Perkara asas sepertimana kita belajar mengenal huruf a b c hingga z atau membilang 1 hingga 10 atau mengaji dari alif hingga ya.Bermula dengan yang asas inilah kita meneroka lebih jauh hingga menjadi mahir.
Kehidupan kita seharian pastinya akan berdepan dengan berbagai perkara asas yang mungkin membuatkan kehidupan kita samada menjadi lebih mudah ataupun kita sendiri tidak mahu ambil tahu.
Namun sekiranya banyak perkara asas yang kita tahu bukan hanya memudahkan hidup kita malahan ia mungkin boleh menjimatkan wang saku selain dari di tipu oleh kelicikan peniaga sekarang yang semakin rakus menipu.
SAYUR
Kita pastinya teruja apabila melihat sayur yang dijual di pasar kelihatan segar terutamanya sayur sawi, kangkung, kailan dan sayuran berdaun lainnya.Kerana itu ramai yang akan memilih sayur yang kelihatan segar tersebut tanpa kita sedari ianya telah disembur dengan racun.Aku lebih suka memilih daun yang dimakan ulat dan kangkung paya atau ulam kampung.Jika ingin memilih kobis pilih yang berat kerana isinya lebih padat berbanding dengan kobis ringan yang dijual dengan harga yang lebih murah.
Ketika memilih sayur bendi pula jangan terpedaya dengan helah peniaga yang mematahkan hujung bendi tersebut untuk memberitahu bendi tersebut muda.sebaiknya kita pilih yang lembut bila dipicit dan jika dipatahkan hujungnya akan berlendir menandakan ia muda dan masih baru.
IKAN
Seperti entry aku sebelum ini ikan yang dijual dipasar kini banyak diimport dari negara Thai dan sememangnya kita tidak ada banyak pilihan.Bagaimanapun kita masih boleh melihat perkara asas ketika memilihnya itupun jika membeli dengan memilih ikan tersebut kerana sekarang aku dapati ramai wanita yang pergi ke pasar hanya main tunjuk samada takut tangan tu kotor atau segan nak pilih maka dapatlah 'ikan tunjuk'...kalau pergi ke pasar berpakaian macam nak pergi shopping atau ke kenduri kahwin dengan control ayu lagi mestilah malu nak memilih..jadi tunjuk jelah..sudahnya bawa balik ikan busuk penamatnya terus ke restoran cari 'lauk tunjuk'.
Kebiasaannya ketika memilih ikan kita akan melihat pada insangnya.Jika insangnya masih merah ramai beranggapan ikan tersebut adalah ikan baru tapi jangan terpedaya kerana peniaga sekarang semakin hebat menipu dengan meletakkan pewarna pada insang tersebut.Jadi perhatikan struktur ikan dibahagian lain kerana menjadi kemusykilan bila insangnya merah tapi ikan tersebut lembik dan perutnya telah pecah.
Ramai yang mengeluh bila terbeli ikan pari yang berbau hancing dan untuk menghilangkan baunya cukup susah meskipun telah direndam dengan air limau nipis atau asam jawa.Apa yang aku lihat kaum wanita samada malu atau memang tak tahu nak pilih ketika membeli spesis ikan ini.Pernah aku menegur seorang akak supaya memicit ikan tersebut dan mencium baunya sebaliknya dia hanya mencebik..confirm dapat ikan pari hancing. Perkara asas yang perlu kita tahu dikatakan bahawa ikan ini juga seperti manusia yang 'datang bulan' kerana itu jika terbeli baunya cukup kuat.Untuk memastikan kita tidak terbeli ikan 'datang bulan' ini picit dibahagian bawahnya yang mengeluarkan darah maka serta merta akan keluar bau hancingnya yang cukup kuat kerana itu semakin ramai peniaga yang menjual ikan ini yang telah siap dipotong..masih tetap juga nak menipu.
Untuk membeli ketam pula pastikan ketam tersebut berat dan biasanya ia kelihatan comot bersama 'telur' disekelilingnya.Ini menandakan isinya juga padat dan banyak dan dikatakan dalam keadaan subur pada waktu itu.Jangan terpedaya melihat saiz ketam yang besar dan kelihatan bersih kerana bila dikupas kulit dalamnya kosong termasuk sepitnya sekali.
MADU LEBAH
Kita semua tahu madu lebah mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan.Kerana khasiatnya dan ianya semakin sukar ditemui maka harga madu lebah turut meningkat.Apabila pasaran meningkat maka muncullah ramai penipu untuk mengaut keuntungan.Ramai yang terpedaya dengan madu lebah yang telah di campur dengan gula merah dari peniaga yang tamak dan suka menipu.Kerana itu kita perlu juga tahu asasnya dalam memilih madu lebah.Ketika memilih madu lebah pastikan tiada semut pada madu tersebut kerana semut tidak akan hinggap pada madu lebah sebab sifat madu yang 'panas'.Aku juga pernah pertikaikan pada seorang peniaga apabila terlihat semut yang ada di dalam madu yang dijualnya tapi dia enggan mengaku.. mungkin dia sendiri tidak tahu kerana dia hanya menjualnya...alasannya madu kan manis memanglah semut suka.. nampak sangat yang dia tak tahu !!.
Jika di rumah walau lama mana sekalipun madu tersebut disimpan semut tidak akan hinggap kecuali semut merah yang halus itupun hanya sekadar hinggap dan tidak masuk kedalamnya.Ramai juga yang menyimpan didalam peti sejuk untuk mengelakkan dari dikerumuni semut kerana mereka tidak tahu rupanya madu tersebut telah dicampur dengan gula merah.Madu juga tidak sepatutnya disimpan didalam peti sejuk kerana akan menghilangkan khasiatnya.Aku beranggapan sekiranya terbeli madu yang di kerumuni semut sebaiknya buang sahaja kerana bukan khasiat yang kita dapat sebaliknya penyakit yang menanti.

salam ozzy..
BalasPadambagus info ni
ramai yang tak tahu
terima kasih berkongsi
good info...jimat3..
BalasPadaminfo yg sangat berguna...
BalasPadamthanks sifu.. :)
Dapat tips membeli ikan, sayuran dan madu disini terima kasih diatas info yang baik drp anda.
BalasPadamKawan bagi satu tips membeli petai pulok...
jika nak membeli petai carilah isi/ buah/matanya rapat-rapat jika yang sebatu satu tu tentu isinya ada ulat didalam.
info yang sangat berguna..tQ:)
BalasPadambagus tol info dalam ni...byk gak yang aku tak tau..thanks
BalasPadaminfo yg bgus...sharing is caring..hehe
BalasPadamtips menarik
BalasPadamsaya antara wanita yang tidak tahu memilih ikan
BalasPadamsedih gak, dah tetua pun masih terkial memilih ikan segar
jadi tips ini sangat berguna
tq
Jom baca entri terbaru saya : sesak nafas
fuuuyooo ozzy thanks for infooo ye bagus2
BalasPadamerr x boleh nak memilih sbb kat kedai dah siap masak.. nak beli yg mentah, xde tukang masak hehe..
BalasPadam