6 Oktober 2011

SEKS SEBAGAI PELARIS

Saban hari dapat kita saksikan kemunculan berbagai produk untuk bersaing atau bagi memenuhi permintaan pelangggan.Kita dapat lihat berbagai strategi yang digunakan samada melalui penyelidikan, testimoni, iklan dan sebagainya semata-mata untuk memperkenalkan atau melariskan produk keluaran mereka.Pastinya produk yang terbukti berkesan akan berjaya menarik hati pengguna sekaligus membawa keuntungan pada pengeluar atau penjualnya.

Senario yang boleh kita perhatikan pada masa kini adalah dengan menggunakan seks sebagai tarikan samada produk untuk dimakan, diminum mahupun yang berkaitan untuk kegunaan fizikal. Tongkat Ali , ginseng dan kacip fatimah tidak perlu diperkenalkan lagi sebab sudah bersepah diadun dalam bermacam produk.Bila dinyatakan kandungan tersebut tujuannya tidak lain dan tidak bukan pastinya untuk memberi kekuatan seks yang berselindung untuk tujuan komersial.

Apabila produk seperti ini mendapat sambutan maka berlumba-lumbalah para penjual serta pengedar mempromosikan produk mereka yang juga terkandung khasiat luar biasa untuk seks walaupun kandungan sebenarnya diragui.Ini belum lagi termasuk mereka yang menjual melalui MLM ataupun jualan langsung.Kalau boleh segala benda yang dijual akan membuatkan pembeli akan jadi kuat seks.Jual  makanan boleh kuat, jual air boleh kuat seks dan tak lama lagi cium bau saja pun boleh kuatkan seks!!..

Apabila pengguna kemaruk mencari dan menguji maka peluang ini digunakan sepenuhnya oleh peniaga untuk mengeksploitasikan segala produk mereka kononnya boleh menguatkan tenaga batin.Makan akan kuat seks, minum akan kuat seks, pakai selipar pun akan kuat seks, pakai talipinggang pun akan kuat seks.Kalau tak pakai pakai apa-apapun boleh kuat seks juga..maka muncullah pembekal tak payah pakai apa-apa pun untuk kuat seks.

Secara logiknya sebagai contoh kita ambil Tongkat Ali yang dikatakan berkesan untuk menguatkan tenaga batin.Hasil kajian mungkin ianya benar bahawa kandungan di dalam akar atau pokok Tongkat Ali boleh menambah tenaga batin tetapi pernahkah kita sebagai pengguna bertanya berapakah jumlah yang perlu diambil untuk menjadikan tenaga batin kita kuat?sekilo sehari?seratus gram sehari? atau cuma perlu setitik saja?.Berapa pula jumlah kandungan Tongkat Ali yang disediakan oleh pembekal di dalam produk mereka dan siapa pula yang membuat piawaian bahawa kandungan yang disediakan boleh menjadikan tenaga batin kita kuat setiap kali minum?.

Persoalan lain adalah dari mana datangnya Tongkat Ali tersebut dengan banyaknya?.Bayangkan ada berapa ratus malah mungkin beribu lambakan produk yang berada di pasaran bersama kandungan Tongkat Ali? dan bayangkan juga setiap pengeluar mengeluarkan beribu-ribu tan sehari produk mereka.Banyak mana stok Tongkat Ali yang mereka ada dan di mana mereka dapatkannya?.

Aku berpendapat kandungan Tongkat Ali yang ada dalam produk yang banyak dijual sebenarnya hanyalah seperti hampas dan yang memberi tenaga pada kita sebenarnya adalah kandungan gula di dalam produk tersebut.Gula merupakan bahan yang memberi sumber tenaga kepada kita tetapi apabila minda kita dikuasai kononnya produk tersebut bagus sebab kononnya bila minum tenaga batin kita kuat maka setiap kali minum kita akan kata tenaga batin kita kuat sedangkan hakikat sebenarnya yang menguatkan tenaga kita adalah dari gula tersebut.Lama-kelamaan apa yang terjadi? hinggaplah penyakit kencing manis.Nak tau boleh try minum air 100 plus tu setiap hari yang dikatakan membekalkan tenaga dan cuba tengok berapa peratus kandungan gula yang tertera pada botolnya.

Apabila dihinggapi penyakit kencing manis kita kena kurangkan pengambilan gula dan terpaksa makan ubat yang dibekalkan untuk mengawal penyakit tersebut.Kita kemudiannya berkata tenaga batin kita semakin lemah sebab ubat yang kita makan itu menyebabkan tenaga batin kita lemah sedangkan kita lupa bahawa kita sebenarnya kekurangan gula yang diperlukan oleh tubuh untuk tenaga.Sebelum ini kita kata produk yang ada Tongkat Ali boleh menguatkan tenaga batin, bila dah kena kencing manis cuba minum tengok !!...

Apapun itu hanya teori dari aku sebab aku memang tak percaya produk yang banyak dijual tu.Bagi aku kita semua mudah dimanipulasi disebabkan 'mind set' kita sendiri.Teori mudah kalau fikiran kita bercelaru dan dibebani masalah menimbun , kepala dan badan sakit sana sini minumlah banyak manapun air Tongkat Ali tu takkan menjadi.Sebaliknya jika badan sihat, jiwa tenang dan rajin buat senaman tak payah Tongkat Ali setkan aje dalam minda bahawa anda adalah Hari-Mau dan setiap malam itu adalah malam jumaat !!..

ozzy - Simpan stok Tongkat Ali ori punya...


9 ulasan:

  1. Ya betul...anda adalah hari-mau..hehehe...saya memang menyampah betul iklan - iklan macam ni..paling bengang banyak betul menyemak dalam spam..entah mana dapat email pun tak tau..ubat kasi kuat la..kasi e....teman nak nyebut pun geli..over sangat ayat dorang ni...walhalnye..teman idak peduli pun..awak makan petai, jering, temulawak pun dh cukup and rajin baca AL-QURAN..dah cukupkan..hmmm

    BalasPadam
  2. SALAM,
    YG PENTING KESIHATAN DAN HATI PULAK TENANG ! LF TAK MAIN BENDA2 TU ! MINUM TEH DAN KOPI YG BIASA JE .

    BalasPadam
  3. Kalau diikut ke iklan nie lembik kita pozi kikiki :)

    BalasPadam
  4. Nisa..memang banyak sgt iklan pasal benda ni..kita fikirlah sendiri betul ke tidak

    Luahfikiran..betul tu Dato'..kesihatan tu lebih penting

    Akuanakpahang...ikutkan pada iklan habis semua lembik

    BalasPadam
  5. memang pun jangan percaya.
    saya pernah pergi lawatan ladang herba nasuha dekat pagoh. (ladang yg hasilkan rempah mak siti)
    pegawai kt situ kata dalam sehektar persegi pun belum tentu boleh jumpa 1 pokok tongkat ali. sejak dr tu (tahun 2008), saya xpercaya dah produk2 camni.

    BalasPadam
  6. dayahdayah..
    Kalau tengok sendiri mcm tu lagi la susah nak percaya ye tak..

    BalasPadam
  7. iklan macam ni merata website ade. kadang segan ngan anak2 kecik bila die tanye.

    BalasPadam
  8. Denaihati..

    Kalau kat website memang menimbun..memang susah nak kawal dari budak2 tgk

    BalasPadam
  9. salam,

    perniagaan skrg ni byk yg xtelus ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...