18 Mei 2011

RANCANGAN RE-UNION EXCLUSIVE DI AVILLION ADMIRAL COVE PORT DICKSON UNTUK TAHUN 2012



Setelah berjaya dengan programe re-union pada 1 may 2011 baru-baru ini, skuad 5 gamma kembali lagi merangka strategi untuk next gathering pada tahun hadapan 2012.
Kali ini lokasi yang dicadangkan merupakan sebuah hotel exclusive bertaraf 5 bintang yang terletak di Port Dickson.Kepada rakan-rakan jangan lepaskan peluang untuk tinggal bersama keluarga di lokasi yang sering menjadi tempat persinggahan golongan elit ini.












Dengan harga pakej bilik premium serendah rm 200 untuk satu keluarga yang menempatkan 2 buah katil beserta TV Flat screen serta kemudahan lain pastinya percutian kali ini bakal melakar kenangan terindah buat rakan-rakan semua.Harga tersebut merupakan harga diskaun yang diberikan oleh pihak hotel kepada ahli/member yang mendaftar.Oleh kerana salah seorang sahabat kita dari skuad 5 Gamma merupakan ahli atau member di sana maka kita semua akan turut sama menikmati pakej tersebut pada harga rm 200 untuk penginapan 2 hari satu malam.












Nikmati panorama indah serta deretan kapal dan perahu layar dari luar negara yang berlabuh di sekitar hotel tersebut.Bagaimanapun jika ada yang berminat untuk menyewa bot, kos perlu disediakan sendiri.


Bercirikan rekaan moden kontemporari dan terkini pastinya anda bakal teruja menikmati keindahan persekitarannya. Kepada semua rakan-rakan yang berminat anda dijemput untuk menghadirkan diri dan membuat pengesahan segera sebelum terlambat.Tarikh belum lagi ditetapkan dan akan diumumkan tidak lama lagi atau sekiranya anda ingin mengemukakan sebarang cadangan ianya amat dialu-alukan.

Kepada rakan-rakan yang mengenali kami jangan malu atau segan untuk turut serta tidak kira samada dari kelas mana sekalipun kerana kita semua adalah sahabat.Jangan disempitkan fikiran untuk membandingkan siapa kelas atas dan siapa kelas bawah atau siapa kelas sains dan siapa kelas sastera.Kita semua adalah sama kerana kejayaan seseorang bukan diukur dari mana kedudukan kelasnya atau setinggi mana kelayakan akademiknya tetapi segalanya atas usaha dan kerja keras kita sendiri selain dari rezeki yang Allah kurniakan.

Kami mengharapkan pertemuan kali ini lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai teman-teman seangkatan termasuk semua rakan-rakan yang berada dalam senarai Ex-SMKJ2 F5 88/F6 90.

Aku cadangkan dibuat tambahan lagi sebanyak rm 50 untuk kos lain seperti BBQ , cenderahati , sukaneka , makanan ringan dan lain-lain yang dirasakan perlu.Ini bermakna harga keseluruhan yang perlu dibayar untuk SATU KELUARGA adalah rm 250.
















ozzy - Beri cadangan lebih awal agar rakan lain dapat  membuat persiapan dan turut sama memberi cadangan...




8 ulasan:

  1. Salam Pozi, pergh mmg hebat percutian deme ini mmg exclusive bertaraf 5 bintang :)

    BalasPadam
  2. wah bestnya hotel ni,boleh plan pi sini..rate harga dia pun xmahal sangat..boleh pi cuti nanti...weheeeee...

    p/s cuti ramai2 dgn family paling best tempat2 mcm ni..

    BalasPadam
  3. wah en.ozzy hebatnya percutian ini sungguh exclusive sekali...

    BalasPadam
  4. Aduh..5 Gamma sekarang ramai dah jadi Korporat..teruja rasanya...

    BalasPadam
  5. Eh .. eh .. bestnya. mcm nak join je. Hihihi

    BalasPadam
  6. gathering ni exlusive utk 5 Gamma sahaje

    BalasPadam
  7. agak murah tu..
    rugi sesape x join..
    syok holiday reramai gitu...

    BalasPadam
  8. as'salam en.ozzy..

    Kemana menghilang , bicara ozzy tidak update apatah lagi kunjungan en.ozzy.mungkin en.ozzy sibuk ketika ini..semoga baik2 aje ye..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...