23 Jun 2010

TERUNA vs DUDA

Seperti juga golongan wanita lelaki atau teruna hari ini turut menempuh masalah dalam memilih pasangan hidup.Tidak dinafikan nisbah kaum wanita kini semakin tinggi berbanding lelaki.Kaum lelaki kini dilihat mempunyai berbagai variasi pilihan samada jenis sosial,yang kuat pada pegangan agama ataupun gadis biasa.Meskipun mempunyai banyak pilihan namun dikalangan lelaki hari ini didapati semakin ramai yang lewat kahwin atas beberapa faktor termasuklah kos atau belanja kahwin yang semakin meningkat.

Jika 20 tahun dulu peratusan lelaki yang ingin kahwin awal iaitu usia dibawah 30 tahun lebih tinggi dari lelaki zaman ini.Antara alasan utama adalah wang hantaran atau belanja kahwin yang semakin tinggi.Jika dilihat wanita hari ini kita semua perlu akui bahawa mereka lebih dominan  menguasai bidang akedemik berbanding lelaki seperti yang dilihat di pusat pengajian tinggi.Dengan kelayakan yang tinggi ini juga peluang mereka merebut tempat didalam sektor pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan juga lebih cerah.Situasi ini juga dilihat seperti persaingan sesama wanita manakala lelaki kian terpinggir dan semakin melebarkan jurang persaingan.

Satu advantege buat lelaki bujang hari ini kerana mereka punyai banyak pilihan tetapi 'disadvantage' pula pada kaum wanita apabila mereka mudah ditinggalkan.Wanita hari ini lebih cepat matang dan lebih bersifat terbuka dalam apa jua perkara.Segala info atau topik yang dulunya dianggap memalukan kini dapat diperolehi dengan mudah samada melalui majalah , kaca tv atau dari internet yang lengkap memberikan gambarajah beserta detail.Justeru itu malam pertama tidak lagi dianggap malam yang mendebarkan buat mereka.Wanita dahulu jika lelaki memandangnya agak malu dan segera alihkan muka tapi wanita hari ini siap dengan senyuman manja lagi tetapi ianya bukan isyarat yang mereka semua mudah ditakluki dengan mudah.Wanita hari ini juga lebih lantang berhujah dan ini menimbulkan masalah pada pasangan yang sebaya dengannya.

Apabila ianya kerap berlaku maka timbul persoalan pada dirinya samada lelaki tersebut layak mengemudi rumahtangga seandainya mereka telah berkahwin.Justeru itu ada yang mencuba mencari kekasih yang karektornya jauh lebih berbeza antaranya memilih bangsa asing atau mencari pasangan yang lebih berusia. Tidak hairanlah apabila ramai wanita yang berkata pasangan yang sebaya sungguh membosankan kerana perhubungan mereka sering dipenuhi dengan pertengkaran dan sikap merajuk dari kedua-dua pihak.

Pihak lelaki pula semakin tersepit dalam membuat pilihan kerana banyak ciri-ciri yang mereka cari semakin pudar pada wanita hari ini. Mereka beranggapan untuk mencari teman memang mudah tetapi untuk dijadikan calon isteri semakin payah.Antara ciri-ciri tersebut ialah seorang yang bukan hanya pandai memasak tetapi juga rajin memasak.. rajin mengemas rumah dan menghormati suaminya.Apa yang dilihat hari ini jika dinilai pada paras rupa sememangnya ramai yang menawan apatah lagi bersama makeup yang mahal tetapi apa gunanya jika bangun tidur jam 10 pagi..rumah bersepah dan tidak tahu memasak hanya bijak memberi alasan.Mereka berkata bukan mencari yang terlalu sempurna cukup hanya jika dapat menguasai perkara asas iaitu tugas sebagai seorang isteri.

