Aku ingin huraikan sedikit perbezaan tersebut berdasarkan pergaulan dengan rakan-rakan yang berlainan negeri.Walau apapun ini hanyalah pandangan kasar dari kacamata dan pemerhatian aku sahaja..
i) RAKAN JOHOR
-Apa yang aku lihat rakan dari Johor kebanyakannya bersikap terbuka dalam berbagai perkara samada pergaulan atau pemikiran.Mereka juga amat berhati-hati ketika memberikan pendapat atau berhujah dan mudah juga menerima pendapat orang lain.Hubungan kekeluargaan juga tidak terlalu rapat dan kadangkala berlaku sedikit percanggahan sesama mereka.Mereka juga mempunyai pendirian yang kuat dan tidak mudah goyah atau dilebur serta semangat yang cukup kuat.Dikalangan mereka tidak ramai yang percayakan bomoh atau perkara tahyul. Mereka juga lebih bersikap negarawan dan ramai antaranya amat bencikan singapura. Hubungan dengan rakan-rakan walaupun berlainan negeri dijaga dengan baik terutama dalam pertuturan yang berhemah.Dalam mencari pasangan mereka juga agak flexsibel dengan calon dari mana-mana negeri serta mudah disenangi dan disayangi.
ii) RAKAN MELAKA
-Sebut sahaja orang Melaka boleh dikatakan semua orang tahu dan melabelkan mereka 'mulut celupar'.Apa yang aku perhatikan bahasa yang mereka gunakan sesama mereka pada orang lain memang kelihatan kasar dan sukar diterima oleh rakan dari negeri lain tetapi bagi sesama mereka ianya dianggap biasa hatta antara adik beradik sekalipun.Namun bila bersama rakan dari negeri lain mereka lebih menjaga bahasa yang mereka gunakan.Ayat seperti 'lahabau kau' , 'celaka kau' atau 'sial' dianggap sebutan biasa sesama mereka.Hubungan kekeluargaan juga rapat dan walaupun pertuturan sesama mereka nampak kasar tetapi hubungan keluarga serta saudara mara tetap dijaga dengan baik terutama pada orang tua.Dalam mencari pasangan agak sukar kerana ramai rakan dari negeri lain 'gerun' dengan gaya dan pertuturan mereka dan akan berlaku banyak masalah jika bertembung dengan pasangan dari Kelantan atau Negeri Sembilan.Ramai diantara mereka juga lebih gemar mencari pasangan dari luar kerana cuba mengelak dari tradisi 'riuh' ini.
iii) RAKAN NEGERI SEMBILAN
-Mereka amat menjaga dan amat fanatik dengan hubungan kekeluargaan antara adik beradik atau saudara mara.Tidak hairanlah jika kenduri kendara sentiasa penuh dengan adik beradik mereka. Kerana ingin menjaga hati adik beradik dan saudara mara...mereka seringkali mengaitkan kesalahan orang luar bila berlaku sesuatu perkara.Kelompok mereka juga masih ramai yang percaya dan taksub dengan bomoh dan alam ghaib.Dalam mencari pasangan mereka sebolehnya mengelak dari orang Kelantan kerana masing-masing amat pertahankan keluarga masing-masing dan sukar mahu mengalah.Selain itu mereka juga sebolehnya mengelak dari bertemu dengan pasangan dari Melaka tetapi masih boleh diterima tidak seperti dari Kelantan.Pilihan utama adalah dari negeri yang sama.
iv) RAKAN PAHANG
-Rakan dari Pahang kebanyakannya bersikap agak curiga pada rakan dari negeri lain.Mereka mengambil masa yang agak lama untuk rapat dengan rakan berlainan negeri.Mereka lebih selesa bergaul sesama rakan senegeri terutamanya jika dikalangan mereka bercakap dalam loghat yang agak 'pekat'.Atas faktor ini juga mereka agak segan untuk mendekati rakan baru berlainan negeri melainkan jika mereka boleh menguasai pertuturan biasa tetapi mereka tidak menolak jika didekati..dalam ertikata lain mereka segan mendekati tapi lebih suka jika didekati.Hubungan adik beradik tidak terlalu rapat dan ada kalanya kerap bercanggah pendapat dan mereka juga tergolong dalam kelompok yang agak sensitif dan mudah terasa hati terutama dalam pergaulan.Mereka juga tidak bersikap terlalu fanatik pada negeri kelahirannya tapi lebih menonjol sebagai negarawan.Dalam mencari pasangan juga mereka lebih flexible dengan mana-mana negeri dan tidak mengutamakan negeri yang sama.
