11 Mei 2011

NASI KANDAR LINE CLEAR


Nasi kandar merupakan satu hidangan yang amat popular di utara Semenanjung Malaysia khususnya di Pulau Pinang.Istilah Nasi Kandar timbul kerana peniaga yang dikatakan berasal dari negara India menjual nasi ini dengan cara mengandar tiang yang menggantung dua bekas berisi nasi dan lauk.Nama itu kemudiannya kekal dan sinonim dengan restoran mamak atau India muslim.
Antara nama atau boleh disebut jenama nasi kandar yang paling popular di Pulau Pinang adalah 'nasi kandar line clear' yang terletak di Penang Road di tengah-tengah bandaraya Georgtown.Pasti ramai yang pernah mendengar atau menyebut nama tersebut tetapi pasti ramai antara kita juga tertanya-tanya kenapa ia dinamakan sebagai nasi kandar line clear?.
Mengikut cerita yang aku dengar dari seorang rakan yang sering singgah di situ, nama nasi kandar line clear ini  berpunca dari perkataan 'line clear' yang sering disebut oleh tuan punya nasi kandar tersebut yang berniaga di lorong berkenaan.Ketika dahulu lorong tersebut sering digunakan oleh lori yang membawa najis dan apabila lori tersebut tiba tuan punya nasi kandar akan segera mengandar nasinya dan mengalihkan meja untuk memberi laluan pada lori tersebut.Apabila lori tersebut berlalu dia akan berkata " wokeyyy...line clear " pada pelanggannya sambil meletakkan semula meja dan nasinya.Apabila perkataan tersebut seringkali disebut dan diulang lama kelamaan pelanggannya turut terikut dan menggelarkan nasi kandarnya dengan nama nasi kandar line clear dan nama tersebut seakan memberi tuah serta terus kekal sehingga ke hari ini, betul atau tidak Wallahuallam.. hanya pemiliknya sahaja yang lebih tahu cerita sebenar.
Tahun lepas sewaktu aku ditugaskan untuk ke Pulau Pinang, aku mula membayangkan untuk merasai keenakan nasi kandar line clear yang terkenal ini.Menurut rakan yang pernah makan di situ rasanya sangat berlainan dengan nasi kandar di tempat lain membuatkan aku semakin teruja untuk menikmatinya.Setelah tugas aku selesai pada petangnya aku segera balik ke hotel tempat aku menginap iaitu di hotel Seri Malaysia.Malamnya sekitar jam 9 malam aku turun ke bawah dan bertanya pada seorang pakcik pemandu teksi di mana letaknya kedai nasi kandar line clear itu. Menurut pakcik tu kedainya terletak tidak jauh dari hotel tersebut dan aku hanya perlu berjalan kaki dengan jarak kira-kira seratus meter.
Melalui penerangannya aku segera menuju ke lokasi yang dinyatakan.Sewaktu tiba di lorong tersebut jelas terpampang signboard 'Nasi Kandar Line Clear' yang terletak betul-betul di satu lorong.Aku mula terfikir mungkin apa yang diceritakan oleh rakanku ada benarnya kerana ia memang terletak di lorong tetapi tidak lagi di kandar tetapi lengkap berbumbung.Pada awalnya tekakku rasa macam 'kembang' juga bila tengok keadaan kedainya tetapi kerana teringin sangat nak rasa maka aku terus melangkah masuk dan mencari tempat duduk.

Melihat deretan lauk yang disediakan boleh dikatakan hampir sepuluh jenis (ada yang kata terdapat 12 jenis) kesemuanya adalah kari.Sambil memegang pinggan yang berisi nasi , pekerjanya mula bertanya apa lauk yang aku mahu dan aku hanya memilih seketul ikan, sotong yang agak besar bersama sayur bendi.Kemudiannya aku lihat dia mula menyenduk sedikit kuah kari dan dicampurkan ke dalam nasi aku.


Dari satu kuah ke satu kuah yang lain dia senduk dan tuang membuatkan tekak aku semakin 'kembang' bila tengok nasi aku dah hampir banjir.Memasuki kuah ke 4 aku kata "stop..stop... that's enough".Kalau nak campur semua kuah nanti jadi bubur pulak nasi aku.Aku terpaksa menguis ke tepi nasi yang penuh dengan kuah kari dan mula makan.Baru dua kali suap peluh dah mula menitik kat dahi aku Masyaallah...memang betul kata kawanku rasanya lain dari kari yang lain.Baru setengah pinggan aku dah mula tercungap kepedasan.Tekak dan telinga mula terasa panas dan muka aku mula basah dengan peluh.Selesai makan aku rasa macam nak berlari balik ke hotel sebab dah tak tahan sangat pedasnya.

Sampai di hotel aku mencari ais batu untuk ditekapkan ke dahi kerana dahi aku dah rasa macam terbakar.Memang hebat penangan kari line clear dan mungkin inilah yang dikatakan masakan yang dicampur dengan 'rempah ratus'..tak tahulah berapa ratus rempahnya.So, lain kali kena beringat pastikan jangan campurkan banyak kuah.

Deretan gambar artis tanahair yang turut di framekan dan ditampal di dinding membuktikan lagi bahawa nasi kandar line clear ini memang popular dan antara selebriti yang kelihatan antaranya seperti Awal Ashaari, Jehan Miskin, Erra Fazira, Sharifah Shahira, Dato Sheikh Muzaphar angkasawan pertama negara kita serta ramai lagi muka-muka selebriti yang lain.


Selain dari nasi kandar line clear nama lain yang turut popular adalah 'nasi kandar beratur'.Orang Penang menyebutnya nasi kandar 'beratuq'..ada Idrham sikit kat hujungnya hehe..
Ia dinamakan nasi kandar beratur kerana boleh dikatakan setiap masa akan kelihatan orang ramai beratur apabila ia dibuka pada jam 10 malam dan berakhir kira-kira jam 3 pagi.Pasti ada sesuatu yang istimewa pada restoran yang menawarkan nasi kandar ini hinggakan orang ramai sanggup beratur panjang.


Bagi mengekalkan 'tagline' panggilan 'nasi kandar beratuq' ini strategi yang digunakan oleh pemiliknya adalah dengan hanya menempatkan seorang sahaja pelayan atau pembahagi nasi dan lauk walau sepanjang manapun pelanggan beratur.Jika ditambah lagi pelayan disitu maka suasana orang ramai yang beratur akan cepat susut.Dengan cara ini kemeriahan 'beratur' akan lebih terserlah sinonim dengan namanya.


                


ozzy - makan sekali sekala tak boleh selalu..muak.

3 ulasan:

  1. salam ozzy..
    clear..line clear
    moh ngeteh kita..
    he he..mamak ni kalau meniaga
    semua bangsa makan dah tu 24h
    mana tak kaya..he he

    BalasPadam
  2. mak pun suka makan kat mamak ni. Sekali makan nasik kandar tu, heh..tersandarlah!

    Ekekeke

    P/s: Nak ngeteh jgn lupa ajak mak!!

    BalasPadam
  3. bukan rempah ratus tu..rempah ribu tu..pedas semacam..tetapi sekali tengok memang tak lalu nak makan..dia senduk kuah tak ingat..banjir besar..sebenarnya aku juga peminat tegar nasi kandar.Nasi beratur tu aku ingat patut buat ambil no giliran ..kesian pelanggan beratur panjang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...