Sebut saja Ujang pasti kita terbayangkan majalah humor dengan berbagai aksi kartun yang mencuit hati.
Populariti Ujang tidak perlu disangkal dengan sambutan yang amat menggalakkan sejak ia mula diterbitkan.Sejak dari tahun 80an beliau telah melahirkan berbagai koleksi siri kartun dan antara yang popular adalah aku budak minang, atuk dan Usop sontorian yang diterbitkan melalui majalah Gila-Gila.Ketika itu majalah Ujang belum lagi diterbitkan sehinggalah beliau memilih untuk menerbitkan sendiri majalah yang diberi nama Ujang ini pada tahun 1994 dan bernaung di bawah syarikat Kharisma Picture.
Ternyata melalui bakat yang ada Ujang telah memberi satu impak yang besar terhadap industri kartunis di negara kita meskipun pada awalnya ramai yang beranggapan bahawa bidang kartunis hanya membuang masa dan tiada jaminan untuk masa depan.Melalui bakat yang ada beserta minat yang mendalam Ujang telah membuktikan bahawa dakwaan tersebut ternyata meleset setelah hasil karyanya mampu memberikan keuntungan yang lumayan dan beliau turut berjaya menghimpunkan jutaan peminat yang meminati hasil karyanya.
Nasib malang Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim bin Anon bermula setelah beliau berpisah dari syarikat tersebut pada tahun 1997.Hasil karyanya sebelum ini telah di paternkan oleh sebuah syarikat sekaligus menghalang Ujang dari menerbitkan kisah atau lukisan yang sama.Ini bermakna penat lelahnya mengerah idea dan tenaga akhirnya dinafikan oleh orang lain sekaligus mematikan terus langkahnya.
Bagaikan jatuh ditimpa tangga beliau kemudiannya diisytiharkan muflis oleh mahkamah setelah mahkamah memerintahkan segala majalah keluarannya yang berada di pasaran ditarik balik menyebabkan hutangnya tertunggak dengan syarikat penerbitan dan kakitangannya yang bernilai RM1.8 juta tidak mampu dibayar.Rentetan dari peristiwa tersebut rumahtangganya juga hampir musnah dan Ujang juga hampir menjadi gila.Akibat tekanan tersebut beliau pernah menempah batu nisannya sendiri bagi menghadapi saat kematiannya ketika itu.
Begitulah kehidupan, tiada siapa yang dapat menduga apa yang berlaku pada kita.Ketika di zaman kegemilangannya dulu beliau memperolehi pendapatan sebanyak RM50 ribu sebulan tapi akhirnya jatuh tersungkur sehinggakan mengharapkan belas ihsan dari orang ramai untuk mendapatkan sesuap nasi.Namun kini beliau kembali perlahan-lahan bangkit untuk berhadapan dengan realiti kehidupan dan kembali berusaha bersandarkan bakat yang ada dan akhirnya beliau diterima bekerja dengan syarikat di tempat lamanya atau bekas majikannya dulu.
Tiada siapa menduga seorang kartunis yang menjadikan bakatnya melukis kartun sebagai kerjaya sehingga berjaya mencipta kejayaan gemilang meskipun bidang kartunis tidak tersenarai sebagai sesuatu yang menjadi cita-cita sewaktu di zaman kanak-kanak.Bagaimana dengan kita semua? mungkin ketika ini kita juga sedang meniti zaman kemewahan atau zaman kegemilangan namun bersediakah kita untuk menghadapi zaman kejatuhan suatu hari nanti.Apakah kita juga akan turut menempah batu nisan kita sendiri?..
Mungkin apa yang berlaku pada Ujang boleh dijadikan iktibar pada kita semua bahawa hak kita boleh dirampas dengan mudah oleh orang lain.Ramai diantara kita yang memiliki aset samada dalam bentuk produk, karya dan lain-lain termasuk blog kita sendiri.Siapa tahu satu ketika nanti hak anda terhadap blog anda sendiri dirampas oleh orang lain ketika populariti anda berada di kemuncak dan mendapat sambutan hebat.Perlukah blog kita juga di 'patern'kan atau didaftarkan sebagai harta intelek?Ianya tidak mustahil akan berlaku kerana dulu tiada siapa peduli dengan kartun tapi akhirnya ia menjadi rebutan.
ozzy - belum lagi popular..

