Setelah abah meninggal dunia kami menyediakan persiapan untuk majlis membaca yassin dan tahlil.Inilah kelebihan masyarakat di kampung berbanding di bandar.Semangat tolong menolong dan hidup berjiran sesama umat islam.
Di tempat kami setiap kali majlis diadakan samada kenduri kahwin atau kematian sudah menjadi tradisi setiap dari penduduk akan bersedekah samada gula atau beras.Memang tidak menjadi masalah langsung pada kedua-dua bahan asas tersebut.
Masih aku ingat sewaktu zaman kanak-kanak dahulu jika ada berita dikalangan penduduk meninggal dunia maka semua penduduk akan meluangkan masa menziarahi arwah..tidak perlu dijemput atau dipanggil masing-masing akan segera berkunjung pada malamnya untuk membaca yassin dan tahlil.Apa yang mengejutkan kini tradisi atau pemikiran penduduk telah berubah.Aku sangkakan mereka tidak perlu dijemput kerana masing-masing tahu abah telah meninggal dunia apatah lagi mereka telah hidup berjiran telah lebih 30 tahun..sama-sama berhijrah dan sama-sama menebas hutan.
Aku merasa pelik kerana emak menyuruh aku menjemput mereka dari satu rumah ke satu rumah namun aku tidak setuju kerana aku beranggapan ini adalah majlis tahlil dan untuk membaca yassin lagipun abah adalah sahabat lama mereka dan tidak pernah bermusuh dengan mereka.Emak mengatakan itu dulu tapi sekarang kalau tidak dijemput mereka tidak akan datang kerana mereka beranggapan jika mereka datang dan menjamah hidangan ia dikira haram kerana tidak dijemput oleh tuan rumah.Astaghfirullahalazim... sungguh aku terkejut kenapa hanya sekarang ..di zaman ini baru mereka bangkitkan hal itu??..mereka adalah orang yang sama ketika zaman aku kanak-kanak dulu yang tidak perlu dijemput ketika jiran mereka meninggal dunia..apakah makanan yang mereka makan dahulu adalah haram??..
Aku merasa amat kecewa dan juga keliru lantas berkata pada mak "kalau mereka itu semua kawan abah .. sepatutnya mereka fikirkan pasal tahlil dan membacakan yassin buat arwah..bukan persoalkan pasal makan .. kalau rasakan makan itu haram, jangan makan.. sekurang-kurangnya ziarah dan sedekahkan bacaan surah yassin buat arwah..apakah itu juga salah??".Emak berkata memang sekarang mereka semua beranggapan begitu dan kalau tak percaya cuba tengok.Aku bertanya lagi "bagaimana pula selepas bersembahyang dimasjid tiba-tiba mereka diminta untuk membaca tahlil dan membaca yassin seterusnya dihidangkan dengan jamuan makan atau hanya minum..apakah itu juga dikira haram??.. emak enggan menjawab hanya meminta aku pergi menjemput mereka.
Meskipun tidak setuju kerana emak aku turuti juga namun dalam diam salah seorang dari mereka aku tak jemput kerana aku ingin lihat sendiri apakah betul dia tidak akan datang.Malamnya semua yang aku jemput hadir dan memang benar jiran yang aku tidak jemput memang tak hadir...bermakna betul kata emak jika tak dijemput mereka tak akan hadir.Setelah majlis selesai aku memberi ucapan terima kasih pada semua yang hadir dan sekaligus menjemput mereka untuk malam yang berikutnya untuk melengkapkan 3 malam berturut-turut kerana aku beranggapan malam seterusnya tidak perlu lagi aku menjemput mereka datang.Malangnya emak mengatakan mereka masih perlu dijemput setiap hari jika tidak mereka tetap tidak akan datang.
Aku tertanya-tanya kenapa begitu sekali masyarakat yang dulu hidup berjiran dan saling tolong menolong kini berubah menjadi begitu 'calculative'..dan menjadi 'selfish'.Aku mencongak kearah generasi yang akan datang bagaimana pula ragamnya..yang aku pasti semangat kejiranan mula kian pupus dan perlahan-lahan terhakis berpunca samada dari fahaman politik yang semakin ekstrem atau peredaran zaman yang semakin mengubah pemikiran manusia.Apa yang aku ingat abah bukanlah seorang aktif berpolitik malahan aku sendiri tidak tahu dia menyokong parti mana kerana semasa hayatnya abah tidak keberatan untuk mengikuti rakannya walau dari parti mana sekalipun.. ceramah BN dia pergi ceramah PAS pun dia pergi.Oleh kerana perbezaan politik ini juga masyarakat disini turut berpecah hingga sembahyang juga mereka memilih surau-surau tertentu dan bukan lagi ke masjid.Majlis kahwin turut menerima tempiasnya yang mana ada kalangan mereka juga tidak akan ke majlis yang berlainan dengan partinya.
Malam ke tiga dan malam terakhir aku tidak sempat memanggil kesemua mereka dan antara yang tidak sempat aku panggil adalah ketua dikawasan kami.Esoknya ketika selesai sembahyang jumaat aku bertembung dengannya dan meminta maaf kerana tidak sempat menjemputnya tetapi sengaja aku bertanya "kenapa tak datang malam tadi?" dan dia menjawab dengan nada sinis "ohh..ingatkan kenduri untuk orang perempuan .. sebab nampak orang perempuan je ramai"... memang la ramai nampak orang perempuan pada siangnya kerana mereka tolong-menolong semasa memasak!!!. Persoalan ini sebenarnya masih berlegar dalam fikiranku kerana sehingga kini aku masih belum temui jawapan yang benar-benar pasti..Adakah benar ia dikira haram??...

Benar.ini memang benar2 berlaku sekarang.itu lah perbezaan dulu dan sekarang..lebih2 lg kalau arwah meninggalkan anak yatim....lg mereka berkira2 nak dtg..katanya makanan yg di buat utk kenduri wajar di beri utk anak yatim...entahlah...
BalasPadamMemang berbeza
BalasPadamhidup di bandar
dan kampung Ozzy
sebab aku ingat
nak balik kampung
balik la...
--------------------
Salam hari isnin yang ceria
moga anda selalu sihat.
جزاك اللهُ خيراً
salam cik Anymz..terima kasih mungkin anda juga ingin berkongsi cerita buat renungan kita bersama.
BalasPadamZul - koi rasa samada aok x faham apa yg koi tulis atau aok x baca habis apa yg koi tulis..masalah yg aku tulis tu masalah kt kg bukan sebab nak balik kg hmm..
Sifu - tmpt koi pun berjemput kala nk tahlil...tp biasanya mase org ramai2 dtg ziarah jenazah kat umah n mase kat kubur dah dibuat pengumuman ttg majlis tahlil tu...yg masih kekal tradisi gotong royong...akan dtg xtau la,mgkin masak2 utk mjlis tahlil pun kena upah...harap2 koi dah xde mase tu...sedih mikirkan kemajuan skrg yg menelan nilai2 n semangat setiakawan/muafakat antara sesama insan...
BalasPadam