4 Mac 2011

BAYAR SAMAN DI MYEG

Suasana di balai polis traffic dan pejabat kelihatan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu ingin menjelaskan saman mereka.

Tempoh untuk menjelaskan saman yang dilanjutkan sehingga 10 mac ini menyaksikan masih ramai yang berasak-asak untuk menjelaskan saman mereka kerana selepas tempoh tersebut nama mereka yang tidak menjelaskan saman akan disenarai hitamkan.Ini bermakna mereka yang tidak menjelaskan saman akan berhadapan masalah apabila ingin memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu.

Selain dari membayar saman di balai polis atau pejabat pos, saman ini juga boleh dibayar melalui internet iaitu di myeg.com yang menyediakan perkhidmatan online untuk membayar saman atau memeriksa saman anda.Setiap transaction untuk membayar saman charge 2 ringgit akan dikenakan contohnya jika nilai saman rm 50 jumlah yang perlu dibayar adalah rm 52.Kerana itu jika ingin membuat pembayaran klik semuanya dan bayar sekaligus.

Ketika ini talian di myeg turut sesak dan amat sukar untuk membuat pembayaran.Setelah diperiksa ditalian myeg rupanya aku juga mempunyai 5 saman yang belum lagi dijelaskan.Mungkin selama ini surat saman tidak sampai ke tangan aku menyebabkan aku tidak tahu (mungkin dihantar kerumah yang aku sewa dahulu).Hari ini aku cuba membuat pembayaran melalui myeg namun sejak dari pagi tadi transaction masih belum berjaya.Jelas menunjukkan suasana di myeg turut sama sesak seperti di pejabat pos ataupun balai polis.

Kesemua saman tersebut berjumlah rm 900 dan setelah diberi diskaun aku cuma perlu membayar rm 450. Nampaknya jika masih belum berjaya terpaksalah aku beratur di balai polis atau pejabat pos. Bagi yang belum mendaftar aku cadangkan anda mendaftar di SINI dan kemudian klik pada 'PDRM Summons Alert Free Registration '  seterusnya ikuti arahan selanjutnya kerana ia lebih mudah untuk memeriksa saman yang kita ada lengkap dengan no surat saman, lokasi dan jumlah saman. Kemudahan yang disediakan untuk pembayaran samada melalui bank seperti maybank2u, CIMB clicks, RHB , Bank Islam atau kad kredit.


Perkara paling penting selepas bayaran dibuat adalah dengan menyimpan slip pembayaran sebagai bukti bayaran telahpun dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dengan pihak polis.Cara lain untuk menyemak saman anda adalah dengan menggunakan khidmat SMS iaitu taipkan POLIS SAMAN jarakkan dan tulis nombor penuh kad pengenalan anda dan hantarkan pada 15888.

ozzy - dapat saman ekor walaupun tak beli nombor ekor..

12 ulasan:

  1. hubby dah bayar pun saman dia...rm300 melayang...huhuhu...

    BalasPadam
  2. Salam pozi.. 5-6 kali check mmg bersih :) terima kasih berkongsi info ini.

    BalasPadam
  3. jangan tunggu smpi saat akhir baru nk byr saman. Nnt system hang la, rosak la..susahkan kita jugak blk nnt. Mak dah settle..

    BalasPadam
  4. Waa..ramai yg x sedor dpt saman tu yek..
    Nak kena check gak ni..ntoh2 ade..
    Maklumlah,minah rempit..huhuh

    BalasPadam
  5. aku pun ada 7 saman.... (RM1160). lepas diskaun tggl RM570.... dah le dua-dua road tax mati bulan ni. emmm... ada lg.... road tax motor pun mati bulan ni.... kopak!

    BalasPadam
  6. my eg nie x tepat la..hari tue masa check ada satu saman pastu masa nak renew roadtax tengok ada lagi 3 saman.. nasib boleh renew 6 bulan.nie baru nie settlekan lagi yang 3 sman tue..itu pun check terus kat balai kat my eg x de kuar pape pun...

    BalasPadam
  7. as'salam bro...

    angah leh buat tak nak cek la....

    BalasPadam
  8. W'salam Angah..

    Sesiapapun boleh register di sana...senang nak semak.

    BalasPadam
  9. Selepas pembayaran saman melalui myeg.. Saman clear masa kita setel bayar tu ke?

    BalasPadam
  10. Saya dah cek saman, langgar lampu isyarat, tapi kna bayar 300, padahal saman x smpai sebulan lagi,. Bukan ke kalau awal bayar dapat diskaun?

    BalasPadam
  11. Saman langgar lampu isyarat mmg kene rm300, pastu kene blacklist. Sy ade 1 saman lggar lampu isyarat, ingtkn setakat 1 saman xde pape.. Skali nk renew roadtax xboleh sbb blacklist

    BalasPadam
  12. kenapa saman xdew lesen xboleh bayar kt my eg?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...