Semoga Ujang akan terus berkarya dan bangun semula...di atas tidak akan kekal dibawah pula belum tentu selamanya..selagi ada daya..bangun dan bina semula keyakinan....
BalasPadamKesiannya dia , moga selepas ini dia akan bangkit dan terus berkarya semula...
BalasPadamSalam, Kes naya juga gitu... sepatutnya hak harta intelek sepatutnya digubal sebaik rupa... yang bukan sahaja memelihara segalanya kepentinganya... istilah menang-menang keatas hak atau sesuatu aset atau perkara tersebut, yang mana tidak merugikan hak pemilik asalnya. Maru kalau terjadi ke blog kita yak :)
BalasPadamhany pun suka baca ujang nih, serius gelak dan menghiburkan la....macam kisah ahadiat akashah kan, saat kegimilangan kejatuhan dan kini bangkit kembali...semoga kartunis ujang ni pun dpt bangkit seperti sediakala kembali...ameen
BalasPadameh,bukan ke kalo hasil karya sendiri kta ada hak ke atasnya,mcm mana plak org len boleh guna karĂ½a dia,sangat x patut ni,sian ujang..
BalasPadamsalam..
BalasPadamrasanya dah ada hak mempatern
hak cipta blog nih..kebanyakkan
blogger berdomain sendiri..
cer ko google cari kisahnya
insyaAllah rezeki Allah ada di mana-mana
BalasPadamharap Ujang akan terus bersabar dengan ujian Allah
masih setia baca ujang :)
BalasPadamhidup umpama roda.
BalasPadamhanya mampu bersyukur dengan apa yang ada
jangan tikam sesama sendiri
erkkkk ... suratan takdir! :(
BalasPadamPengajaran buat kita juga kan..bnyk kisah begini blh jd iktibar buat kita. Kisah paling terkesan dihati mak adalah kehidupan sebenar PRamlee. Titik peluh sendiri, usaha sendiri namun akhirnya memberikan kesenangan pd org lain.
BalasPadamni kisah tikam belakang sahabat baik, then masuk sikit bab politik kotor masa kes dibawa kemahkamah. ketidak adilan,penindasan berlaku ke atas sedara ujang nih. org yg tikam beliau dan merampas hak beliau adalah kawan baik beliau sendiri yg juga seorang yb umno iaitu MOY aka dot dot dot. individu yg menjadi hakim dalam kes mahkamah ini merupakan juak2 sedara mara MOY sendiri. sebabtulah Ujang kalah dalam kes nih. agak2 aku kena tangkap x sbb ceritakan kes ni kat dalam nih? owner blog, kalau ada apa2 mendatang, boleh la delete comment aku ye. mekasih.
BalasPadamPaten2 ni ciptaan kapir.. banyak buruk dari baik. Menimbulkan sifat pentingkan diri sendiri, sifat dengki, jadi pencuri. Bayangkan dunia tanpa benda2 mengarut ni, mesti kita lebih bahagia.
BalasPadamTapi tak mungkin sebab ini namanya dunia.
Hak intelektual, hak tubuh, hak seisi alam semesta ni pun bukan hak sesapa melainkan hak ALLAH mutlak!! Tapi manusia2 jahat ni suka ambik jalan mudah. Guna kesempatan utk aniaya org lain yg lemah. Jahat jahat jahat!! sian Ujang..
Saborjerlah...sy suka karya ujang dari erav 90'an.
BalasPadamADA SATU PROJEK TAMAN TEMA DI BANTING,KUALA LANGAT yg dberi nama "Tmn Tema Air Sontorian".
...sy hairan knp ada nama Sontorian....adakah kebetulan atau sengaja....mengingatkan sy karya ujang utk watak Usop Sontorian.
Sila siasat...projek sedang bermula d kawasan Kg.Kanchong Tengah.