Menambahkan lagi kemelut ini apabila memasuki fasa hantaran kahwin. Kini hantaran dengan hanya menunjuk '10 jari' dari bakal mertua bukan lagi perkara asing..alasannya belanja barang semakin mahal. Namun sekali lagi pihak lelaki akan berfikir berbaloikah belanja sebanyak itu jika sekadar memiliki seorang isteri yang hanya sebagai teman ditempat tidur? lebih-lebih lagi jika lelaki tersebut hanya pekerja biasa yang terpaksa mengikat perut menyimpan duit untuk tujuan berkahwin.. jika berhutang pastinya menimbulkan lebih banyak beban dan implikasinya dapat kita lihat semakin ramai yang kembali solo.Maka kerana itulah ramai diantara mereka beralih pula pada janda yang telah memiliki segalanya kerana mereka beranggapan ini lebih berbaloi meskipun mereka terpaksa menjadi seorang yang hipokrit.Menariknya senario yang kian meningkat pada abad ini adalah setelah bergelar isteri mereka kembali menjalin hubungan dengan lelaki yang lebih muda yang dulunya mereka anggap tidak matang.Namun matlamatnya adalah jelas dan boleh dianggap 'memberi dan mencari peluang'.Begitulah sikap keterbukaan dalam era globalisasi kini...

Apabila bergelar duda ianya lebih memberi banyak ruang pada lelaki tersebut dalam membuat pilihan apatah lagi jika dia sudah mempunyai anak.Mereka dilihat lebih matang dan lebih bijak melayan kerenah seorang wanita maka tidak hairanlah duda kini lebih mudah mengusai wanita kerana wanita tersebut merasa lebih selesa samada dari segi layanan dan perhatian.Mereka juga kurang gelojoh atau kelam kabut dan kurang memaksa samada dari segi mental atau fizikal.Ada juga diantaranya membuat hubungan dengan janda atas faktor belanja perkahwinan yang lebih murah tapi biasanya kecenderungan mereka memilih anak dara lebih tinggi sekiranya di tanya pada isi hati mereka namun ia bergantung juga pada sumber kewangan dan penerimaan wanita tersebut lebih-lebih lagi layanan pada anaknya.

9 ulasan:

  1. entry yg sangat menarik, tp jika dilihat pada zaman sekarang ini saya rasa sukarnya bagi seorang lelaki baik perempuan tidak kira duda, janda, anak dara atau anak teruna mencari keikhlasan cinta yang sebenar, kerana terlalu banyak perkara yang berasaskan nafsu semata - mata dan ada sesetengahnya berdasarkan latar belakang yang menjadikan mereka lebih gemar membujang atau mencari yang lebih berpengalaman, lalu wujudnya cinta si teruna dgn si janda, si anak dara dengan si suami orang dan sebagainya.. ah, dunia ini memang macam - macam..

    BalasPadam
  2. Moral jangan membujang dan memduda sampai tua. Kehidupan tidak ceria dan sunyinya sebuah kehidupan.

    BalasPadam
  3. salam..
    rasanya keterunaanku..
    telah di renggut seorang
    dgadis yang kini menjadi ibu kepada
    anak-anakku..he he

    BalasPadam
  4. gadis yg baik utk lelaki yg baik..
    fikir-fikir kan lah ..

    BalasPadam
  5. mcm komen dlm n3 yg lps tu...
    title duda lbh selamat dr janda/andartu...
    duda tdk dipndang serong...

    BalasPadam
  6. lambat atau cepat
    cepat atau lambat
    yang dikasih biar tepat
    yang tepat ketulusan pun hebat

    BalasPadam
  7. ahaks...

    aku dah lepas dah.. kahwin last year..
    pasal hantaran yang tinggi ni memang satu alasan yang menyebabkan ramai golongan lelaki bujang tawar hati nak berkahwin...

    iya la hantaran je dah 10K+++....tu tak campur barang hantaran lagi... kenduri lagi.. apa lagi...

    aku pernah bukak topik ni ngan kawan2 yg masih bujang kat kedai kopi hari tu..

    alasan... nak kahwin banyak pakai duit... uhuks... yupp tu aku tak tolak.. memang paling koman pun pihak lelaki kena ada dalam 25K+ kat tangan.. tu pun kalau nak wat kecik2...

    hantaran + barang hantaran + majlis kenduri + hiasan dalam umah + etc..

    kalau buat kecik2.. nanti dipandang serong plak.. tu silap masyarakat skarang... ada la kata ala kena tangkap basah ke apa ke..

    so....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...