Sambungan dari bahagian 1 DI SINI...
Setelah kakinya sembuh Abah memberitahu yang dia teringin sangat untuk datang ke rumahku tapi aku tidak setuju memandangkan kakinya baru saja sembuh dan dia dia masih berjalan dengan terhencot-hencot. Aku katakan tunggulah dulu biar kakinya betul-betul pulih tetapi abah tetap berkeras untuk datang melihat rumah yang baru aku beli ini.
Pada bulan puasa tiba-tiba abah menelefonku mengatakan dia sudah sampai hampir dengan kawasan rumahku dan mengatakan dia datang bersama adikku yang memandu kereta.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi tetapi menyambutnya dengan gembira.Tiga hari abah tinggal di rumahku dan kami bersahur serta berbuka puasa bersama-sama.Malamnya kami keluar lagi mencari makanan kegemarannya mee goreng mamak bersama teh tarik.Sungguh berselera aku lihat abah makan. Ketibaan Hari Raya juga disambut dengan gembira meskipun kaki abah masih terasa sakit dan kebas.
Sebulan selepas hari raya aku dikejutkan dengan telefon dari emak yang mengatakan abah dalam keadaan tenat kerana tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri.Ketika emak telefon aku terdengar suara orang membaca surah yassin.Emak menyuruh aku balik dengan segera kerana ramai yang berkata 'hidung dan telinga abah dah jatuh'.Aku katakan kenapa tak segera bawa ke hospital? mak katakan kalau bawa pun dah tak sempat. Aku tak setuju kerana naluri aku tidak beranggapan demikian.Aku katakan sempat atau tak sempat bukan kita yang tentukan yang penting kita usahakan dulu dari biarkan abah begitu.Naluri aku mengatakan pasti abah kekurangan gula dalam badan sebab itu dia sudah tiada tenaga lantas aku meminta emak titiskan air gula ke dalam mulut abah dan selepas itu segera bawa ke hospital.
Dalam masa yang sama aku segera memohon cuti dan terus bergegas balik ke kampung.Ketika aku tiba ke hospital abah berada di dalam emergency ward dan ketika aku masuk abah dah boleh bercakap. Melihat aku datang dan bersalam dengannya abah berkata "Abah tak sedar tadi zie..tak tau kenapa tiba-tiba je gelap". Aku hanya tersenyum sambil meminta abah berehat dan dalam hati aku mengucapkan syukur kerana abah selamat.Setelah abah pulih dia ditolak masuk ke dalam ward dan emak tinggal di situ untuk menjaga abah sementara aku balik semula ke rumah untuk kemaskan pakaian aku.Sebelum balik sempat lagi aku usik emak "dah naik balik hidung abah tu ye..hehe" mak hanya tersenyum dan berkata "mana mak tau..dah orang kata jatuh mak pun katalah hidung abah jatuh".
Esoknya aku menggantikan emak untuk menjaga abah.Disebabkan abah juga ada penyakit buasir maka apabila darah tingginya naik... darah akan mengalir keluar dari duburnya.Kerana itu abah terpaksa memakai pampers dan menjadi tugas aku untuk menyalin dan memakaikan dia pampers.Ketika kecil dia pakaikan lampin untuk aku kini giliran aku pula pakaikan untuk dia.Abah juga tidak mampu berjalan lagi maka aku gunakan kerusi roda untuk menolak abah ke tandas.Hari pertama abah masih boleh cuci sendiri tapi masuk hari ke dua abah tak mahu cuci lagi dan minta aku yang buatkan untuk dia.
Aku siram dan cuci serta memakaikan abah pampers sementara abah hanya tercegat berdiri menanti aku siapkan.Sesungguhnya begitulah roda kehidupan... ketika aku dilahirkan abah yang cuci najis dan pakaikan pampers dan lampin untuk aku..kini tiba giliran aku untuk melakukan perkara yang sama pada dia.Ketika termenung ditepi katil tiba-tiba abah berkata "zie..mak tengah masak apa tu" sambil menunjukkan nurse disebelah sana.Aku katakan "itu bukan emak la abah..kita kan kat hospital mana ada mak kat sini.. tak ada sesiapa pun yang masak dalam wad ni" rindunya abah dengan masakan emak...
Esok adalah hari umat islam menyambut hari raya korban bermakna disinilah juga aku beraya kali ini bersama abah.Kerana esok hari raya juga abah juga mahu kelihatan kemas dan meminta aku mencukur janggut dan misainya. Buat pertama kali dalam hidup aku mencukur janggut dan misai abah dan abah meminta aku carikan ketupat dan nasi himpit juadah kegemarannya di pagi raya. Selepas sembahyang raya tekakku terasa dahaga sambil otakku ligat berfikir dimana boleh aku dapatkan nasi himpit dan nasib aku baik bila aku terlihat sebuah kedai makan yang dibuka lantas aku singgah di situ. Mungkin sudah rezeki abah bila empunya kedai mengatakan semua makanan yang dihidangkan diatas meja adalah percuma termasuk lemang , ketupat dan nasi himpit yang abah pesan.Setelah meminta izin mereka bungkuskan nasi himpit untuk aku berikan pada abah.