v) RAKAN TERENGGANU
-Sikap rakan dari Trengganu juga tidak jauh berbeza dan hampir sama dengan rakan dari Pahang yang mana mereka juga lebih selesa bersama komuniti mereka yang bertutur dalam loghat yang 'pekat'.Mereka juga tidak terlalu fanatik dengan semangat kenegerian dan tidak terlalu menonjol dengan semangat negarawan.Dalam erti kata lain mereka ini lebih 'low profile' dan tidak terlalu membanggakan diri sebagai anak Terengganu kerana mereka tenggelam dengan jiran mereka iaitu Kelantan yang lebih menonjol dan lebih 'garang'.Dalam mencari pasangan mereka juga agak flexible terutama dengan orang Pahang dan pasangan senegeri.
vi) RAKAN KELANTAN
-Sebut saja negeri ini satu negara tahu dengan sikap fanatik mereka. Aku juga mempunyai ramai rakan baik dari negeri ini.Semangat kenegerian tidak perlu dipertikaikan lagi dimana boleh dikatakan kesemuanya berbangga mengakui diri mereka anak jati kelantan.Walaupun mereka sering dikaitkan sebagai 'gedebe' tetapi mereka amat pandai menyesuaikan diri dan mengikut rentak rakan dari negeri lain.Dalam bab memujuk rayu terutamanya lelaki memang sukar ditepis.Bijak bermain dengan kata-kata bersama lenggok bahasa yang ramah serta pandai mengambil hati membuatkan mereka mudah didampingi.Tidak hairanlah hampir di seluruh negeri pasti ada anak kelantan yang berniaga.Satu perkara yang tidak disenangi oleh rakan dari negeri lain adalah apabila mereka bertemu sesama mereka maka rakan tersebut akan merasa dipinggirkan.Hubungan kekeluargaan juga amat rapat dan sering menutup kelemahan anggota keluarga dari pihak lain.Dalam mencari pasangan mereka lansung tidak kisah dari negeri mana sekalipun cuma sering sukar untuk diterima oleh keluarga pasangannya terutama dari Melaka dan Negeri Sembilan.
vi) RAKAN UTARA ( PERAK , KEDAH , P.PINANG & PERLIS )
-Kelompok mereka dari semua negeri di Utara adalah bersikap hampir sama.Hubungan kekeluargaan sering bermasalah dan tidak rapat serta banyak menimbulkan persengketaan atau percanggahan pendapat sesama adik beradik mahupun saudara mara.Mereka juga lebih menghormati dan rapat dengan pihak luar berbanding sesama adik beradik atau saudara mara dan kerana itu mereka tiada masalah untuk rapat dengan rakan-rakan dari mana-mana negeri..Kelebihan yang mereka miliki adalah dari segi lenggok suara serta sebutan yang jelas semasa mengaji atau azan.Dalam mencari pasangan meskipun pilihan sesama mereka pada awalnya tiada masalah tetapi mula timbul setelah berumahtangga.Satu advantage pada pasangan mereka yang berasal dari negeri lain terutamanya Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan kerana mereka lebih cenderung ke sana dari balik ke Utara.
Apa yang aku catatkan hanyalah dari pandangan aku sendiri dan tidak semestinya semua fakta tersebut adalah benar dan mungkin bercanggah pada pandangan rakan lain.Aku sekadar mencatatkan berdasarkan pemerhatian dan pandangan peribadi aku sahaja kerana aku suka menilai sikap manusia.Walauapapun satu perkara yang sama pada hampir setiap diri kita orang melayu adalah kita bersikap sensitif dalam banyak perkara.
Serba salah kawan membaca entri aok nei hehehe.. nak sokong negeri mana pun tak tahu.. yang pasti kawan tidak ada menyimpan rasa curiga, namun tetap bertegas dalam perkara yang benar dan hak. Dalam taksiran aok nei TQ pandangan yang telus.
BalasPadamsalam ziarah..
BalasPadammoga anda sihat
selalu..
rasanya ini pendapat peribadi anda ozzy
yang nyata rambut sama hitam hati lain2
emm..ade btol jgk nie..mijie pun perasan..johor, melaka n n9 je kurang psti coz kurang kenali mereka dgn lebih rapat..
BalasPadameh... aq scroll dari atas ke bawah 3 kali x jumpe dari sabah dan sarawak... ahaks~
BalasPadamSalam.....
BalasPadamKaizen <--- hahaha, mungkin dalam proses.
Ozzy, mmmm ada betulnya tp x semua macam tu...
wah...macam betoi ja ozzy...tapi org utara rapat jugak ngan adik beradik cuma mungkin kasar sket gaya bahasa...cakap terus terang x simpan2...
BalasPadamanyway entry kamu terbaik...saya suka membaca setiap entry tuan...teruskan..two thumbs up!!!
stuju dgn keli oh keli.. org utara cara ckp memang nmpk kasaq... dgn adik beradik pun sama... besalaa melawak kasaq... tp sebenaqnya dak... ikut keluarga masing2 la kn...
BalasPadamsy hnya ada rakan maya jek huhuu..
BalasPadamsalam...
