Woiii bodoh!!!..korang marah tak kalau ada yang panggil korang macam tu?..mestilah marahkan, orang pekak je la agaknya yang tak marah kan..hehe
Biasanya orang yang dianggap bodoh akan mudah dibuli oleh orang lain disebabkan kebodohannya tetapi aku pasti tidak ramai yang akan mengaku bodoh walaupun sering dianggap bodoh.Kalau disebut atau digelar bodoh sombong itupun termasuk juga dalam kategori bodoh, dah la bodoh sombong pulak..ishhh.
Macamana pulak dengan buat-buat bodoh? pernah dengar? jarang kan kita dengar.Maksudnya seorang yang menganggap dirinya bukanlah bodoh tapi sengaja buat-buat bodoh atas sebab-sebab dan tujuan tertentu.Siapa?Akulah orangnya hehehe..aku rasa aku ni taklah bodoh sangat tapi aku suka buat-buat bodoh, tapi kenapa?mestilah ada sebabnya aku buat macam tuuu...
Dalam mempelajari dan mendalami berbagai perkara inilah yang sering aku praktikkan untuk mencungkil sebanyak mana ilmu, tips atau info dari orang lain.Memang benar kita boleh mendapat ilmu melalui pelajaran di sekolah atau kita boleh mencarinya di dalam internet atau buku bacaan tapi tidak semua kita akan dapat dan fahaminya dengan mudah.Kefahaman kita akan menjadi lebih mudah berdasarkan apa yang kita lalui dan praktikkannya dalam kehidupan kita dan itulah yang dikatakan sebagai pengalaman.
Ramai yang aku perhatikan lebih gemar berlagak pandai padahal apa yang dia tahu hanyalah perkara asas sahaja tapi cakap macam dah tahu segalanya.Sikap ini sebenarnya merugikan diri kita juga sebab pengetahuan kita hanya terhad di situ saja.Dalam mencungkil atau mendalami ilmu pengetahuan bukan semua orang bersedia untuk berkongsi pengetahuan atau ilmunya dengan kita lebih-lebih lagi seseorang yang berjaya memperolehi ilmu tersebut melalui pengalamannya sendiri.
Sebagai contoh bila kita pergi ke sebuah 'workshop' milik tauke cina untuk membeli atau membaiki radiator kereta kita yang rosak.Ramai diantara kita sedia maklum bahawa mereka ini amat sukar untuk berkongsi ilmu dengan kita lebih-lebih lagi kalau kita tunjuk pandai dengan mereka.Kita cakap itu ini, begitu begini diaorang akan senyum dan angguk je dan pasang sampai siap.Janji siap dan kita bayar harganya..wa tetap dapat untung ma..tapi kita hanya dapat sebuah radiator tanpa mengetahui apa sebab rosak, kenapa boleh rosak, macamana untuk elakkan dia rosak dan bermacam lagi persoalan lain.Apa yang kita tahu radiator fungsinya adalah untuk sejukkan enjin kereta betul tak? lagi apa yang kita tahu tentangnya? kalau kita berlagak macam dah tau semuanya buat apa lagi tauke tu nak buang masa bercerita dengan kita kan? lu lagi pandai maa..paling pun itulah yang dia cakap bila kita tanya...kan?
Ramai yang berpendapat kalau kita buat bodoh nanti kena tipu dan kita pun tak suka orang anggap kita ni bodoh kan? dan kalau kita bodoh tapi berlagak pandai lagi suka diaorang tipu, minta radiator tapi dia bagi benda lain atau yang terpakai..kan dah kena tipu hehe..maksud aku adalah kita tahu tapi kita buat-buat bodoh untuk mendapatkan lebih info mengenainya.Perkara asas yang kita tahu tentang radiator adalah fungsinya untuk menyejukkan enjin kereta dan lain yang kita tahu adalah bentuk fizikalnya.Lagi apa yang kita tahu? ohh! kena selalu periksa airnya supaya mencukupi takut nanti temperature kereta naik..bahaya.Lagi? apa yang kita tahu? setakat itu saja tapi kita dah nak tunjuk yang kita pandai sangat dah kan hehe..
Itu cuma perkara asasnya saja dan kalau kita kata kita dah tau segalanya maka setakat itu sajalah yang kita akan tahu tapi kalau kita dah tau tapi sengaja buat-buat bodoh banyak lagi kita akan tahu mengenainya.Maksudnya kita cuba selongkar apa lagi yang ada di dalamnya dan dengan cara ini sedikit demi sedikit tanpa mereka sedar mereka akan bercerita dan akhirnya banyak rahsia yang selama ini kita tak tahu akan terbongkar.Walaupun kita tahu tapi tak apa kita buat-buat bodoh kerana akan berlaku dua kemungkinan..pertama kita akan tahu mereka cuba menipu kita dan kemungkinan kedua kita akan dapat bermacam ilmu darinya.
Contohnya aku akan tanya " tauke ini radiator untuk apa?..kalau tak pasang tak boleh ke? " dah tentu tauke tu akan kata dalam hati " bodoh punya soalan " dan sebab kita ni pelanggan dia tentu dia akan senyum sambil menjawab "mesti kena pasang maa..kalau tidak nanti enjin panas lohh..boleh meletup woo.." tak apa itu soalan pengenalan dan soalan seterusnya " kenapa kalau kita pasang radiator enjin boleh sejuk?, kenapa tak masukkan saja air dalam enjin? lagi cepat sejuk? " dan dia akan jawab " tak boleh maa..kalau terus masuk dalam enjin nanti itu air terus campur dengan minyak, piston rosak dan enjin akan jem..ini radiator akan salurkan sedikit air yang disedut oleh water pump pergi ke enjin dan bila enjin mencapai tahap kepanasan kipas akan berpusing untuk sejukkan enjin dan sejukkan radiator ni ".See..kita dah dapat belajar dua perkara iaitu water pump dan juga fungsi kipas...free je kan.
