7 Februari 2011

KALAU BERPACARAN

           

< ---------------------------------------------------------------------------------------------------- >

Sambil layan miming dari youtube cikgu Shida mungkin besar ertinya bila kita hayati lirik lagu nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali.

Berita dari muka depan harian metro hari ini antara salah satu sebab bila manusia leka dan lupa kalau berpacaran.Untuk berita selanjutnya boleh klik di SINI.

Namun ia lebih serius kerana melibatkan isteri orang yang bukan hanya berpacaran malah boleh jadi bercakaran.Kalau anak muda perlu hati-hati bila berpacaran, yang dah berkahwin juga tidak terlepas dari dugaan ini.

Lebih memilukan bukan hanya ditangkap oleh suaminya sendiri malah anak gadisnya yang berusia 18 tahun turut menjadi saksi ketika diserbu.Sebagai seorang suami pasti perasaannya turut kecewa dengan apa yang berlaku dan antara petikan kata-katanya :

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.
 “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.

Apapun kita tidak tahu masalah sebenar yang berlaku antara mereka kerana terdapat banyak faktor yang menyumbang pada perlakuan ini.Walau apajua penyebabnya sememangnya pihak ketiga seperti dalam lagu ini  tidak akan melepaskan peluang untuk melaksanakan peranannya sebagai penambah perisa.

ozzy - tak berani komen...

12 ulasan:

  1. salam..
    ermmmm...nak kata apa
    cinta tak kenal usia
    tua muada,bujang laki orang
    bini orang...berani buat,
    berani lah tanggung..

    BalasPadam
  2. Serius jika nafsu sudah mengatasi segala..

    BalasPadam
  3. nafsu le ni.. x tak tau halal haram.. moga wanita tu insaf

    BalasPadam
  4. Amat simpati dengan suami serta anak-anaknya. Memang menjadi-jadi sangat orang betina sekarang zaman nie :(

    BalasPadam
  5. kene siasat dulu...tangkap satu hal..bicara
    mahkamah suatu hal lain...baru bleh buat kesimpulan...nak jual paper kene gimic jugak

    BalasPadam
  6. Salam...

    Koi kesian ke anaknye tu..
    Harap2 x trauma smpai dendam ke ibu sdiri..
    Dan plg2 diharapkan beliau x terjebak mcm ibunya..

    BalasPadam
  7. saya nk bagi ulasan tentang kes ni

    BalasPadam
  8. wanita dalam harian metro muka depan adalah saya..puan salina.untuk pengetahuan anda semua pembaca yg setia serta bloger disini kebanyakkan cerita dalam hot2 story yang digempurkan adalah rekaan semata2..ni kerana adalah untuk meraih simpati masyarakat umumnya yg dilakukan oleh alang azisham bkan nama razif..kat sini dh nampak satu pembohongan....kenapa alang tak ceritakan hal yang sebenarnya yang dia telah memukul individu tersebut dan telah direman oleh pihak polis.konon2 nak tunjuk hero undang2 ditangannya....kenapa tak bagitahu yang dia punya pompuan simpanan dan telah melakukan zina serta punya anak tak sah taraf!dia pandai putar belit fakta agar tidak dikecam oleh masyarakat..kenapa dia x bgatahu yg dia dah lafaz ceria kemudian dgn sesuka hatinya cal ex dia ajak main setiap malam....zahirnya namapak macam dia teraniya padahal dia seorang terlalu jahil dalam segala2nya dari segi agama yg punya pegangan...adalah dia layak digelar sebagai suami atau khalifah dalam sesebuah rumahtangga...bawa teksi seolah2 dalam kuala lumpur cuma dia saja yg punya teksi...selalu tak balik rumah makan minum pakai diabaikan anak2 ditengking sepak terajang bini dimaki hamun...duit apatah lagi....barang kemas bini habis digadaikan......dia enjoy dengan betina kat luar...

