11 Oktober 2011

JANGAN SUKA TAKUTKAN ANAK-ANAK

Antara cara yang sering dilakukan oleh ibu bapa untuk melarang anak-anak mereka berbuat sesuatu adalah dengan menakut-nakutkan mereka.Cara ini pastinya memudahkan kerja mereka terutamanya pada anak-anak yang degil atau tak dengar kata.Memang diakui ianya berkesan tetapi ia turut menimbulkan implikasi yang kurang elok pada kanak-kanak tersebut.

Anak-anak mempunyai daya ingatan atau memori yang kuat.Kerana itu apa saja yang dilihat atau yang dialaminya akan disimpan dalam bentuk memori.Kita sendiri walaupun telah berinjak dewasa tetapi banyak perkara yang dialami sewaktu di zaman kanak-kanak masih banyak yang kita ingat dan dapat bayangkan berbanding apa yang kita kita lalui sekarang ini, kadang-kadang peristiwa yang berlaku tahun lepas pun kita dah lupa.

Antara yang sering digunakan untuk menakutkan kanak-kanak adalah dengan mengusiknya dengan serangga dan yang paling popular adalah lipas mungkin kerana ia banyak merayap di lantai dan bentuknya yang agak menggelikan.
Selain dari itu labah-labah turut menjadi bahan usikan pada kanak-kanak tetapi ianya kurang popular kerana agak sukar didapati dan sesetengahnya pula agak membahayakan kerana berbisa.

Selain dari serangga, hantu juga antara yang paling sering digunakan untuk mengusik atau menakutkan kanak-kanak.Perasaan takut ini semakin bertambah apabila mereka kerap disajikan dengan filem tentang hantu atau dengan membaca buku yang mengisahkan tentang hantu.

Kesannya perasaan takut ini terbawa-bawa sehingga mereka dewasa.Kita dapat lihat ramai orang dewasa yang masih takut dengan lipas dan masih lagi menjadi mangsa usikan dengan makhluk ini.Sepatutnya lipas ini boleh dipijak atau dipenyek dengan mudah kerana ia tidak membahayakan tetapi sebaliknya masih ramai yang takut dengannya.Kalau hantu jangan cakaplah memang ramai yang takut terutamanya ketika berada di tempat gelap walaupun mereka sendiri tak pernah bersua dengan hantu tetapi perasaan takutkan hantu sentiasa 'menghantui' hidup mereka kerana mereka diasuh dan diajar supaya takut dengan hantu.

Cuba bayangkan seorang lelaki yang nampak ganas dan garang seperti ini tetapi menjerit ketakutan bila disuakan dengan lipas?.Pasti kelakarkan..
Kalau macam tu mudahlah musuh nak kalahkan dia ni.Cuma bawa beberapa ekor lipas dan lepas tu campakkan saja pada dia hehe.. Ianya tidak mustahil kerana selagi perasaan takut tersebut tidak dibuang atau diubah ia akan terus bersarang sampai ke tua.Ada kalanya kita sendiri berasa rimas apabila melihat anak-anak kita menjadi penakut.Suruh buat itu takut, suruh buat ini takut tetapi puncanya daripada siapa? kita juga kan sebab kita yang asuh mereka.

Kerana itu janganlah terlalu suka takutkan kanak-kanak dengan perkara macam ni.Ia memang memudahkan untuk seketika tetapi menimbulkan kesan lain untuk jangkamasa panjang.Namun ada juga yang membiarkan anak-anak tanpa langsung memberi pengajaran pada mereka hinggakan anak-anak langsung tak takut pada sesiapa.Kena tegur dan asuh jugalah jangan sampai langsung tak hormat pada orang lain dan jangan sampai ada yang kata anak kurang ajar...

ozzy - takut dan geli dengan ular walaupun tak pernah ditakutkan...

9 ulasan:

  1. hahaha..terbayang muka adik-adik yang takut lipas.. tapi kan, adik-adik saya(lelaki) pelik tengok saya sebab dia kata "sepatutnya perempuan kan takut lipas/cicak dll tapi acik (saya) tak takut pon..."
    hahaha...yeah,saya macho.. hehe(gurau)

    BalasPadam
  2. sofea paling takut dengan lipas... siap jerit2 lagi walaupun dah mati disembur ridsect oleh ayahnya...

    BalasPadam
  3. saya pun xsuka takutkn anak saya dgn binatang@hantu,sebut perkataan takut pun x,biasanya kalo anak degil,saya pukul tgan dia sikit smbil bulatkn mata,buat muka garang,hehe,tp anak sy dah tau bhasa takut sbb sepupunya pulak yg ajar,aiseyman..

    BalasPadam
  4. Pernah juga terfikirkan benda ni....saya punya pendekatan lain pulak...kalau mereka tak dgr saya akan ugut tidak memberi apa yg menjadi kesukaan mereka..mcm..kalau tak baca buku..can't tgk Cartoon for few days...cannot main basikal...

    BalasPadam
  5. Amy x pernah takutkan orang tapi orang selalu takutkan amy sebab amy memang takut dengan sesetngah binatang ni terutama kucing...

    BalasPadam
  6. owh...klu yg gagah perkasa tu takut lipas, kelako ye OZ??

    Ater..yg abang2 gagah perkasa ni pun takut dgn ular, apa cer??

    Miahahahahha..OZ leh msk club suamiku yg takutkan ular jugak!

    BalasPadam
  7. Setuju ayat biru ter..
    Usohkan terjumpa,dgr org sebut ulor pun
    dah geli..

    BalasPadam
  8. el sllu buat cam tu kat anak2..tp mmg betul salah didikan tu..tp nak wat cm mn..anak2 x dgor ckp...heheheh sabo je lah hope beso nti xdelah takut2...

    BalasPadam
  9. entah lah...dh jadi budaya kot asyik momok kan ank2 ngn benda2 yang menggelikan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...