Kedua-dua sebutan tersebut mempunyai bunyi yang hampir sama tetapi definasinya adalah berbeza. Kerap kali juga dalam keadaan tertentu kedua-dua sebutan itu sering kita dengar samada secara sepontan atau setelah melihat atau mendengar sesuatu.
Baru-baru ini seorang rakan sekampung menelefon aku mengatakan yang dia sekarang berada di kuala lumpur tinggal bersama bapa saudaranya saja berjalan-jalan kesini katanya dan mengajak aku untuk membawanya bersiar-siar di bandar.
Keesokannya aku menuju kerumahnya pada waktu yang dijanjikan.Dia kelihatan gembira sambil bersalam denganku.Ketika berada disimpang, keadaan lalu lintas ketika itu agak sibuk menyebabkan sedikit sukar untuk kami keluar ditambah lagi dengan sikap pemandu yang enggan memberi laluan.Melihat aku cuba keluar pemandu akan meluru laju kerana enggan memberi laluan dan rakanku sambli menggeleng kepala berkata "Masyaallah..busuk hati betul..dah nampak kita nak keluar lagi dia laju" dan aku hanya berkata 'masalah' kerana ia sudah menjadi ikutan pada hampir semua pemandu disini.
Ketika memandu aku mengekori sebuah motorsikal di hadapanku yang enggan memberi laluan. Kelihatan pembocengnya yang mungkin juga aweknya melentik memeluk pemandunya dengan t-shirt ketat tergantung. Rakanku berkata lagi "Masyaallah..tak malu ke budak tu..tengok tu sampai nampak seluar dalam" dan aku berkata 'masalah' kerana pemandangan tersebut turut menggangu tumpuan aku yang sedang memandu hehe...Tiba ke tempat yang di tuju aku melihat hanya ada satu parking yang kosong dan belum sempat aku membelok tiba-tiba sebuah kenderaan lain meluru masuk. Rakanku berkata "Masyaallah...tak bertimbangrasa langsung" dan aku berkata 'masalah' kerana memang susah nak dapat parking namun akhirnya setelah beberapa kali pusing dapat juga aku parking.
Tempat yang kami tuju adalah di Pertama Kompleks bersebelahan dengan pasaraya sogo.Belum sempat memasuki pintu utama kelihatan dua pasangan sejoli sedang berpeluk rapat sambil bersandar ditepi dinding..si gadis dipeluk dari belakang oleh teman lelakinya sambil bersandar ke dinding.Rakanku berkata "Masyaallah .. tak malu ke orang ramai tengok" dan aku berkata 'masalah' kerana disana sini bersepah dapat kita lihat pemandangan tersebut.Memasuki bangunan tersebut kami sekadar berjalan-jalan sambil melihat-lihat bermacam handset yang dijual.
Kami singgah disebuah kedai dan baru saja seorang jurujual melayu muncul dan berdiri untuk melayan kami, tangan aku ditarik oleh rakanku dan sambil berlalu dia berkata "Masyaallah...pakai baju biarlah sopan sikit ..macam nak melimpah keluar je aku tengok" dan aku berkata 'masalah' kerana mungkin cuaca panas akibat lapisan ozon yang kian nipis menyebabkan mereka memakai baju yang mudah dimasuki udara takut 'meruap' ahaksss..lagipun rata-rata gadis penjual handset memang ditempatkan dikaunter yang mempamerkan model handset yang sedikit rendah dari dada mereka maka jika bajunya luas pasti akan menyerlahkan isipadunya.
Kami kemudian keluar dan berjalan-jalan disekitar chow kit sambil melihat berbagai barangan yang dijual disitu.Rakanku berkata dia ingin mencari beg bagi menggantikan begnya yang telah lusuh. Setelah berlegar-legar kami terjumpa sebuah kedai yang menjual bermacam jenis beg lantas aku membiarkan rakanku memilih beg yang dia kehendaki.Akhirnya dia terjumpa sebuah beg yang menarik minatnya malangnya beg tersebut digantung ditempat yang tinggi.
Jurujual wanita tersebut cuba mencapai beg tersebut dan ketika dia berjengket untuk mengait beg tersebut menggunakan kayu bajunya terselak hingga menampakkan perutnya yang gebu .. sambil berpaling rakanku berkata Masyaallah...ishhhh" dan aku berkata 'masalah' kerana beg yang dia minta hanya tinggal itu sajapun!! ...Selepas tawar menawar rakanku pergi kekaunter dan membayar harga yang dipersetujui. Ketika kembali menghampiri aku rakanku berkata lagi "Masyaallah..susah sangat ke nak ucap terima kasih..dah la tu mata pulak pandang ke lain" dan aku berkata 'masalah' kerana semakin ramai masyarakat kita yang semakin berat nak ucapkan terima kasih.