    BalasPadam
  9. bila kes lafaz cerai difailkan kenapa kelam kabut menyalahkan orang lain kerana rumahtangga dia hancur...bukan orang ketiga tapi masalah ni datang dari dia sendiri kerana gagal melaksanakan dengan betul...tak pernah berpuasa dan tak suka merayakan hari raya katanya itu dalah kafir..beliau pernah mengajak bekas isterinya keluar agama islam namun tidak dipatuhi oleh bekas isterinya....bila anak2 berjaya bangga mengatakan dia yg mendidik anak2 sedangkan dia tak pernah hiraukan tentang pelajaran anak2...keluarga alang hanya tau memperkecilkan bekas isteri dan anak2nya...dalam logger bujang tau bujang susah alang ada mengatakan yang dia ada ambil gambar tengah doogy sedang ketika kejadian suansana gelap dan yang mula2 datang adalah imam serta beberapa orn kampung dlam kira2 3 minit kemudian baru alang sampai dalam keadaan kelam mengambil gambar muka selipar adakah tu gambar tengah doggy...saya berani cabar tunjukkan gambar tersebut....dah tentu2 dia tidak punya gambar tersebut....berhati2 dengan alang kerana dia mengamalkan ilmu hitam bagi menundukkan sesiapa saja agar orang akan menurut perintahnya....rasa derita dan sengsaranya selama 20tahun hidup dengannnya saya tak punya harta dan wang ringgit yang ada dia habiskan..saya terpaksa mencari pekerjaan bagi menampung keperluan hidup...adakah ni yang dikata dia yang teraniya..dia pernah memukul saya dengan pemukul besi dia juga pernah buat bapa saya marah dan memukul saya....saya benar2 rasa trkilan..dikala saya dalam kesusahan bukan setakat keluarga malah rakan saya dibuang ketepi.....alang benar2 pandai berkata2...namun untuk saya terima dia adalah tidak sama sekali walaupun dia pernah merayu namun untuk kali ini saya tak akan makan pujuk rayu soerang bersikap yahudi...

    BalasPadam
  10. saya reda atas apa yang berlaku..mungkin wat pengajaran pada saya...walauapa apa tomahan yang dilemparkan hanya saya tahu apa berlaku sebenarnya...saya percaya satu hari nanti kebenaran pasti akan terbukti..saya berdoa agar TUHAN buka pintu alang agar dia insaf atas apa yang telah dia lakukan..namun untuk saya lupakan dan maafkan dia adalah sama sekali tidak walaupun nyawa dan badan terpisah...jaan hidup saya penuh onak dan duri sepanjang hidup bersamanya..bukan bahagia tapi sengsara..biarlah saya dihina dikutuk saya tahu siapa diri saya sebenarnya.....alahamdulilah saya kini saya lebih bahagia tanpa disisinya....tak berserabut otak memikirkanya..walaupun saya terpaksa menyara hidup sendiri daripada saya menanggung diri sendiri sewaktu bersamanya...saya bersuar abukan bemakna menutup kesalahan yang ada salah tetap salah....tapi saya rasa sikap alang dah kerlaluan...sanggup menaburkan fitnah sana sini...kalau dh tahu saya pompuan yang tak baik kenapa merayu pihak berkenaan agar saya balik semula padanya..kan banyak pompuan yang lebih baik dia boleh dapat apa yang ada pada saya lagi cuma hati hyang benar 2 terluka dan berdarah....saya rela bersendirian....dari kembali pada dia semula....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama (puan Salina)

      Saya bersimpati dengan nasib kamu sekiranya benar seperti apa yang diceritakan namun begitulah hukum dunia ada kalanya tidak semuanya adil kepada kita dan juga kepada orang lain.
      Begitupun dari pengakuan puan ternyata puan juga bersalah dalam soal ini saya ambil dari petikan ini "saya bersuara bukan bemakna menutup kesalahan yang ada salah tetap salah" mungkin kerana ingin membalas dendam atas perlakuan/layanan suami terhadap puan sepatutnya saya rasa puan terlebih dahulu membuat laporan polis ketika puan dipukul olehnya dahulu.Apapun masalah ini adalah masalah rumahtangga puan dan suami dan saya ataupun pembaca yang lain bukanlah orang yang layak untuk membuat penilaian atau campurtangan berdasarkan apa yang puan ceritakan.Apa yang dipaparkan pada akhbar hanyalah sebagai ikhtibar untuk kami semua.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...