20 Mac 2011

SLOW-SLOW BANG

Apabila bermulanya musim cuti sekolah maka bermulalah juga musim untuk mengadakan majlis kenduri kahwin termasuklah musim sembelih lembu dan musim menaikkan harga ayam.

Tarikh untuk mengadakan majlis perkahwinan biasanya ditempah lebih awal bagi mengelakkan pertembungan dengan jiran terdekat. Kad undangan turut diedar untuk menjemput tetamu dan memeriahkan lagi majlis itu nanti.

Bagi memenuhi undangan saudara mara atau rakan-rakan yang tinggal berjauhan kita perlu memandu dengan jangkamasa yang lama untuk tiba ke destinasi sekiranya lokasi tersebut terletak agak jauh.Mungkin kita di Timur dan mereka di Selatan.Kalau tak pergi nanti ada pula yang berkecil hati.

Kebetulan juga ketika ini adalah musim hujan.Maka risiko ketika memandu juga agak tinggi kerana permukaan jalan yang licin.Justeru itu pandu dengan berhati-hati kerana jika hujan lebat pandangan juga akan menjadi kabur.Selain itu kita juga sukar mengesan sekiranya terdapat lubang atau lopak yang dalam di atas jalanraya.

Kepada pasangan yang baru saja diijabkabulkan dan ditabalkan sebagai raja sehari aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga jodoh kalian berpanjangan dan kekal hingga ke anak cucu.Jangan lupa pesan pada suami tersayang agar hati-hati memandu diwaktu musim hujan begini "Slow-slow bang..jalan licin.Naik bukit gunakan gear rendah..turun bukit jangan laju sangat nanti tak sempat break !!".

Pada pasangan yang dah lama kahwin pun apa salahnya untuk sama-sama mengingatkan " Slow-slow bang..hujan-hujan ni jalan licin.Jangan laju sangat takut terlajak..nanti tak sempat nak tarik hand break.Ingat sama yang berderet kat belakang tu.Kereta ni pun kereta lama allignment pun dah lari, chasis dah bergegar, tayar pun dah kurang mencengkam lagi".

ozzy - kereta lama tayar baru....

4 ulasan:

  1. Moralnya gitulah kalau kete dah lama .. tak tingin cari kete nombor dua ker abg hehehe :)

    BalasPadam
  2. Hahaha... Kalau kereta dah problem masih boleh di perbaiki tapi kalau nak cari yang baru bersiap sedia la dengan pelbagai kemungkinan...

    BalasPadam
  3. as'salam bro..

    dia suruh beli kereta baru tue..heheh tapi tak pe...selagi bole guna..elok di gunakan jer...

    BalasPadam
  4. nisa pulak baru tukar kereta, tapi tak perasan tayar kereta sudah terbelah...wawawa...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...