BalasPadamikut daerah kot...
sbb family koi rapat,org lain yg koi kenal pun camtu...kala bab terima org luar,org phg la yg paling terbuka...mudah jer berkawan x kira ngn org dr mane...yg n.9 ngn kelate tu koi setuju...mmg member dr kelate pernah gtau hal ni...satu lg,kelate ngn ganu pun x bape ngam..
ku orang johor...hehe.bangga nih,..
BalasPadamsalam semua..
BalasPadamterima kasih atas komen anda semua..seperti yg saya katakan itu hanyalah pandangan peribadi saya atas pengalaman dan pergaulan sesama rakan..ini bukan bermakna semua sikap tersebut ada pada setiap individu disetiap negeri yg berlainan..walau dari negeri mana sekalipun kita tetap bersahabat..wassalam
mau urang johor la :)
BalasPadamsaye owang johorr.:)
BalasPadamsaya orang utara (penang + kedah), but sekarang merantau belajar di johor..
BalasPadampandangan ozzy tu mgkin pandangan perbadi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri kan? hihi good writing.. best!
but, bg anna, hubungan kekeluargaan sgt penting. anna yg dilahirkan di utara tetap mementingkan family walaupun berjauhan buat masa ni. ianya berbalik kpd cara didikan family tu sendiri la kowt~
btw, nice article.. =)
ahaks.. seronok baca nie..
BalasPadamsaya lahir di kelantan.. dibesarkan merata2..
saya bangga jadi anak kelantan... ahaks..
semangat kenegerian tu semua ada...
mula2 x reti gak nak berkawan ngan orang Johor.. sebab kalau x kenal rapat.. kita nampak diaorang cam sombong.. jangan mara ye orang johor.. tp bila dah kenal rasa ok je..
maybe sebab org johor ni kurang bercakap (bro kata diaorang jaga pertuturan) so nampak la cam berlagak... tapi ramai gak kawan2 dari sana...
orang negeri terengganu, ramai sgt kawan.. sebab pertuturan x jauh beza... pahang pun ramai.. sebab dibesarkan disini gak...
pasal org melaka & negeri sembilan.. awal2 memang angin je.. iya laa selalu cakap something yg org negeri lain rasa cam kurang ajar.. tapi dah 5 tahun kat sana.. ok je.. bahasa je kurang sedap tapi baik hati.. ahaks
org utara... ok kut.. masa study kat melaka.. kebanyakan classmate orang sana.. sampai pertuturan pun dah ikut.. sapa2 x kenal sure ingat dari sana.. ahaks..
semua ni actually sebagai guide.. tak semua betul.. baik buruk seseorang semua dari dirinya bukan dimana asalnya...
entri ni boleh jadi isu panas ni..
BalasPadamhehe
saya owg Kedah..
owg kelate;
walaupun kurang menggemari cara mereka..
terutama apabila dalam kelompok yg ramai..
pasti bising..
tetapi rasa terubat dengan gaya bahasa yg dilagukan mereka..
yang pandai menyusun ayat sebaik mungkin..
dan juga sapaan yang jelas ikhlas
dan x ssh untuk bergaul dgn mereka
owg selatan
last but not least
setakat sekarang owg selatan lah plng sombong bagi saya..
seolah2 berat sgt nak tegur owg..
bagai kan ada emas yg akan keluar dri mulut jika terbuka..
mungkin kerana latar belakang mereka yg jauh berbeza dgn kehidupan saya
kalau senyum pun macam x ikhlas ja..
Paling respect mestilah
sabah dan sarawak..
Sentiasa terbuka dalam pelbagai aspek..
senang dgn cara mereka
senang bergaul..
P/s: cumalah pendapat peribadi de'din
pendapat anda sangat tepat sekali.saya juga mempunyai ramai teman yang dari pelbagai bngsa dan budaya walaupun di usia yang masih muda..
BalasPadamnamun di sini,apakah yang dapat anda kata sekiranya bangsa campur???
oghang peghelih mmg kasaq tp baik ati wooo...hihi
BalasPadamohoho besh owh artikel ni LIKE LIKE LIKE ;)
BalasPadamstuju tang ore kelate tuh. mmg puok2 dio ni kuat la. g la mano pun kan.
eh ozzy pernah dgr chinese kelantan bercakap. majoriti pure loghat kelate tau pekat siap semua nahu nahu laaa...terlopong hany dgr. bukan setakat chinese, siam pun mcm tuh.
kalau chinese negeri lain tak ramai la yg boleh ckp loghat dgn pekat...
**ozzy mintak kebenaran nak share artikel ni kat belog hany boleh??**
Mzhany...
BalasPadamSekadar catatan pengalaman sepanjang mengenali ramai rakan2 yg berlainan negeri.
Chinese ckp kelantan mmg biasa dgr..kalau kat penang atau kedah pun sama diorg ngikut loghat tpt diaorg tinggal.
Nak share x de masalah..ambillah saya izinkan...
Awek kome orang n9 guana?
BalasPadam