16 Mei 2011

SALIH YAACOB BAKAL CUKUPKAN KUOTA

Tahniah aku ucapkan kepada abang Salih Yaacob yang bakal melangsungkan perkahwinannya yang ke 4 yang dijadualkan akan berlangsung selepas hari Raya Aidilfitri nanti.
Salih Yaacob yang kini berusia 50 tahun merupakan seorang pengacara, pelakon dan penyampai radio bakal memenuhi kuota isterinya yang dikenali sebagai Emi berusia 24 tahun seorang penuntut di UITM dalam sarjana bidang pengangkutan menurut apa yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro.

Di sebalik krisis rumahtangga serta berita penceraian yang kerap melanda dunia artis atau selebriti tanahair, Salih Yaacob muncul sebagai ikon poligami yang wajar dihormati.Jika artis lain kerap muncul bersama berita sensasi melibatkan pergolakan rumahtangga, Salih Yaacob membuktikan bahawa dunia selebriti tidaklah seteruk mana seperti yang digambarkan oleh orang lain sekiranya mereka bijak bertindak dan mengatur kehidupan yang baik di mata peminatnya.Beliau berjaya melahirkan module poligami yang adil serta wajar dicontohi sekaligus menepis persepsi masyarakat yang memandang serong pada dunia artis.Artis juga manusia biasa dan segalanya terpulang kepada individu tersebut bagaimana mereka mengemudi kehidupan berumahtangga ini..how you tackle and how you handle.

Hasil perkongsian hidup bersama dengan tiga isterinya sebelum ini Salih Yaacob dikurniakan 11 orang anak.Pastinya Salih Yaacob menyimpan berbagai petua dan cara bagi mengekalkan kerukunan rumahtangga bersama 3 isteri dan anak-anaknya itu.Kerap kali kita dengar wawancara dengannya berkisar tentang rahsia poligami samada di kaca TV ataupun di corong radio.

Pastinya ramai yang berminat untuk mendengar kaedah yang beliau praktikkan namun terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum orang lain berniat untuk mengikut jejak langkahnya kerana poligami tidak semudah sebagaimana ianya diungkap.Antara faktor yang beliau tidak jelaskan adalah berapakah jumlah sebenar pendapatan beliau untuk sebulan?Zaman ini dan dunia hari ini amat sukar untuk disamakan dengan zaman nabi sewaktu berpoligami dulu.Duit belanja untuk semua isteri dan anak-anak, kelengkapan rumah, belanja sekolah,  pengangkutan dan petrol, belanja untuk perubatan dan lain-lain yang segalanya perlukan duit.Kalau dapat isteri cantik dan bergaya kena consider duit maintenance lagi.

Ia merupakan salah satu elemen penting selain dari faktor yang sering beliau sebutkan sewaktu diwawancara seperti bagaimana untuk menjaga hati semua isteri dan anaknya serta bagaimana beliau mengawal dan membentuk kesemua mereka mengikut acuannya sendiri.Begitu juga dengan alasan yang beliau berikan kenapa beliau berpoligami.Kesemua faktor ini bergantung kepada keperibadian atau karektor seorang lelaki/suami itu sendiri.Faktor bagaimana beliau membahagikan masa turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan timbulnya konflik atau rasa tidak puas hati sesama isterinya.

Satu perkara yang menarik untuk diperkatakan adalah apakah kelebihan yang ada pada Salih Yaacob.Perkara pertama pastinya kemampuan beliau dari faktor kewangan atau sumber ekonomi yang kukuh dan bukan hanya pada hidungnya.Dari pemerhatian aku meskipun hanya mengenalinya sebagai artis, Salih Yaacob mempunyai aura untuk menceriakan dan menawan hati seorang wanita.Aura tersebut menjadi tarikan utama yang membuatkan ramai wanita tertawan padanya dan menjadikan setiap dari mereka berasa senang meskipun hanya sekadar mendengar suaranya. Beliau tidak perlu membariskan ayat-ayat skema kerana ayat biasa dan santai sudah memadai untuk menakluki mereka sambil menyelitkan kata-kata nasihat.Hakikatnya dalam kehidupan ini setiap dari kita memerlukan seseorang atau teman untuk menceriakan suasana bukannya murung atau serius setiap masa.

Tahniah pada Abang Salih Yaacob semoga kekal bahagia bersama kesemua isteri dan anak-anaknya. ..

                     
                       

Terkini - 30/5/2011 Salih Yaacob dan isteri ke 4 nya selamat diijabkabulkan petang semalam...tahniah.

ozzy - simpan Aura....

5 ulasan:

  1. Ada isi... calang2 pendayung tak lepas nak berkemudi :)

    BalasPadam
  2. huhu, ozzy bak kata membe hany, kalau ISLAM benarkan smpai 6, mahu dia pun cukupkn 6. hihihi tapi yer lah, mesti dia pun dah fikir masak2 kan, dr semua segi kan, untuk beristeri 4 ni.

    BalasPadam
  3. SALAM OZZY..
    Dah mampu teruskan je..
    ermmm..jodoh Allah tentukan belaka
    semoga mereka berbahagia hingga akhir
    hayat..doa aku Salleh mampu berlaku adil..
    mampukah..?ada empat tu..tak boleh lebih ke
    umur 24 tahun je..yang 1,2,3 pun beliau
    kena bagi sama rata..tidak menjawab di
    akhirat..wallahualam..


    ***kawin muda mana tak sedap beb :)

    BalasPadam
  4. Tahniah kepada SY..semoga beliau mampu berlaku adil ke atas 4'2 isterinya...

    p/s:http://sinarraudah.blogspot.com/2011/05/blog-di-tutup-sinar-raudah-akan-bersara.html

    BalasPadam
  5. terima kasih en.ozzy , di atas entri2 itu. amy kesiankan bonda sampai bila dia perlu menangung semua tue. Harap satu hari akan berakhir

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...