15 Mei 2011

KERANA NOMBOR PLAT

Hari ini semakin ramai yang memilih nombor plat yang cantik untuk digunakan pada kenderaan mereka.Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih semata-mata kerana ingin memiliki nombor plat tersebut.
Ada yang sanggup membida dengan harga beratus ribu dan harga bidaan tersebut mungkin lebih tinggi dari nilai sebuah kereta malah mungkin lebih tinggi dari harga sebuah rumah.Namun bagi pemiliknya ianya adalah berbaloi atas sebab dan tujuan tertentu.

Masyarakat hari ini apabila melihat nombor plat yang cantik akan terus melabelkan mereka sebagai golongan kaya dan berkemampuan.Justeru itu bagi golongan elit nombor plat kini menjadi buruan sebagai lambang status buat mereka.Ramai dikalangan mereka juga percaya penggunaan nombor tersebut akan memberi tuah pada mereka terutamanya bagi mereka yang berbangsa Cina.


Sebutan pada nombor tersebut memberi makna yang baik buat mereka dan sebutan paling popular adalah 'kaya' yakni bersangkut paut dengan angka lapan.Kerana itu angka lapan merupakan antara angka yang menjadi buruan dan mempunyai nilai bidaan yang tertinggi.Angka bermula nombor satu hingga sepuluh merupakan angka yang menjadi bidaan tertinggi dan angka satu dan lapan adalah dua angka yang menjadi pilihan utama.

Ia kemudiannya turut menular pada bangsa lain seperti Melayu dan India yang turut ingin menumpang tuah pada angka tersebut meskipun ia sebenarnya tidak memberi apa-apa makna tetapi di 'translate' mengikut pengertian dalam bahasa cina.Bagi mereka yang obses pada angka tersebut mereka sanggup membayar harga yang tinggi semata-mata kerana percaya ia membawa tuah selain sebagai simbolik dengan kedudukan mereka.Kerana itu juga kenderaan lama yang mungkin layak dipanggil 'tukun' turut menjadi buruan bukan kerana kenderaan tersebut tetapi hanya kerana inginkan nombornya.

Ada yang gemar memilih nombor yang memberi makna yang menarik apabila dicantumkan.Kebiasaannya nombor begini harganya tidak terlalu mahal tetapi tetap menjadi rebutan apabila ramai yang turut ingin memilikinya mungkin atas sebab ingin menjadi perhatian.Mungkin ramai yang akan memandang sambil tersenyum biarpun kenderaan tersebut hanyalah kenderaan biasa yang sering dilihat di jalanraya.


Pasti ramai antara kita juga ingin memiliki nombor yang cantik atau memberi makna pada kita.Jika tidak popular sekalipun sekurang-kurangnya ia memberi pengertian pada diri kita sendiri.Aku juga mempunyai nombor plat yang aku inginkan yang turut memberi makna pada aku iaitu nombor pendaftaran yang bermula dengan " AFH ...".Apa sekalipun nombornya aku tidak kisah kerana yang penting bermula dengan AFH iaitu singkatan dari nama aku dan ia juga adalah nama syarikat aku sendiri.Anda semua bagaimana ??..

 ozzy - suka plat TAU 69...

1 ulasan:

  1. Sekali tengok nombor plat tu macam ada perkataanya aje NAJIS, BABI, PENIS huhuhuhu... kalau duit dah terlebih gitulah gayanya kawan tengah cari nombor plat AAP1 hehehe...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...