14 Mei 2011

MAKAN FREE



Berbagai cara yang digunakan oleh pemilik restoran atau warung untuk menarik perhatian pelanggan.Biarpun hanya sebagai gimik ia merupakan satu idea dan kreativiti untuk mempromosikan sesuatu premis asalkan kita tidak menipu atau menganiaya orang lain.

Antara yang menarik perhatian adalah sebuah kedai makan atau warung yang menggunakan motto   " Hari Ini Bayar, Esok Free".Menurut seorang rakan yang pernah singgah di situ, restoran atau warung makan ini terletak di Terengganu kerana rakanku itu tinggal di Kelantan mungkin dia biasa berulang alik ke Terengganu.

Apabila membaca perkataan 'free' pasti ramai yang teruja..yelah sebab free kan sapa tak nak. Hakikat sebenarnya kita sampai bila-bilapun tak akan dapat makan free di situ kerana itulah maksud yang ingin disampaikan oleh pemiliknya..tiada yang free sekarang ini kalau nak free cuma makan angin je.

Hari ini, bila kita singgah di warung Kak Munah tu dia akan kata " Hari ini bayar, esok free ".Esoknya bila kita singggah lagi Kak Munah akan kata lagi " Hari ini bayar, esok free ".Bermakna setiap kali kita datang yang free adalah esoknya.Habis tu bila free nya Kam Munah weehhhh!!!

Mungkin Kak Munah akan jawab " Nak free masak la sendiri "...hehehe bijak mu Kak Munah.

ozzy - sapa nak free kena jadi menantu dia ...

6 ulasan:

  1. Salam...taktik yg menarik w'pun mungkin misleading..tapi dia mungkin tidak menipu..huhu

    BalasPadam
  2. ahaha, logik gak kakmunah kan. tp betul la mana ada benda free skrg ni kan ozzy.

    BalasPadam
  3. naya la kalau datang esok tak bawa duit..sah kena basuh pinggan..

    BalasPadam
  4. Macam mana kalau kita bagi tahu pulak kat tokey kedai tu.. hari ini saya datang saya bayar dan hari esok saya pasti datang, macam mana? boleh dapat free ke? hehehehe...

    BalasPadam
  5. Akuanakpahang...

    Hari esok bila kita datang lagi dia akan kata lagi "hari ni bayar, esok free"...hehe

    BalasPadam
  6. menipu je kak munah ni ... kang aku snapshot / buat video baru tau ... semalam dah makan ... =(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...