Zaleha atau lebih dikenali dengan panggilan Leha berasal dari sebuah negeri di utara semenanjung ..seorang janda anak satu yang masih keihatan menawan berusia 25 tahun ketika itu.Keperitan hidupnya bermula selepas suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Bermula dari itu dia terpaksa membesarkan anaknya seorang gadis comel dengan gelaran yuna.. seorang yang lincah dan periang. Beliau agak bernasib baik mendapat jiran yang baik hati yang dikenali sebagai abang Zam.Walaupun abang Zam seorang yang hensem dan sering menggodanya tetapi Leha tetap dengan pendiriannya untuk tidak sesekali mengganggu rumahtangga orang lain tambahan pula isteri abang zam yang dipanggil kak Nana seorang yang baik dan sering menolongnya. Mereka berdualah yang sering membantu menguruskan anaknya ketika dia keluar bekerja.Kadang kala Leha turut bermalam dirumah kak Nana dan dia juga merasa cemburu melihat kak Nana bermesra dan bergurau dengan abang Zam dihadapannya.
Untuk menyara hidupnya berdua Leha bekerja di sebuah kilang penternakan ikan keli yang diusahakan oleh abang Zali.Walaupun upah yang diperolehi tidak seberapa tapi cukuplah bagi dia dan anaknya menyara hidup.Entah macam mana kilang abang Zali terpaksa ditutup buat sementara waktu akibat kekurangan tempahan dari pihak pelanggan dengan alasan stok yang mereka ada sudah berlebihan. Abang Zali turut merasa simpati dengan Leha tetapi apakan daya kerana dia juga tidak lagi mampu membayar gaji setelah perniagaannya merosot.Hari terakhir sewaktu membayar gaji abang Zali berkata "sabaq la Leha nooo..kalau hang nak makan ikan keli hang mai la sini..bila-bila pun takpa" Leha hanya mangangguk sedih kerana memahami situasi yang melanda diri abang Zali.
Leha sedih apabila melihat anaknya hanya termenung memerhatikan rakan-rakannya makan ais krim atau gula-gula.Sewaktu kanak-kanak lain berpimpin tangan bersama ibubapa masing-masing yuna hanya berlari sekeliling rumah dan jika lapar yuna akan memakan buah-buahan dari pokok yang ditanam disekeliling rumahnya.Buah yang paling yuna gemari adalah buah rambutan yang terletak ditepi jalan dihadapan rumahnya.Yuna amat cekap memanjat pokok sebentar sahaja dia dah bertenggek didahan yang tinggi.Kadangkala risau juga Leha melihat anaknya hanya memakai skirt memanjat pokok bimbang tersangkut dan jatuh.
Suatu hari ketika Yuna leka berada diatas pokok lalulah lebai Husin untuk ke surau dan ketika melalui bawah pokok rambutan tersebut dia mendongak dan lebai husin terkejut sambil berkata "astaghfirullahalazim ..mari sini turun". Apabila Yuna turun lebai husin berkata "nah ambik ni 2 hinggit buat beli spender". Yuna segera berlari mendapatkan ibunya sambil menyerahkan duit tersebut pada Leha. Setelah diceritakan apa yang berlaku maka pada petang esoknya Leha telah bersiap sedia berada diatas pokok dengan hanya berkain batik menantikan lebai Husin lalu.
Apabila lebai Husin lalu untuk kesurau sekali lagi dia terperanjat apabila mendongak keatas pokok rambutan tersebut sambil berkata "astaghfirullahhalazim ..mari turun cepat". Leha hanya tersengeh-sengeh turun menantikan habuannya. Lebai husin menyeluk poket sambil berkata "nahh.. ambik ni 20 sen pergi beli pisau cukur" ... miahahahahahaha
Setelah itu Leha berhenti memanjat pokok dan beralih menjadi seorang blogger namun dia masih mengekalkan identitinya itu iaitu 'blogwalking' dengan memakai kain batik pulak...hahahaha
Begitulah sejarah kisah Leha yang kini telah menjadi seorang blogger terkenal dan kaya raya.. rahsianya 'blogwalking' dengan kain batik walaupun orang tak nampak tapi orang tetap datang 'hulur' kembali ke blognya dengan klik pada nuff...hahahahaha kena korang dengan aku hari ni ye.. wakenabe hehe dan untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh dapatkan majalah OZZY yang entah bila akan diterbitkan.
Perhatian : Kisah ini hanyalah rekaan dari aku..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.pesanan dari penaja "don't do this at public".
** - watak yang disebutkan juga hanyalah rekaan sekadar usikan pada sahabat blogger dan tidak ada kena mengena langsung dengan diri atau kehidupan mereka.
** - Untuk mengenali rakan aku yang membawa watak tersebut sila klik pada nama yang di highlight warna biru dan masuk ke blog mereka.
Pada rakan lain anggap saja ini sekadar entry santai dan gurauan dari aku kerana dalam hidup janganlah terlalu serius setiap masa sesekali apa salahnya bergurau kan..ceria-ceriakanlah diri anda.
Contohilah lebai husin yang prihatin itu hehehe... apapun lebai husin tu cool aje orangnya, walaupun leha senyum semacam aje ker dia gamoknya hehehe....
BalasPadamAstaghfirullahal'aziim... khusyuk dah membaca tadi... :D
BalasPadamhehehe~~
BalasPadamname nana ade?
nana xkecik ati pon k~
maceh~ :)
salam ozzy..
BalasPadamtahniah..
moga aok pun
berjaya dan kaya
satu hari nanti
bukanya dalam berblog..
koi sendiri pun ciput jer
bila kaya meniaga nanti
koi nunggu la makan free
he he he..
2 hengget mane ckup beli spender...hakhak... ;p
BalasPadamkedekut bete lebai usin te yek...
p/s- koi mati2 igt ade biz tanpa modal td...
haha..lawak btul cita rekaan nie..ngekek gelak sy baca..
BalasPadamnasib i pakai jents..ha3..
BalasPadampeh.. penat baca dgn kusyuknyer... tp bgus lebai tuh kan..
BalasPadamader lagi ke pisau jilet 20sen? ha3
ahaks....lawaknya.. cerita yg telah di tokok tambah tapi mmg best.. :p
BalasPadambisness2 ..hehe
BalasPadam