Penat berjalan tekak kami dahaga lalu singgah disebuah restoran yang kelihatan agak sesak.Sedang kami minum datang seorang gadis bersama rakan-rakannya yang kesemuanya bertudung tetapi berseluar dan berbaju ketat.Ketika duduk dikerusi dihadapan meja kami bajunya terangkat sambil dia cuba menariknya turun dan rakanku sambil berkata "Masyaallah..atas tutup bawah buka..tarik-tarik buat apa..tunjuk jelah..hmmm" dan aku berkata 'masalah' kerana ramai yang memakai tudung hanya kerana fesyen.
Selepas selesai minum dan membuat bayaran kami segera berlalu untuk kembali bersiar-siar. Melewati anak gadis yang lalu lalang rakanku hanya mampu menggeleng kepala melihat mereka berpakaian singkat yang menampakkan pusat dan tiba-tiba rakanku berhenti sambil matanya meliar melihat signboard yang ada.Dia bertanya kami sekarang berada dimana dan aku berkata "kita sekarang berada di pusat bandaraya lah" dan rakanku berkata "huh..patut tambah satu lagi signboard - PUSAT ORANG ".
Puas berjalan kami mengambil keputusan untuk pulang memandangkan hari telah pun lewat petang. Ketika memandu aku lihat rakanku hanya membisu sambil matanya menghadap ke luar tingkap, mungkin sedang mengelamun atau sedang memikirkan apa yang dilihatnya di depan mata sepanjang hari ini.Aku menghantarnya hingga kerumah bapa saudaranya dan setibanya dipintu pagar sebelum turun dari kereta rakanku mengucapkan terima kasih dan sambil tersenyum dan bersalam dia berkata "bila kita nak jalan-jalan lagi..best juga TERANG mata aku..hehe" dan untuk pertama kali giliran aku pula berkata " MASYAALLAH !!"
Moralnya dari kisah ini sekiranya kita tinggal di bandar kita tidak mampu mengelak dari dihidangkan pemandangan seperti itu pada zaman ini.Ada kalanya kita tak nak tengok tapi akhirnya kita tetap akan tertengok !!!...
ozzy - tolong tengokkan...

allah itu maha kaya, maka dijadikan manusia itu macam - macam ragam..apo nak dikato???hehe..fikir2
BalasPadamcano nk buek an nyo...
BalasPadamghorma buek masaalah...
namo eh ghorma buek paneh...!
Masyaallah...Masalah...masyarakat.
BalasPadamMacam2 dugaan tak tanggung dek badan.
wakil dari perak - nisa dah komen
BalasPadamwakil N9 - kak long kata gemar buat masalah
Wakil Pahang - Abg Yassin kata x larat tanggung dah
terima kasih semuanya...ada lagi wakil negeri2 lain..silakan hehe
salam en ozzy
BalasPadamkisah di atas menunjukkan kita sedang berperang (jihad) dengan hawa nafsu kerana kita berada di wilayah yg memberi ruang seluasnya kpd mereka untuk meng'ekpresi" diri.(hak individu/asasi).harapan kita kepada kerajaan yg mempunyai kuasa utk menjamin kesejahteraan seluruh rakyat.lebih2 lagi pemimpin kita berugama Islam.
masyaAllah! apa nak jadiii
BalasPadamsbg wakil tunggal dr Spain,
BalasPadamsya cuma nak cakap...MasyaAllah...
;)
salam ,
BalasPadamhmmmmmmmmmm
i wakil dari terengganu yang duk selangor leh?
heheheh..
masalah
masyaAllah...
aku nak lari dari semua masalah
masyaAllah... teruknya aku,kenapa nak lari..
heeheh
salam
salam..
BalasPadamgini lah gayanya
hidup di bandor
bersabor je la..he he
Salam kenal,
BalasPadamBanyak orang banyak ragamnya. Memang Sweetie pun banyak jumpa mereka yang selfish ni,kene sabar jelah. takut nanti jika ditegur jadi pergaduhan pulak.
salam tuan blog..
BalasPadamkalau ada kuasa, kita ubah
kalau tak, guna tutur kata
kalau tak, cukuplah kita benci ket hati je
terima kasih..
asgtarfirullah al-azim..
BalasPadammanusia ada banyak ragam
BalasPadamwakil dari kedah