27 Mei 2011

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL

Mungkin ada di antara kita menyimpan beberapa peristiwa ngeri yang tidak akan kita lupakan sepanjang hidup ini.Sudah tentunya ia menjadi catatan sejarah yang tidak akan terpadam buat selamanya.
Peristiwa yang dialami membuatkan kita merasa trauma apabila melintas di tempat kejadian atau apabila berlakunya perkara yang hampir sama sepertimana yang pernah kita alami.Kejadian yang sentiasa menghantui hidup kita secara tiba-tiba kembali menerpa seolah-olah kita merasakan ia seperti akan berulang kembali.

Namun ada kalanya kita perlu mengakui bahawa sesuatu yang berlaku mungkin ada hikmah di sebaliknya.Peristiwa tersebut mungkin boleh kita jadikan iktibar bahawa sesungguhnya kita semua adalah makhluk yang lemah.Ia juga sebagai pengajaran dan peringatan agar kita tidak lupa dan terus menjadi manusia yang sombong dan angkuh.Musibah yang berlaku tidak memilih sesiapa sekiranya Allah berkata "Kun (jadi) Faya Kun (maka jadilah ia) " dan walau setinggi mana ilmu yang kita miliki, kita tidak akan mampu untuk menghalangnya.

Kita digalakkan berusaha dalam apa jua keadaan dan bukannya hanya berserah mengharapkan keajaiban berlaku.Meskipun kita percaya ajal itu ditentukan oleh Allah namun kita perlu berusaha untuk melawan dan mencari penawar apabila berhadapan dengan apa jua penyakit atau musibah yang kita hadapi.Berpantang maut sebelum ajal atau berpantang undur sebelum kalah merupakan peniup semangat untuk kita terus berjuang dan bertahan dalam apa jua keadaan.Ia bukan bermakna kita menentang atau tidak percaya dengan kekuasaan dan tetapan Allah tetapi kita perlu terus berikhtiar dan bukan hanya cuma berserah.    

Klip video yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah antara salah satu contoh dengan apa yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal.Dalam keadaan kritikal mangsa masih lagi tenang meskipun dari sudut akal sesiapa saja yang melihatnya akan beranggapan adalah mustahil bahawa dia masih boleh hidup.Namun setakat itu sahaja yang dapat dipertontonkan dan apa yang berlaku seterusnya hanya dia dan mereka yang terlibat saja yang tahu...wallahuallam.

                        

ozzy - rasa macam tak percaya....

9 ulasan:

  1. nak try tengok video ni..tapi takut...hehehehehe

    BalasPadam
  2. Ya Allah!!!! ngerinya tgk video nih...

    BalasPadam
  3. Cuba nak tgk...mcm tak mampu la...............................................................................................................CONFIRM: TAK BOLEH....hati kecik...hehehe

    BalasPadam
  4. Dahsyat... semuanya kehendak Allah.. Tapi janganlah terjadi kepada kita, mohon dijauhkan..

    BalasPadam
  5. ngeri..kalau tengok banyak kali tak lalu makan nasi pula nanti.Ajal maut di tangan tuhan.

    BalasPadam
  6. Azwa Amani - Apa nak takutnya..bukan hantu hehe..

    lagenda - memang mengerikan

    Eye_Nee - kalau live lagi x boleh tgk tu..

    Mohamad - Moga dijauhkan dari kita semua

    Abadi romeo - Zul, jangan tgk selalu kalau tak tahan

    BalasPadam
  7. Ngerinya...tak sanggup tengok sampai habis...

    Jus Katak

    BalasPadam
  8. Salam, mohon kongsi video n sebahagian artikel ini di blog saya. Saya letak link ke post ini balik. Ini artikelnya ~ berpantang maut sebelum ajal

    BalasPadam
  9. PelikBinAjaib..

    w'salam..tak ada masalah..silakan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...