Setelah seminggu abah semakin pulih dan dibenarkan keluar sementara aku kembali semula ke KL. Terasa lega dan gembira melihat abah kembali pulih dan berjalan seperti biasa namun kegembiraanku tidak lama apabila dipenghujung bulan december sekali lagi emak telefon mengatakan abah kaku terbaring tidak bergerak selepas sempat menjamah kuih semasa sarapan pagi.Emak mengatakan dia sudahpun berada di Hospital Besar Temerloh dan meminta agar aku jangan datang kerana emak diberitahu kemungkinan abah akan dihantar ke hospital KL kerana di Temerloh kemudahan tidak selengkap di KL.Tidak lama selepas itu emak memberitahu abah dalam perjalanan menuju ke KL menaiki ambulance.
Aku mengagak masa perjalanan diantara 3-4 jam dari Temerloh dan ketika aku tiba dihospital abah telah berada didalam emergency wad dan tidak lama selepas itu doctor meminta tandatangan emak untuk membuat pembedahan pada kepala abah untuk mengeluarkan darah beku.Aku menemani emak sehingga jam 3 pagi sebelum aku balik untuk bekerja keesokannya kerana doktor menjangkakan pembedahan kemungkinan siap sekitar jam 4 pagi.. lagipun kami belum lagi dibenarkan melihatnya.
Keesokannya aku datang untuk melawat abah yang ketika itu telah berada didalam wad ICU.Aku tercari-cari dimana abah sehinggalah nurse tunjukkan padaku.. rupanya dia terbaring dikatil berhampiran tempat aku berdiri.Keadaannya ketika itu membuatkan bukan saja aku malah emak juga tidak mengenalinya (itulah foto terakhir abah yang aku dapat ambil ketika di ICU) Aku sangkakan hanya sedikit saja kepala abah dibelah rupanya dibelah dari bahagian kiri terus ke kanan.
Hari demi hari berlalu abah masih terlantar tidak sedarkan diri dan setiap hari juga selepas waktu bekerja aku akan membawa emak yang tinggal di rumahku pergi melihat abah kerana emak tidak dibenarkan menjaga abah didalam wad ICU.Seminggu berlalu hingga memasuki tahun baru (2009) abah masih belum sedar.Setelah itu doktor memanggil aku dan mengatakan abah sebenarnya hanya bergantung kepada bantuan peralatan yang disambungkan pada tubuhnya dan sekiranya peralatan tersebut ditanggalkan keadaannya hanya 50/50 serta sedikit bergantung pada keajaiban mengikut andaian doktor.Aku hanya mampu mengangguk faham dan menurunkan tandatangan tanda setuju bagi doktor menanggalkan semua peralatan ditubuh abah.
Esoknya yang bertarikh 3-1-2009 adalah hari lahir aku...ketika aku termenung didalam bilik aku dikejutkan dengan panggilan dari pihak hospital mengatakan "ayah encik sudah tiada lagi..sila datang ke hospital untuk menguruskan jenazah..." innalillahiwainnailahirajiun...aku menerima berita dengan tenang tanpa setitis pun air mata aku tumpah kerana aku juga tidak sanggup lagi melihat abah terlantar derita.. sesungguhnya Allah lebih menyayangi abah dan semoga Allah tempatkan abah bersama dengan orang yang beriman..aku redha dengan ketentuannya.Ketika aku memandu mengiringi van jenazah menuju pulang kekampung air mataku tidak dapat ditahan lagi.. mengalir laju saat terkenangkan memori bersama abah , pengorbanan abah dan jasa-jasa abah yang tidak mungkin menjelma kembali.
Satu ketika dahulu pada tarikh yang sama kelahiranku ke dunia disambut olehnya dan pada tarikh ini juga dia pergi meninggalkan aku.Aku redha dengan ketentuannya dan selepas ini hari lahirku disambut dengan doa untuk diriku dan juga doa untuk abah.Cukup sayu bila kukenangkan detik itu dan airmata aku menitis ketika aku coretkan kenangan ini...terasa rindu pada abah..Ya Allah ya tuhanku tempatkanlah abah di sisi orang-orang yang soleh..dan ampunilah segala dosa-dosa abah..Al-Fatihah..Aminnnn...
Al-Fatihah...
BalasPadamsemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman...
sedih baca n3 ni...tingat kat pengalaman sdiri.. :'(
salam..
BalasPadammoga aok tabah Ozzy..
al-fatihah..moga arwah dtempatkan dkalangan org2 yg b'iman..sedey baca cita en.ozzy nie..
BalasPadamAlfatihah utk arwah, semogaarwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.Amin..
BalasPadamsalam semua..
BalasPadamTerima kasih dengan doa anda semua..
Kenangan di hari lahir yang agak menyakitkan..
BalasPadamTapi,itulah hidup..
xselalunya indah..
Semoga roh arwah bro ozzy ditempatkan dalam kalangan orang beriman.InsyaAllah.
tabahkah hati..saya pernah alaminya...sebak kdg kala..walau dah 15 tahun...
BalasPadamkehilangan amat menyakitkan..
BalasPadam..alfatihah....
Salam,
BalasPadamTerharu Sweetie membaca post ni. Jadi Ayah Ozzy telah tiada rupanya. Ozzy sebagai anak telah berjaya mengembirakan hatinya dan menjaganya ketika dia sakit.Semoga rohnya juga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Salam...
BalasPadamSedih bc kisah di atas. Teringat kembali peristiwa lama. Saya juga dulu jadi yatim sejak umur 6 tahun. Tak sempat nk merasa kasih syg abah. abah saya tentera.seawal 4 pg dah kena keluar kerja sbb rumah dan tempat kerja jauh tp sudah ajal. Abah terlibat dlm kemalangan sewaktu nk sampai bukit kayu hitam....
Entry yg menyentuh hati :-(
BalasPadam