Rasanya aku nak ubah sikit konsep bahasa yang digunakan dalam entry aku ni berselang seli dengan bahasa yang lebih conventional ataupun selalu disebut ayat skema dengan bahasa yang lebih santai atau yang kita biasa gunakan setiap hari..best juga sesekali tulis merapu ni kan hehe..
Pernah tak kamu semua atau mudahnya aku sebut korang semua alami situasi di mana korang ditegur atau disapa oleh seseorang yang tidak dikenali?.Pasti pernah kan..tak kiralah sapaan tu untuk berkenalan atau mengorat ataupun disebabkan sikap ramah orang lain atau diri korang sendiri.Biasanya kita mahupun orang lain menilai diri seseorang berdasarkan pakaian ataupun penampilannya termasuklah pada raut wajahnya, betul tak?
Kalau kita tengok smart atau muka ayu je paling kurang kita akan anggap "ini mesti kerja bagus ni..kerja pejabat".Pernah ke seseorang yang korang tak kenali tengah rancak berborak dia terus teka apa kerja korang?.Aku dah beberapa kali ditanya dan diserkap dengan soalan yang sama dan yang peliknya semua mereka tanya soalan yang sama " awak ni kerja cikgu ke?" hahaha..terkekek bini aku gelak hehe..dan setakat ini dah 4 orang memberi soalan yang sama.
Apasal kata aku ni cikgu?? hehe..Kalau tengok gaya dan cara aku berpakaian tak adalah smart macam cikgu cuma mungkin muka aku ni je yang selalu nampak serius ataupun garang tapi muka je nampak garang tapi dalam hati ada taman hehe..Pakaian aku pun biasanya simple aje jeans dengan t-shirt berkolar serta berselipar...takkan gaya cikgu macam tu kot hehe..
Terbaru masa aku pergi kenduri kahwin baru-baru kat kampung sebelah wife aku.Oleh sebab meja yang wife dan anak-anak aku duduk dah penuh maka aku beralih ke meja lain yang diduduki oleh seorang pakcik bersama isterinya.Sambil makan maka aku berboraklah dengan pakcik tu dari satu topik ke satu topik termasuklah topik anaknya yang sedang belajar di salah sebuah universiti.Tiba-tiba pakcik tu pandang muka aku dan dia bertanya " awak ni kerja cikgu ke "...macam biasa aku senyum je tapi dalam hati aku berkata "apasal orang selalu tanya soalan yang sama..muka aku ni ada gaya cikgu ke? hehe ".Aku jelaskan yang aku ni kerja kilang je pakcik tapi dia macam tak percaya.Dalam hati aku kata "tak percaya sudah hehe.."
Apapun tak kiralah apa jua anggapan mahupun tanggapan kita sebaiknya biarlah yang baik-baik saja ataupun bersangka baik.Kadang tu nampak je pakaian selekeh rupanya manager bank dan kadang tu nampak je pakai kemas rupanya cuma seorang jaga...tak kisahlah apapun asalkan ada kerja dan blogger pun dikira sebagai kerja juga kan..
ozzy - bukan cikgu tapi sifu hehe...

tersenyum saya baca entri nie , saya lihat wajah en.ozzy memang nampak serius dan garang..tapi bila dah mengenali dengan lebih rapat di alam maya nie , sedikit sebanyak saya tahu perwatakkan en.ozzy bagaimana...tapi kalau orang tegur kata en.ozzy cikgu , saya tidak terkejut kerana wajah serius en.ozzy macam guru disiplin atau guru besar...hihi ada taman cita2 tak dulu hikhik...
BalasPadamAmy Syaquena..
BalasPadamwahhh!!..macam guru disiplin atau guru besar pulak dah hehehe..
Assalam..
BalasPadamSoalan yang sama sering di tanya pada hubby...sampaikan India jual udang galah tu asyik panggil cikgu sampai sekarang..
bertuahla en.ozzy org kata muka cikgu,saya org anto perabot ingat saya ni bibik,tuan kamu mana?jam brapa tuan kamu blik?saya tanya,kenapa pggil saya tuan?pastu org tu ckp,kamu bukan bibik ka?wah,trus rasa nk buka silat..
BalasPadamada gaya cikgu kot....
BalasPadamiza..w'salam
BalasPadammungkin hubby smart mcm cikgu kot..
Nisa..
Agaknya masa tu tgh berkain batik kot hehe..lain kali kalau org tu dtg lagi ckp "saya ni datin la" hehe...
Ummi Dania ..
entahlah..mata org lain.kalau ngaku nanti kata perasan la pulak hehe..