9 Januari 2012

CENDOL LEMAN DAWI

Nama Leman Dawi semakin terkenal setelah mendapat liputan dan siaran di dalam majalah tiga tidak lama dahulu.Sebut saja Leman Dawi pasti ramai akan terbayangkan keenakan cendolnya yang dijual dan menariknya dia hanya menjual cendol semata-mata di dalam menunya.Antara cendol yang dijual adalah cendol biasa,cendol kacang,cendol jagung dan cendol pulut.

Pada mereka yang pernah melalui jalan lama dari Senawang menuju ke Tampin pasti dapat melihat dengan jelas kedainya yang terletak bersebelahan dengan jalan utama.Pada awalnya dulu sebelum kedai itu dibuka dia hanya menjual di bawah pokok dan di tepi jalan bersama sebuah motorsikal sebelum beralih kepada sebuah lori kecil.Namun, walaupun perniagaannya semakin maju dan semakin mendapat sambutan dia masih terus mengekalkan konsep lama antaranya :

i - Cendol tetap diletakkan di atas setiap meja untuk ditambah secara percuma termasuk air gula dan air batu.
ii - Air barli turut disediakan dan diberi percuma samada untuk diminum disitu atau dibungkus untuk dibawa balik.
ii - Sudu akan di basuh dan kemudiannya direndam di dalam air panas sebelum digunakan oleh pelanggan.
iii - Dia akan berceloteh setiap masa dengan celotehnya yang menghiburkan.

Semalam aku singgah di kedainya seperti biasa sekiranya terasa dahaga setiap kali jika aku melalui jalan ini.Kelihatan di atas meja satu bekas yang berisi cendol untuk ditambah, botol yang berisi air gula melaka dan satu bekas yang berisi ais batu yang disediakan secara percuma untuk ditambah.
Namun aku dan beberapa orang pelanggan lagi tertanya-tanya kenapa hari itu tidak ada air barli seperti biasa?.Biasanya ia di letakkan berhampiran dengan tempat duduk di situ.Menurut pemiliknya Leman Dawi, air barli tidak lagi dia sediakan untuk sementara waktu kerana dia telah berjaya mengesan dan menangkap seseorang yang mengambil kesempatan dengan mengambil air tersebut secara percuma tapi kemudian menjualnya dengan harga seringgit sebungkus di tempat lain.

Dia kecewa kerana yang melakukannya adalah orang melayu sendiri sedangkan dia sediakannya sebagai satu daya tarikan dan amal jariah sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih pada pelanggannya. Bayangkan plastik, straw dan cawan plastik disediakan secara percuma sedangkan orang lain dengan mudah mengambil kesempatan tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun modal.

Apapun aku ingin ucapkan tahniah padanya kerana berjaya memajukan perniagaannya meskipun cara dan konsep lama masih terus dikekalkan.Selain dari harga yang masih dikekalkan disebalik kenaikan harga barang dia membuktikan bahawa dia masih mampu hidup senang tanpa menindas orang lain dan terus memberi sumbangan kepada orang lain.





ozzy - kagum dengan pengetahuan dan minatnya yang rajin membaca tentang sejarah...

6 ulasan:

  1. Dah lame x singgah sini , rumah pun dah berubah wajah...alahai x adil la en.ozzy saya dah kecur air liur ni , nak makan x boleh saya memang x leh minum ais..huhuhu

    BalasPadam
  2. kat mana cendol ni?nk tryla..bley gtau x en.ozzy lokasinya..

    BalasPadam
  3. Amy Syaquena..

    Terima kasih krn singgah..mmg dah lama x update blog ni & template lama x dpt digunakan lagi sbb dah expired..nak reniew kena reg. & bayar..guna jelah yg ni, free

    Nisa..

    Terima kasih juga sudi singgah walaupun saya dah lama x update blog ni..
    Tempatnya terletak di susur masuk tol senawang N9 dan kemudian lalu jalan lama untuk menuju ke rembau atau tampin..kedainya nampak jelas terletak ditepi jalan..selamat mencuba

    BalasPadam
  4. tmpt yg wajib sgah tiap x balik k kg hlmanku d n9..aciksu azza.

    BalasPadam
  5. Ozzy, thanks for the info. kebetulan bsk ade trip ke seremban..haruss singgah:)www.anne-udin.blogspot.com

    BalasPadam
  6. baru semalam try cendol ni..tak sedap

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...