Seterusnya kita tanya lagi " ini air dalam radiator macamana mau kasi bersih..kalau kotor nanti dia masuk dalam enjin kita punya enjin pun akan kotor la kan? (soalan yang sedikit bijak berdasarkan pada logik).Biasa yang kita tahu cara nak buang air adalah dengan membuka screw penutup yang terletak di bawah radiator tu betul tak?.dan tauke tu akan cakap " kalau mau buang air dalam ini radiator lu jangan buka itu bawah punya screw nanti itu screw loose air akan bocor (menitik) ikut situ.Lagipun kalau lu buka itu screw air cuma keluar dari radiator saja tapi dalam enjin sana masih tinggal lagi air kotor..kalau mau cuci lu kena buka ini hose lepas tu salurkan air biar dia masuk ke bahagian enjin dan ganti sama itu lama punya air..baru lu punya air dalam itu radiator sama enjin semua akan bersih"...see kita dapat lagi satu perkara.
Kemudiannya dia akan bercerita segala aspek mengenai radiator termasuklah saiz yang sesuai, ketebalannya, teknik penjagaan, cara pemasangan sehinggalah kepada material apa yang digunakan.Itulah untung yang kita dapat iaitu ilmunya dan itulah yang kita dapat kalau kita buat-buat bodoh dan bukannya berlagak pandai atau bodoh sombong.Kalau aku buat-buat bodoh dan diaorang nak kata aku bodoh sekalipun aku terima sebab aku tak rugi apa-apa.Contoh lain perkara yang pelajari adalah seperti yang pernah aku tulis DI SINI.
Itu adalah salah satu contoh bagaimana aku belajar banyak perkara selain dari melihat dan menilai apa yang orang lain buat.Contoh lain yang paling mudah seperti kita pergi ke pasar.Kita dah tau ikan yang dah pecah perutnya mestilah ikan tu dah tak elok kan? tapi tak ada salahnya kalau kita buat-buat bodoh dan bertanya " ikan ni elok lagi ke? " dan kemudian tauke ikan tu jawab " elok lagi laa..lu tengok dia punya insang merah lagi woo..dia punya perut pecah sebab ini ikan tak tahan " kita tanya lagi " tapi kenapa ikan lain perutnya tak pecah?" dan dia akan jawab " ikan lain baru lagi maa..ini ikan kalau lambat sikit memang tak tahan punya dia punya perut senang pecah..lu sukala mana mau angkat "..haaa!! kan dah kantoi tu dan kita juga dapat belajar satu perkara iaitu ikan yang pecah perutnya dah tentu ikan yang lama..kan?
Itulah antara contoh bagaimana aku belajar dan mengutip pengalaman serta membina keyakinan dalam banyak perkara.Mungkin korang juga ada cara korang sendiri kan? tak kiralah apa jua caranya yang penting kita dapat belajar bermacam perkara supaya kita tidak mudah di tipu kerana zaman sekarang ada yang belajar untuk menipu dan ada terus belajar agar tidak tertipu..
ozzy - terus belajar dan terus buat-buat bodoh...

Assalam...
BalasPadamMasa sekolah dulu ada cikgu bagitau, tanya la soalan walaupun soalan bodoh tapi bila masuk U, kena marah dengan pensyarah sebab tanya soalan bodoh...kuang..kuang..kuang..
Hahaha...suka entri ni.. Sebab saya memang suka buat - buat bodoh walaupun dah tau benda tu. Misalla.. orang tu orang Singapore, bila dia sembang macam dia dok America, pastu kita ni buat bbodoh je la..kasi kipas dia sampai dia sembang muka tinggi ke langit... Lepas tu saya mesti gelak sampai sakit perut, sebab lawak tengok orang yang suka bangga diri.. Kesian pun ada jugak..
BalasPadamLagi satu tabiat saya, bila orang dok duduk berkumpulan pun dorang sembang pasal orang yang saya tak kenal atau bukak cite hal orang memang saya tak ambik port dan buat bodoh je lagi. Pernah ler sekali kena marah dengan mak, sebab benda yang orang cite tu pasal mak sedara dah bercerai, saya yang buat bodoh ni gelak - gelak jer..Mak kata nampak sangat tak ada perasaan..Walhalnya biji butir apa dorang citer pun saya tak dengar..gelak jer tau..hehehe..ada bagus juga buat - buat bodoh ni..
Iza..W'salam
BalasPadamZaman sekolah memang berbeza dan tentunya kalau beri soalan bodoh kwn-kwn akan gelak & cikgu/pensyarah pun marah
Nisa..
Itulah antara maksud saya..buat-buat bodoh untuk dapatkan/tambahkan ilmu
ehemm...kalau kumpul ramai-ramai citer hal org kira ngumpat la tu kan hehe..
buat2 bodoh pada waktu n tempat yg betul memang ok. cthnya kita tanya org yg buat2 serbatau segala mcm, padahal lebih kurang kita je. utk korek ilmu lebih baik terus-terang je.
BalasPadam