19 Januari 2012

BISA TAPAK TANGAN

Cuba tengok tangan masing² ada tapak tangan tak? mestilah ada kan..yelah kan kalau dah ada tangan mestilah ada tapaknya kecuali kalau tangan tu kudung sampai ke pergelangan tangan ataupun sampai ke siku.

Dengan adanya tapak tangan bermacam perkara boleh kita buat.Memegang, mencuci, menulis, melukis dan bermacam lagi.Melalui tapak tangan juga kita boleh mengesan penyakit yang ada dalam diri kita selain melalui tapak kaki.Malahan melalui tapak tangan juga nasib seseorang boleh dikatakan boleh ditilik oleh si tukang tilik tapi terpulanglah samada nak percaya ataupun tidak dengan tukang tilik ni..sebaiknya janganlah percaya suruh dia tilik tapak tangan dia sendiri sampai lebam hehe..

Orang kata kalau gatal tapak tangan kanan itu tandanya bakal dapat duit atau ada rezeki nak masuk tapi kalau gatal tapak tangan kiri itu tandanya kita bakal hilang duit atau rugi.Hebatkan tapak tangan ni dia dulu yang boleh rasa..

Selain dari kegunaan dan fungsinya tapak tangan juga dikatakan bisa.Betul ke berbisa? atau cuma berbisa pada sesetengah orang saja?.Antara sebab tapak tangan dikatakan bisa adalah kerana jika kita mencelup bahagian depan jari kita yang termasuk sebagai sebahagian dari tapak tangan ke dalam sesuatu kuah contohnya kuah kari atau kuah lemak keesokannya atau dalam masa beberapa jam saja kuah tersebut akan basi tapi sebaliknya jika kita menggunakan belakang jari kuah tersebut akan lebih lambat basi atau tidak akan basi pada keesokan harinya.Tak percaya? kalau tak percaya silalah cuba.

Petua untuk mencegah ketiak berbau juga dari tapak tangan.Menurut petua semasa mandi jangan cuci ketiak kita dengan tapak tangan sebaliknya gunakan bahagian belakang tangan.Teknik ini turut ada hubung kait dengan tapak tangan yang dikatakan bisa.Tapi ada juga yang bertanya "kalau macam tu kenapa tak cuci berak dengan bahagian tapak tangan?" aku jawab "kalau rajin buatlah..kot² wangi" hehe...apa punya soalan daa..kalau tempat tu nak cuci dengan bahagian belakang tapak tangan silap² langsung tak bersih, lebih mudah guna tapak tangan sebab senang nak cuci dan lagipun kedua-dua tempat tu pun memang berbisa.

Itu adalah salah satu sebab kenapa tapak tangan kita dikatakan bisa.Sebab-sebab lain aku sendiri pun tak pasti atau mungkin ia hanya sebutan yang telah dibiasakan disebut oleh kita disebabkan peranannya.Satu perkara PENTING yang ingin aku kongsikan di sini adalah jika kita ingin memeriksa pendawaian atau arus elektrik jangan sesekali menggunakan tapak tangan ataupun bahagian depan jari untuk memegang wire tersebut.Ini adalah kerana refleksi tapak tangan kita lebih terarah atau tertarik pada bahagian tersebut (positif).

Jika kita merasa atau menyentuh wire tersebut menggunakan belakang tapak tangan (negatif), sekiranya ada arus elektrik tangan kita akan segera memberi tindakbalas dengan lebih cepat dengan menarik kearah kita.Kalau nak rasakan perbezaannya cuba sentuh cerek atau sesuatu besi yang panas menggunakan tapak tangan dan belakang tapak tangan..yang mana lebih cepat memberikan tindakbalas.Kalau tak puas hati juga dan nak rasakan kesan yang lebih cepat cuba test dengan seterika.

Ada juga orang kata nak tau bisa tak bisa cubalah rasa pelempang aku ni hehehe..bisa..bisa tapi ramai yang berpesan kalau nak tampar anak jangan tampar dengan tapak tangan sebaliknya gunakan belakang tapak tangan ..kerana tapak tangan kita memang bisa..Wallahu'alam.

ozzy - tapak tangan orang lelaki memang bisa ...yang kecik boleh jadi besar..bisa kan?.

7 ulasan:

  1. TQ, info yang sangat bermanafaat.

    BalasPadam
  2. nice sharing en.ozzy...info yang sangat berguna...

    p/s: mereka client saya kerana mereka ambil pekerja asing dari saya...

    BalasPadam
  3. sgt bagus n3 ni geng...byk info..tp bab yg pukul anak tu jarang sgt nak ingat guna belakang tapak tangan...lambat...nak2 pulak hati tgk hangin..hayunkan jer..merasalah tapak tangan mak yg biso bonar ni...

    BalasPadam
  4. Eye_nee..
    Sabar..kesian kat anak-anak tu..time pukul mmg sedap la ye hayun dengan tapak tangan tu..ishh..ishh garangnya

    BalasPadam
  5. Assalam..
    Nasib baik laptop ni tak ada nak basi, kalau tidak dah lama kena buang..hehe..

    Semua fakta di atas tu memang betul. Lagi satu nak kongsi, jangan selalu pegang atau usap2 rambut kerap sangat, silap2 boleh botak kepala. Dan lepas kerat kuku, sila lah cuci tangan kerana kuku yang terpisah dari anggota boleh jadi racun. (Ini kata ustaz saya masa belajar dulu- Wallahua'lam..

    BalasPadam
  6. tq for the info,ayah mertua saya pernah tampar satu india sbb biadap,trus pekak lepas penampar dan siap nyorok kalo npak ayah

    BalasPadam
  7. Iza..Terima kasih sbb tambahkan lagi info

    Nisa...wah! hebat tu..mmg bisa betul penamparnya tu hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...