14 Mac 2011

DI SEBALIK TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN

Pada tarikh 26 dec 2004 Tsunami yang berukuran 8.8 pada skala Richter telah melanda Indonesia yang mengorbankan berpuluh ribu nyawa.
Pada 11 mac 2011 sekali lagi tragedi Tsunami yang berukuran 8.9 pada skala ritcher mencatatkan sejarah apabila setakat ini telah mengorbankan lebih 10 ribu nyawa penduduk di Jepun.

Lebih memburukkan keadaan dan mengakibatkan angka korban meningkat apabila loji nukleur meletup dan menyebarkan radiasi kesan dari kebocoran radioaktif yang turut mengakibatkan kematian.Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan" yang terbentuk dari dasar laut dan menghasilkan ombak yang besar menghala ke pantai serta kawasan di sekitarnya.

Ketika penduduk di Jepun meratapi kehilangan ahli keluarga, saudara mara atau rakan kesan dari bencana alam ini kita alihkan pandangan buat seketika apa yang sedang berlaku di Mesir dan Libya.

Sewaktu negara yang ditimpa Tsunami bergolak dengan ancaman bencana alam ini, kedua-dua negara ini yang majoriti penganutnya beragama islam pula bergolak dengan rusuhan dan peperangan sesama sendiri.Mangsa yang cedera dan terkorban meskipun tidak seramai negara yang dilanda tsunami namun impaknya ekonomi pada negara tersebut turut terjejas.Soalnya sekiranya mereka yang terbunuh dalam peperangan ini adakah dikira mati syahid? sepertimana yang sering dilaungkan oleh umat Islam.

Suasana sebegini pastinya memberi advantage pada puak yahudi dan negara barat khususnya bekas presiden Amerika Syarikat, George W.Bush yang melabelkan negara Islam sebagai pengganas.Pastinya ketika ini George Bush akan tersenyum melihat pergolakan dan peperangan yang berlaku diantara sesama umat Islam.Di negara lain ancaman bencana alam menyaksikan ramai nyawa terkorban tetapi di negara Islam ancaman perang saudara turut mencatatkan angka korban yang tinggi.

Sewaktu mereka mengucapkan syukur kerana negara mereka terhindar atau 'masih belum dilanda tsunami' namun mereka rupanya masih belum bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan.
Ramai berkata Islam itu indah namun dimana keindahannya sekiranya ini yang umat Islam sajikan di mata dunia.Kita hanya mampu menzahirkan keindahan Islam melalui ayat suci al-quran, melalui hadis dan sunnah nabi yang menyeru pada kebaikan namun hakikat dalam kehidupan yang kita paparkan tidak sama seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

Bagaimana kita boleh meyakinkan orang lain yang bukan beragama Islam bahawa Islam itu indah sekiranya kita terus bersengketa, bermusuhan, memaki hamun dan memfitnah sesama sendiri. Sekadar memaparkan firman Allah dan hadis nabi itu belum cukup meyakinkan sekiranya sikap yang kita pertontonkan berlawanan dengan ajaran Islam.

ozzy - Apakah kehadiran Tsunami 'bisa' menyatukan umat Islam?..

11 ulasan:

  1. Moralnya saya ttp bersimpati dgn islam dan nasib umat islam diakhir zaman ini. Pasti kalau kita bersatu islam itu lebih padu dan sempurna. Sesungguhnya umat islam itu bersaudara.

    BalasPadam
  2. ummm, dan bagi kita di Malaysia ni, yang maan diketahui memang berada bukan dilingkaran gempa,gunugn berapi ni...kena beringatkan ozzy. ALLAH kalau nak turunkan bala, tidak mengenal rupabentuk muka bumi nih. DIA kata nak turunkan maka jadilah...

    Nauzubillah mintak jauh dari semua tuh...ameen...

    BalasPadam
  3. salam..
    bersyukur pagi ni,masih bernyawa untuk
    ke sini..bab penyatuan islam
    memang susah di capai bila kita masih
    rasa jelek hendak berjabat tangan
    dengan saudara semuslim kita yang
    warga afrika contohnya..apa lagi
    merasai keperitan hidup mereka..

    BalasPadam
  4. mungkin setiap pergolakan dan benca ini merupakan salah satu signal untuk kita...

    BalasPadam
  5. As salam..
    Mungkinkah itu petanda akhir zaman?
    Itu juga tanda Allah sayangkan kita yg masih hidup sebagai peringatan.

    BalasPadam
  6. peringatan demi peringatan yang dizahirkan, semoga kita semua sedar dan insaf..

    BalasPadam
  7. Hikmahnya atas apa yg terjadi... sentiasa lah bersyukur dgn apa yang kita ada skrg ni...:)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum...
    sgh baca n3 di sini...

    BalasPadam
  9. Mungkin apa yang terjadi ini sebagai peringatan kepada semua...

    BalasPadam
  10. bila Islam ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran dan sikap mementingkan assabiyah..dunia Islam sampai kiamat pun akan terus takkan sunyi dari peperangan

    BalasPadam
  11. Susah nak cakap encik Ozzy, sedangkan masyarakat kita berbangsa melayu khususnya beragama Islam sendiri menolak ajaran Islam.. Marah dengan pelaksanaan hukum hudud, menghalalkan riba, menghalalkan zina, kalau tak bermula dari akar umbi,sampai bila2 akan menjadi macam ni dan lebih teruk..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...