI.
‘Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
Pertama - Rasulullah memohon agar Allah tidak membinasakan umatnya dengan musim susah
berpanjangan
~ Allah memperkenankan permohonan Baginda
Kedua - Rasulullah memohon agar Allah tidak membinasakan umatnya dengan bencana alam.
~ Allah memperkenankan permohonan Baginda.
sesama mereka seperti peperangan dan pertelingkahan sesama sendiri.
~
Permohonan ini Allah TIDAK perkenankan dan ditolak.
Pasti timbul persoalan kenapa permohonan tersebut ditolak? dan sudah tentunya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu kenapa dan mengapa permintaan atau doa tersebut tidak diperkenankan.Jika ia diperkenankan sudah tentunya kita tidak akan melihat berlakunya banyak pergaduhan atau persengketaan sesama umat Islam walau di mana saja di dunia ini.
Namun itulah hakikat dan kenyataannya yang dapat kita lihat pada umat Islam sejak dulu lagi apabila permohonan Rasulullah itu ditolak.Tidak perlu pergi jauh hingga ke negara Arab kerana di negara kita sendiri mahupun jiran terdekat kita Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk beragama Islam paling ramai di dunia sering berlaku pertikaian dan pergaduhan sesama umat Islam.Malah slogan anti Malaysia yang sering dilaungkan oleh Indonesia juga lebih terarah kepada kita di sini yang beragama Islam sedangkan negara kita dihuni oleh berbilang bangsa dan agama tetapi kita tetap menjadi sasaran kerana negara kita masih diketuai oleh seorang ketua yang beragama Islam dan yang lantang bertindakbalas juga adalah kita yang beragama Islam sedangkan bangsa lain yang mengaku negara ini juga adalah negara mereka mengapa hanya diam membisu?.Timbul juga persoalan tiada slogan anti Singapura sedangkan negara Singapura juga terletak berhampiran dengan mereka? padahal asalnya dulu Singapura juga adalah sebahagian dari negara kita.Apakah kerana Singapura tidak diperintah oleh seorang ketua yang beragama Islam ataupun penduduknya bukan majoritinya beragama Islam?.
Sebagai umat Islam aku pasti ramai diantara kita yang sedih melihat situasi ini dan aku juga pasti ramai diantara kita yang tidak putus² berdoa agar kita semua umat Islam dapat bersatu hati, membentuk satu barisan seterusnya mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita.Meskipun kita semua tahu bahawasanya doa tersebut tidak diperkenankan oleh Allah S.A.W kepada Nabi Muhammad dahulu namun aku percaya setiap dari kita tetap menyimpan hasrat dan impian yang sama untuk melihat semua umat Islam di seluruh dunia dapat bersatu dan menghentikan sebarang pertelingkahan bukan hanya sesama umat Islam juga sesama kaum keluarga serta sahabat handai.Namun, sebagai umat Islam jangan sampai akidah kita tergelincir akibat terlalu kecewa memikirkan kepada nasib kita yang dilahirkan sebagai umat Islam kerana kita dianugerahkan akal untuk berfikir dan mempertimbangkan sebaiknya mana yang baik dan mana yang buruk seterusnya berusaha serta mencari formula paling berkesan untuk menghentikannya.Jika tidak dapat dihentikan sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkannya.
Aku juga percaya kita semua ternanti-nanti bilakah akan munculnya Imam Mahdi sepertimana yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk membimbing dan menyatukan seluruh umat Islam di dunia ini.Semoga bumi Palestin, Yemen, Iraq, Libya dan seluruh negara Islam termasuk negara kita sendiri tidak lagi bermandi darah yang tumpah dari tubuh umat Islam apatah lagi tumpahnya kerana persengketaan sesama kita umat Islam.Bilakah semua ini akan berakhir dan bilakah akan munculnya imam Mahdi?..Biar sampai bila sekalipun segalanya perlu kita tempuh dengan sabar.
Dalam kehidupan kita seharian inilah yang dapat kita saksikan tidak kira di bandar mahupun di kampung malah di alam cyber juga permusuhan, dengki khianat dan perbalahan terus berpanjangan dengan masing² enggan mengalah dan cuba mempertahankan hujah masing²..politik? jangan cakaplah..tak perlu pergi jauh lihat saja di dalam facebook mahupun tweeter...Masyaallah.
Hanya Tuhan Yang Tahu
ozzy - tidak lepas dari sengketa...

Sangat stju dgn pendapat en.ozzy,saya lg sdih bila ramai yg menolak hukum Allah,malah menghalalkannya..lagi membuatkn saya marah bila mereka mengaku mereka Islam..tp sembahyangnya mana?kalau sembahyang tonggang tbalik skali pun,zina,rasuah buat juga,lepas tu asyik nak bergaduh ja sbb politik,tiba2 ckp hal ketuanan melayu,ckp perjuangkn Islam,dlm Al-Quran xdak pun tulis pasal ketuanan melayu..yg meniupkn perjuangan mcm ni adalah Yahudi,sepatutnya kalo dah mengaku Islam,kajilah perjuangan Islam yg sbenar utk mencapai muafakat,tp masyarakat kita smakin rapuh krana nafsu,perjuangan yg berkepentingan sndiri,Al-Quran dan As-Sunnah semakin ditinggalkan
BalasPadamsabda Rasulullah orang mukmin bukan golongan yg suka mencela dan mengutuk dan mngeluarkn kata2 keji
Semoga kita smua dpt berbalik kpd agama kita dan Al-Quran dan Sunnah mjd panduan kita apabila menemui jalan buntu..Rasulullah pasti menangis melihat umatnya pd hari ini..semga pemimpin kita mampu mjd pemimpin amirul mukminin,menyelamatkn masyarakat kita..insyaalah
Insha Allah Nisa..
Padam